nuffnang

Monday, March 29, 2010

Apa Nak Jadi

Apa nak jadi dengan umat Islam zaman ini.....
Semua perkara yang tidak terfikir oleh akal telah pun terjadi......
Pembuangan anak, bunuh membunuh dan pelbagai lagi telah menjadi kebiasaan manusia...
jika dahulu, jarang sekali kita mendengar peristiwa begini...
Akhir zaman agaknya... dunia sudah mencapai tahap matang???

Jika Nur/Petunjuk telah ditarik oleh Allah... manusia terkapai-kapai..
Ilmu Agama telah dikesampingkan, amalan tidak diendahkan juga zikrullah telah dialpakan. Hidayah/Nur telah hilang dan dimalapkan oleh Allah SWT.

Halangan Untuk mendapat hidayah ini terjadi disebabkan
Manusia terus berada di dalam kejahilan, Tidak berusaha menuntut ilmu, Bersikap sombong dan tidak mehu menerima kelemahan diri, Melakukan maksiat dan makan makanan yang diharamkan.

Oleh itu..... Dekatilah Allah melalui mukjizat yang agung... Al-Quran al-Karim...

Allahuakbar... astagfirullahal Azim

Monday, March 22, 2010

Fuh Lega......

Setelah bertungkus lumus dengan kertas soalan... akhirnyaaa... abiey berjaya menghabiskannya.. walaupun ketika cuti banyak sangat undangan kenduri perkahwinan dan kesyukuran. Abiey gagahi juga untuk menyiapkan semakan kertas jawapan pelajar. Tarikh akhir hantar markah hari ni.... abiey serah markah lebih kurang jam 10.00 pagi tadi.
Minggu ni merupakan minggu penghayatan Islam di sekolah abiey. Abiey terlibat secara langsung dengan majlis Maulidurrasul.. walaupun lewat diadakan... suasana tetap meriah. Abiey ditugaskan untuk memasak gulai kawah. Tahun ini sebanyak tiga kawah gulai disediakan untuk semua warga SIC. Penyediaan gulai kawah ni abiey bersama dengan sepupu abiey menyiapkannya....Penat jugalah pada hari Ahad tuh... Hari ni pula ada demonstrasi haji diperkarangan masjid SIC. Demo ni dijalankan oleh LUTH Kota Bharu.. pelajar2 didedahkan dengan suasana sebenar ketika mengerjakan haji.
Malam Khamis pula akan diadakan Malam Kesenian Islam. Abiey juga mengambil bahagian untuk sama-sama memeriahkan suasan bersama dengan pelajar. Nyanyi tak pandai tapi bolehlah.... sekadar untuk menghiburkan hati sendiri sekurang-kurangnya.....


Wednesday, March 10, 2010

Minggu debar

Minggu Peperiksaan
Harapan semua guru adalah lulus dengan cemerlang walaupun peperiksaan peringkat sekolah. Inilah yang menentukan kerjaya seseorang cikgu samada berjaya atau tidak ketika P&P berlangsung.
Pelajar sekarang lebih hebat daripada cikgu, mereka dapat mengarahkan arah tuju seseorang cikgu, pandai mengkritik, pandai memilih cikgu, pandai mencadangkan cikgu yang baik dan dan baik minta digantikan dengan yang sesuai dengan nalurinya. Bila usul yang dicadangkan disokong oleh ibubapa yang membutatuli percayakan kepada anak2 membuatkan pihak sekolah kepanasan. Nak buat salah tak b uat pun salah... tersepit... cikgu jadi mangsa...
Sekolah berkehendakkan yang terbaik, buat sesuatu terbaik... segala agenda hendaklah berjalan mengikut jadual...
Nilah nasibnya seorang cikgu zaman milinium ni... terpaksa mengalah dengan anak murid berbeza dengan cikgu zaman abiey dulu.... lihat cikgu dah kecut perut. Nak bertentang mata pun gerun... loni... hampeh... salah dimana... pendidikan ke ibu bapa...
Kalau abiey... ibubapa yang memainkan peranan yang penting. Segalanya bermula dirumah... perbuatan anak2 juga mencerminkan tingkahlaku ibubapa sebelumnya..
ye ke.. itu pendapat abiey..
Peperiksaan penilaian dah nak ke penghujungnya... semakan kertas jawapan pula menanti.. saat yang memualkan..kalau jawapan bagi tak apalah... kalau yang kelas hujung tuh.... desssssussss pening terus.
Esok Khamis/ 11/3/2010
Result SPM...
Ni yang menentukan pencapaian sebenar pelajar2 yang abiey ajar.. target abiey 100% A untuk satu kelas tuh.... tak taulah tercapai atau tidak... ni hati dan berdebar macam dah nak pecah..... mengalahkan pelajar.
Buat semua pelajar SPM 2009. Insya Allah kejayaan mengiringi anda...
Ammmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnn.

Monday, March 8, 2010

Sukan Tahunan Maktab Sultan Ismail

Sekitar Kejohanan Olahraga di sekolah abiey

Lama abiey mengambil masa untuk upload gambar sukan tahunan ni...

Antara ragam tiap-tiap rumah sukan..


Perbarisan rumah wong yang didahului oleh Ketua Rumah Sukan

Barisan Pahlawan Rumah Wong yang segak

Kawad Formasi yang dilakukan oleh rumah wong

Strategi untuk meraih markah lebih

Banyak keping gambar rumah wong ni sebab abiey juga merupakan ahli rumah wong.

Maskot Rumah Wong

Pasukan pancaragam Maktab yang memeriahkan suasana perbarisan

Rumah Mahmood yang diketuai oleh guru rumah Mahmood

Cikgu Moha Hanim kelihatan tersenyum

Peserta perbarisan yang comel

Rumah Ibrahim
Warna diRaja

Gimik Rumah Ibrahim

Antara ahli pancaragam sekolah yang berjemur panas hari tu

Ketika ucapan perasmian

Gimik maskot rumah ibrahim

Perbarisan rumah Ibrahim

Ketika ucapan perasmian

Lafaz Ikrar Oleh Pelajar

Lawatan perasmi ke kontigen kejohanan

Rumah Wong Tetap PERKASA

Cenderahati dari rumah Wong

Sekitar lawatan perasmi

Siap dengan bunga telur lagi untuk perasmi

Ragam pelajar yang berlindung dari terik bahang matahari

Khemah yang dihias untuk pertandingan khemah tercantik

Antara khemah yang dihias oleh rumah sukan

Rumah Wong sentiasa dipenuhi dengan penghuni

Motosikal juga dijadikan hiasan untuk rumah Mahmood

Guru yang terbabit dalam menjaga keselamatan rumahnya

Pelajar menjamu selera selepas penat menyertai pertandingan.

Walaupun penat sepanjang kejohanan yang memakan masa 3 hari.. Kemeriahannya mengatasi kepenatan.
Semoga tahun depan lebih meriah lagi