nuffnang

Sunday, March 15, 2009

Sambutan Hari Lahir 2 Anak Sekaligus

14 Mac 2009

Kami sekeluarga mengadakan sambutan Hari Lahir untuk anak sulung dan bongsu daun keladi secara sederhana di rumah mak abiey. Anak Sulung Nik Zuhayrah Amalin lahir 13 Mac dan anak bongsu daun keladi Nik Zhafeirah Aeisha lahir 14 Mac. Jadi kami gabungkan menjadikan satu majlis shj. Jimat Budget sikit.

Sambutan dihadiri anak2 sedara yang dekat2 aje.. tak sempat nak panggil sepupu sepapat. Selamat Hari Lahir anak2Ku.. Moga Beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan sepanjang hayat. Jadi anak2 yang solehah yeee.

Sebenarnya kami sekeluarga akan menerima seorang lagi tetamu kami. Bini Abiey sedang mengandung anak yang ke lima. ( yang ketiga meninggal dunia ) Harap2 dapat anak lelaki, kesian abiey keseorangan di rumah.

Sedar tak sedar anak2 yang membesar di depan mata dah menjangkau 10 tahun. cepatnya masa berlalu. tak ingat diri ini dah tua... ehh salah "lama", Dek kesibukan dengan urusan harian terlupa pulak menghitung hari2 yang dah berlalu dan berkira2 untuk hari esoknya.. teringat pulak ngan tazkirah yang sellu abiey sampaikan kepada anak2 buah di sekolah.. jagalah lima perkara sebelum datang lima perkara: Sabda Rasulallahi sallahu alaihi wasallam : “ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara : mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum fakir, hidupmu sebelum mati dan waktu lapangmu sebelum sibuk ”.



Kek Hari Jadi yang ke lima tahun untuk Sha

Ni Untuk Adik, dia tak mahu no 10 sempena dengan kakaknya, jadi nak tak nak kena beli no 5 jugak sempena 5 tahun hari kelahirannya

Posing sebelum upacara memotong kek

Senyummmmm. click... comelnya

Tiga Puteri Abiey... sayang sokmo..

Bersama dengan sepupu2 nya mengabadikan kenangan

Lagi posing sebelum meniup lilin

satu dua tiga tiupppppp, eh ada sorang lagi tumpang tiup..

Potong cepat sayang... orang dah lama tunggu nak makan kek tuh..


Umminya sibuk membahagikan kek untuk tetamu cilik yang hadir.
Majlis yang diadakan hanya untuk kanak2 aje.. jamuan pun hanya beli ayam goreng dan makan ringan sahaja. tak ada mee goreng dan sebagainya..
orang tua dah kenyang dengan kenduri yang diadakan pada hari ni...
Selamat Hari Lahir Sayang....
Moga Menjadi Insan dan Anak yang beriman..


Saturday, March 14, 2009

Musim Kahwin Dah Tiba

12 Rabiulawal 1430 yang lalu, Sepupu bini ambo telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya. Sepupu bini ambo merupakan pemain bolasepak KL Plus, adik kepada Pemain Bolasepak Tengku Hazman Raja Hassan.

Tengku Hasbullah Raja Hassan telah selamat melangsungkan akad nikah dengan pasangannya pada malam sebelum majlis bertandang ke rumah isterinya keesokkan harinya.
Majlis berlangsung jam 12.30 tengahari. Kami terpaksa pergi awal kerana takut jalan sesak di jambatan Sultan Yahya Petra.

Di sini ambo abadikan gambar semasa majlis tersebut. Ore kelantan panggil "belarak", Sekadar untuk kenangan keluarga ambo dan sanak saudara yang berkunjung ke laman blog ambo nih.

Adik Ipar Tengku Hasbullah, Tengku Hazwan. Macam YB lagaknya

Bapa Saudara Tengku Hasbullah sedang melayan kerenah cucunya

Abang Tg Hasbullah menuju ke tempat yang terlindung dari sinaran matahari

Sepupu Tg Hasbullah, Noyi.. pemain bolasepak jugak nih.. Anak beranak semua main bolasepak..

Abang Tg Hasbullah, Tengku Hasnan

Pengantin sempat lepak di kedai kopi pekena teh o ais... kelihatan Tg Hazman begitu asyik menghirup air.. legaaaa.


Buka kelab bual di kedai kopi sementara menunggu isyarat dari rumah perempuan


Orang lelaki membawa pulut telur... tak ada perempuan dah kot

Segak yang mana satu pengantin ke atau tukang payung...


Bergambar dengan anak2 sedara.. Payung kuning gitu... Darah diraja katakan


belarak ke rumah pengantin perempuan sambil diiringi dengan selawat yang diketuai oleh ambolah... tak ada orang lagi... ambo pun apa lagi.. belasah ajelah.. janji ada teks....


Menunggu pembawa barangan hantaran

Cantik berseri raja sehari.... bagai pinang dibelah dua..

Senyuman pengantin... Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.

nampak macam takut2 aje...

Bergambar bersama dengan keluarga abangnya..


Bersama dengan adiknya..

