nuffnang

Monday, April 25, 2011

Pembengkelan Soalan Ramalan SPM 2011



Pembengkelan Soalan Ramalan SPM 2011 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Kota Bharu. Abiey salah seorang JLU yang terlibat untuk menggubal soalan ramalan bagi peringkat PPD Kota Bharu.
Antara gambar JLU yang terlibat


Ketua Editor:
Nik Zulina ( SMK Zainab 1 )

Ustaz Mohd Sabri ( SMSTMFP )
Ustaz Rushdan ( SMK Salor )

Ustazah Rihannasim ( Maktab Sultan Ismail )
Ustazah Noraziah ( SMK Dato' Ahmad Maher )

Ustazah Roiha ( SMK Sultan Ismail )
Ustazah Siti Meriam ( SMK Kg Chengal )


Ustaz E Shamsuddin ( SMK Penambang )
Ustaz Rusdan ( SMK Mui Ong )

Ustazah Rogayah ( SMK Dato ' Ahmad Maher )

Abiey sendiri ( Maktab Sultan Ismail )


Ustazah Esah Muda ( SMK Kubang Kerian 2 )


Ustazah Siti Raihan ( SMK Kota Bharu )
Ustazah Siti Sharidah ( SMK Dewan Beta )
Ustazah Maznah ( SMK Kemumin )

Kami berkampung selama 3 hari di PPD Kota Bharu untuk menyiapkan tugasan yang diserahkan..

Moga Allah memudahkan jalan buat kami semua.. Amin



Sunday, April 24, 2011

Dua Agenda serentak.

Agenda awal minggu ni adalah menguruskan dua perkara yang amat penting...
1. Bola sepak KB Selatan yang berlangsung di Bachok. keputusan semalam berpihak kepada KB selatan.. ( Juara Kumpulan ) walaupun perlawanan masih berbaki satu perlawanan
2. Penggubalan soalan Ramalan SPM 2011 ( Pendidikan Islam ) di PPD Kota Bharu. Abiey terpilih sekali lagi untuk menggubal soalan ramalan bagi peringkat PPDKB.

Antara dua agenda ini... abiey terpaksa meninggalkan pasukan bolasepak KB Selatan.. Agenda kedua lebih penting untuk abiey tunaikan... Rabbi yassir wala tu'assirز


Thursday, April 21, 2011

Jengah Kembali

Sepanjang bulan ini banyak sangat aktiviti dan tak sempat nak update blog abiey
namun demikian blog ini masih tidak dilupakan dan blog rakan2 blogger juga sempat abiey jengah.
Sepanjang bulan ini aktiviti yang abiey terpaksa jalankan ialah...
menyediakan semua e-backdrop bagi aktiviti sekolah.
menjadi juru foto rasmi sekolah bagi setiap aktiviti
pembaca doa bagi program yang dijalankan
disamping membawa pelajar yang terlibat dengan sukan bolasepak peringkat sekolah, daerah dan negeri.

abiey baru saja kembali ke sekolah setelah mengiringi pelajar ke kuantan untuk perlawanan bolesepak MUPC bawah 15 tahun.. dan insya Allah pada hari sabtu 23 April - 25 April menghantar pemain bolasepak KB Selatan ke Bachok untuk Karnival Bolasepak MSS Kelantan.

Insya Allah abiey akan mengupdate blog abiey dari masa ke semasa


Sunday, April 10, 2011

Kulat Susu Rimau.


Assalamualaikum WMT WBT

Kulat Susu Rimau ni abiey jumpa di Cameron Highland semasa membawa rombongan Maktab Sultan Ismail ke sana.. Tidak dapat dipastikan khasiatnya, cuma yang abiey tahu semasa bertugas di Gua Musang dahulu kegunaannya ialah untuk mengubati barah. Cara Penggunaannya dengan mengasah kulat tersebut dan ambil airnya atau kulat itu sendiri dan ditampal ditempat yang terkena barah.. betul atau tidak mungkin pembaca blog abiey boleh memberi respon.

Mengikut perubatan kendalian HPA

Mengikut ceritanya, cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya, namun begitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah satu ketumbuhan di payudara. Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.

Dalam pengubatan, kulat ini dijadikan ubat sapu di mana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara. Pesakit akan merasai dingin dan dapat mengurangkan peradangan atau bengkak susu.

Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk. Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat di dalam hutan-hutan tebal di banjaran titiwangsa.

Kulat yang baik mempunyai berat bila di timbang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong. Jika telah berlaku pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah. Nanah serta darah kotor tadi akan mengalir keluar.



Harga Kulat ni RM360.00
Mahal kan... memanglah kerana susah nak mendapatkannya.


Kulat susu harimau @ Lignosus Rhinocerus
siap dengan nama saintifiknya lagi.