nuffnang
Wednesday, October 28, 2009
Runtuhan Jambatan Gantung
Kenyataan yang menarik:
"Beberapa murid melompat dan menggoyang-goyangkan jambatan dan dalam sekelip mata saya terhumban dalam sungai bersama beberapa murid lain yang menjerit ketakutan," kata seorang murid yang terselamat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, dekat sini malam kelmarin".
Apa pendapat anda...
1. Ibu bapa mempersalahkan guru
2. Struktur jambatan.. siapa kontraktornya... siapa meluluskannya
Jelas di sini...
Walaupun atas dasar ketololan pelajar yang menggoyangkan jambatan yang menyebabkan berlakunya keruntuhannya.. ketololan sipambuatnya yang mengaut keuntungan menjadikan orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Takziah untuk keluarga pelajar yang meninggal dunia Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan dan dua murid yang belum ditemui ialah M Darapharshini, 11, dari sekolah yang sama dan N Divyahshree, 12, dari SJKT Gopeng".
Semuanya telah ditakdirkan dan kita harus meredhainya walaupun pahit. Takziah dari blooger abiey
Sunday, October 25, 2009
Majlis Pertunangan Adik Perempuan ( Zulkhairani - Hafiz )
24/10/09
Berlangsung majlis pertunangan adik abiey Zulkhairani dengan Hafiz.
Rombongan yang ertandang ke rumah mak abiey lebih kurang pukul 6 petang.
Majl;is diadakan secara sederhana dan abiey sebagai pengantara bagi pihak keluarga. Abang sulung abiey terpaksa ke Kemboja jam 6 pagi lagi.. jadi abieylah yang mengambil alih tugas tersebut
Al-Hamdulillah majlis pertunangan berjalan dengan lancar dan suasana yang ceria. Diharap mereka akan dipertemukan jodoh secepat mungkin.
Insya Allah.
Adik abiey
posing sebelum acara menyarung cincin
Imtienan 2 bulan
23/10/2009 genap 2 bulan imtienan. Makin montel dan makin comel.
Fe'elnya pun boleh tahan jugak..
kerjanya.. tidurr
lambat tidur merenggeklah jawapannya.
Wednesday, October 21, 2009
Betapa Butanya Mata Manusia
Hari ini abiey terkejut membaca kisah manusia yang durjana dan buta mata dan hati tentang kemanusiaan.. Anak diberi hidangan percuma untuk sang kekasih yang bernafsu binatang. Siapakah yang sanggup meratah anak dan merobek sifat keinsanan melainkan manusia yang buta keimanan dan cahaya Ilahi..
Manusia seperti ini tak seharusnya dibiarkan hidup di dunia ini.. kesanggupan melakukan perkara yang diluar batasan ini harus dibalas dengan balasan yang seberat-beratnya.. Allahuakbar.. apa nak jadi dengan dunia hari ini.....
Hayati lagu ini...
Kita membela dan memberi tempat yang terlalu istimewa kepada golongan "luar" sehingga macam-macam hal berlaku....
Sambut Birthday Insyirah ke 9 Tahun
17/Oktober/2009 yang lalu genaplah umur anak yang kedua abiey 9 tahun. Nak buat sambutan secara besar-besaran tak sempat cuma adakah sedikit majlis bersama anak2 dan juga kembar bini abiey serta anak saudara di Mc Donald KB. Kebiasaannya abiey buat majlis di rumah mak abiey.. jemput sanak saudara untuk makan2 aje. Kali ini hanya untuk keluarga abiey sahaja..
OKlah juga... penuhi permintaan anak-anak nak makan kat Mc Donald. Di sini abiey selitkan suasana ceria anak2 di Mc Donald KB
Kembar bini abiey
Bini Abiey yang terrrrcinta
Bini Abiey yang terrrrcinta
Bersama Imtienan.. dah masuk mc D dah...
Tuesday, October 20, 2009
Penat lelah dirai
15 Oktober 2009, Unit Pendidikan Islam PPDKB telah menganjurkan majlis jamuan makan tengahari di restoran ketam bakar di Pengkalan Petah, Tawang Bachok Kelantan. Abiey juga termasuk di dalam senarai jemputan. Jamuan yang diadakan ini adalah untuk menghargai jasa dan kerjabuat yang dilakukan oleh JLU ( Juru Latih Utama ) Pendidikan Islam, PPD Kota Bharu.
Sepanjang tahun ini abiey dan rakan-rakan JLU lain telah berkerjakeras untuk merancang, membina dan menyiapkan program untuk meningkatkan pencapaian Pendidikan Islam PMR dan SPM. Majlis yang diadakan ini sedikit sebanyak memberi penghargaan kepada JLU. Abiey mengucapkan jutaan terimakasih kepada Al-Fadhil Ustaz Fakrurazi Penolong PPD Unit Pendidikan Islam PPD KB yang memberi kepercayaan untuk abiey bersama2 dalam team ini. Sumbangan abiey yang tak seberapa ini diharap dapat membantu pihak PPD KB. Insya Allah. Terimakasih diatas jamuan yang menyelerakan... tahun depan kena fikir tempat yang lagi best..