Bersama dengan adik beradik lelaki

Bersama dengan Tengku Hazman dan keluarga.. Cantik pasangan kembar Tengku Hazman

Abiey dan keluarga tak lepas peluang bergambar bersama pengantin.

Majlis berakhir jam 4.30 petang..
Semoga berbahagia dan ceria dengan keharmonian dan kerukunan rumahtangga hingga ke hujung nyawa..
"SELAMAT PENGANTIN BARU'

Happy Holiday

Cuti dah bermula...
Perancangan cuti untuk kali ini tidak direncanakan ke mana-mana. Jadual penuh dengan kenduri kendara sanak saudara dan sahabat handai. Terpaksalah ambo duduk diteratak ambo untuk tempoh seminggu ini. Rasa tak kena jugak nak pergi bercuti apabila sanak saudara mengadakan kenduri, janggal jika tiada bersama. Kenduri bermula dari awal cuti hinggalah penutup cuti, jenuh nak memenuhi kesemua jemputan. satu hari sampai tak terlarat lagi nak makan hingga sampai 5 undangan. Mujurlah kesemuanya tidak berbayar. makan free aje. kalau tak lari budget bulan ni. Member2 cakap bulan ni merupakan bulan mengawan.. Tengoklah nanti 10 bulan kemudian, penuh wad bersalin sibuklah warga doktor....

Ambo banyak terlibat dengan budak asrama, Di awal cuti ni ada kelas Golden Holiday. Terpaksalah ambo bertugas menjaga budak2 nih.. Ketua ambo pergi melancong kat Indonesia bersama keluarganya... seronoknya..., Rakan blogger teacher sally juga pergi melancong kat KL. Pelajar2 asrama akan mula balik kampung hari Ahad petang... baru lega sikit. Adalah cuti untuk merehatkan badan... Opppps terlupa kertas peperiksaan Penilaian belum disemak... tak cuti jugaklah ambo.....

Oklah kali ini.. Selamat bercuti buat blogger2 yang bekerja dibidang pendidikan..
Moga cuti kali ini membawa seribu kenangan manis. Pandu kereta baik2 dan ingat orang yang tersayang

Friday, March 13, 2009

Hari Yang Bermakna buatku

12/03/09
Result SPM diumumkan pada hari ini jam 11.45 pagi. Suasana di MSI begitu sibuk dengan bakal2 penerima result SPM 2008. Pelbagai gaya dan reaksi dapat dilihat. Semuanya sedang berdebar2 untuk mengambil keputusan masing-masing.

Prestasi anak2 murid al-hamdulillah, kelas yang ambo ajar 5 Alpha subjek PI mendapat 1A keseluruhannya. ni yang ambo bangga nih. Subjek PI mendapat tempat pertama di sekolah ambo.

Pelajar yang mendapat terbaik SPM ialah Tn Ahmad Fadhli 11A1.

Di bawah ni ambo upload gambar sekitar majlis penyampaian result yang disempurnakan oleh KPP Bahagian Penilaian dan Peperiksaan En. Muhammad b Abd Wahab ( Mantan PKP )


Sedang menganalisa result yang diambil dari Jabatan Pelajaran Kelantan. Cikgu Hasnah dan Wan Hasiah begitu tekun menganalisis keputusan peperiksaan.

Hari Penyampaian result juga diadakan majlis jamuan laksa untuk mengutip derma bagi tabung PIBG dan Sekolah


Cikgu Zulkifli Ansari sedang memberi keputusan peperiksaan kepada salah seorang pelajar


Pameran turut diadakan sempena dengan hari tersebut. Pameran oleh TM Point


Senyum dalam debar.... berapa agaknya dapat nih


PK HEM sedang menyampaikan ucapan.

Sabar menanti


Sensei dan Ustazah Nazirah juga turut sama untuk memberi result kepada pelajar


Termenung, bagaimanalah nasib aku nihhhh


Wajah2 hero tahun lepas... Baru rasa berdebar. sebelum ni bukan main liat nak ngaji

Juru rakam sekolah. En Rosman


Pelajar terbaik Maktab Sultan Ismail Tuan Ahmad Fadhli
( 11 A1 )

Mohd syafiq menerima result daripada Mantan PKP


Wan Mohd Zahin Zakuan anak angkat ambo.... 10A1 dan 1A2

Mohd Syaqil Maznon anak cikgu Haizam.. Juga cemerlang




Hasnul Hadi
Penyampai result mengikut kelas masing2. Hutang Kena Bayar Dulu K

Cikgu Asmani sedang memberi keputusan untuk kelasnya

Ibubapa dan guru sedang menjamu selera laksa yang disediakan oleh pihak maktab tetapi kena hulurkanlah sikit untuk tabung PIBG dan Maktab

Gaya Blooger teachersally yang terlampau happy ngan result tahun ni

Sempat possing ngan best student MSI

Bersama ngan pengurusan sekolah dan anak-anak yang cemerlang.

Perjuangan guru-guru MSI masih belum selesai.. masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menambahbaikkan lagi keputusan SPM 2009. Moga MSI terus maju dan cemerlang. MSI Bolehhhhhhhh