Ucapan daripada boss...

Antara JLU yang terbabit dalam pningkatan Pendidikan Islam, bahasa arab dan tasawwur di kota bharu
JLU perempuan yang tidak lokek dengan ilmunya.
JLU perempuan yang tidak lokek dengan ilmunya.
Ustaz Yusuf.... Tak sabar nak makan nih..
Wednesday, October 14, 2009
Proses menambah berat badan
Sepanjang bulan syawal ni merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang melimpah ruah rezeki.. Pelbagai jamuan dan juga hidangan hari raya diadakan, Dari satu majlis ke satu majlis hari raya dipenuhi undangan. Sampaikan satu hari perut tak sempat kempis.. memboyot dan kekenyangan. Bulan Ramadhan yang ditinggalkan penuh dengan keinsafan.. insaf untuk menurunkan berat badan dilupakan.. sental, bedal, sumbat dan rembat apa aje yang dihadapan.... hilang risau pasal penyakit, berat badan dan sebagainya.. bahagianya bulan syawal nih...
Agenda bulan syawal belum pun habis... muncul pula pelbagai jamuan diperingkat sekolah.. jamuan akhir tahun, jamuan kelab, jamuan persatuan dan pelbagai lagi.... risauuuuu.. tak ada dalam benak fikiran..
Seorang sahabat pernah berkata: " makan masa selera nih, bila dok terlentang atas katil nanti apa pun tak mau lagi". Itulah prinsip seorang rakan. Abiey.... akurr aje... rembat juga..
Lilitan pinggang masa puasa dulu... 32.. sekarang bulan syawal belum habis lagi dan mencecah 44.. wuyooooo.. lajunya dan maju kehadapan. Itulah penangan hawa nafsu makan.. besar sungguh selera....
Amalan terbaik ialah mengekalkan amalan bulan ramadhan untuk sepanjang bulan
• Melaksanakan ibadat (wajib) terutamanya ibadah solat dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran diri.
• Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan, sebagai contoh : solat sunatqabliah dan ba’diah, qiamullai, puasa isnin khamis dan banyak lagi ibadah-ibadah sunat lain yang dituntut,walaupun sedikit tapi berkekalan.Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “…amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan,walaupun ia sedikit.”
• Membaca, memerhati, memahami, mengkaji ayat-ayat suci al-Quran. Amalkan membacanya sekerap yang boleh.
• untuk menguatkan jiwa dalaman, perbanyakkan zikir (mengingati Allah) dan sentiasa beristigfar (memohon keampunan daripada Allah).
• Menambah pengetahuan mengenai sirah Nabi dan para sahabat
• Sentiasa mendampingi para alim ulama’ dan mengutip ilmu yang ada pada mereka serta mendengar ceramah-ceramah agama.
• Menjaga hati dengan meninggalkan setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat, program televisyen yang tidak sopan,lagu dan gambar tidak elok (lucah).
• Memperbanyakkan taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi
(dipetik dari blog ukhuwahkita.)

Monday, October 12, 2009
Kursus Bengkel SPI
Bermula 11 - 13 Oktober
Bertempat: Hotel Permai Inn Kuala Terengganu
Abiey terpilih untuk mengikuti bengkel penyediaan Buku Pengurusan Persatuan Pendidikan Islam bagi sekolah menengah negeri kelantan. Kursus ini adalah untuk merangka program yang akan dilaksanakan oleh Persatuan Pendidikan Islam semua sekolah negeri Kelantan. Abiey bersama dengan group diketuai oleh:
Pn Rosnani bt Muhamad
Ustaz Zahari Deraman ( Abieylah nih )
Ust. Wan Adnan b Wan Abdullah
Ust. Mohd Rusdi b Mansor
Ust. Azmi b Mohamad
Ust. Zakaria b Idris
Ustzh. Haslina bt Mokhtar
Ustzh. Norbintani bt Ramli
Ustzh. Zamriza bt Daud
Ustzh. Hasnah bt Nik Hassan
Bengkel ini diharap akan mendapat manfaat yang besar kepada semua guru dan pelajar. Kemudahan dan keperihatinan Unit Pendidikan Islam, JPN untuk memudahkan para guru melaksanakan dan menjalankan program Persatuan Pendidikan Islam. Perjalanan Persatuan akan lebih teratur dan kemas dan juga memberi ilmu yang menyeluruh kepada pelajar khasnya.
Abiey sedang menyiapkan tugasan yang diberikan sambil diperhatikan oleh ketua kumpulan Pn. Rosnani Muhamad
Abiey bersama teman lama ketika belajar di IPKB, bertugas di Sarawak dan bersama-sama di kursus ini.
Thursday, October 8, 2009
PMR 2009
Lama tak menjejaki blog nih...
Sibuk semacam je dekat2 nak exam spm nih..
Selamat Menghadapi [peperiksaan PMR untuk semua anak murid abiey..
Semoga kejayaan cemerlang dapat dicapai dengan lebih lagi....
Insya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)