nuffnang

Tuesday, February 23, 2010

I'm Back

Sokmo..... kejap2 masuk kejap2 keluar... sebenarnya tak sempat nak update dengan tugasan yang banyak di sekolah. Untuk awal2 tahun ni biasalah sibuk memanjang. Nak buka blog pun tak sempat. Minggu ni bermula hari ni sekolah abiey akan mengadakan kejohanan olahraga selama 3 hari. Meriah tuh...
Banyak juga tugasan yang kena selesaikan. Tugas abiey menyediakan name tag untuk semua pegawai yang terlibat. Buat sendiri aje.. jimat kos.... sekolah tak leh nak tempah dari luar... memandai sendiri aje,
Nanti abiey akan masukkan gambar suasana yang meriah untuk kejohanan sukan sekolah abieyy. tunggu ye... esok abiey akan m
asukkan. Hanya sekadar untuk berkongsi suasana aje.. bukannya apa.
_________________________________________________

Raptai Kejohanan Olahraga Peringkat Maktab Sultan Ismail

Hari ni diadakan raptai penuh untuk kejohanan olahraga sekolah abiey,
Rasanya meriah jugalah sebab ada penglibatan dari semua pihak. Abiey teruja untuk menyaksikan perarakan penuh pada hari Khamis ni. Moga2 perjalanan sukan ni berjalan dengan lancar.

Ni pasukan Abiey rumah Wong..
Bersedia untuk raptai perarakan

Perbarisan bermula dengan lancar, pelajar2 bersemangat apatah lagi guru2.

Antara rumah sukan yang terlibat
bersahaja takut strategi ditiru oleh pasukan lain

Bendera kejohanan diarak bersama

Perbarisan diiringi oleh pasukan pancaragam sekolah.

Nanti pada hari Khamis ni abiey akan memuatturunkan nanti.

Thursday, February 11, 2010

Cuti Lagi..

Minggu ini bermula pula cuti yang panjang untuk sekolah abiey. Seminggu.. macam cuti pertengahan penggal pulak. Cuti tahun baru ni rasanya semua blogger telah pun merangka perancangan sendiri. Bagi abiey sekeluarga, perancangannya adalah ke Jerantut Pahang ( rumah bapak saudara ) menghadiri majlis kenduri kahwin. Selepas tuh tak tau lagilah nak tuju arah mana. Ikut rasalah nanti.... kalau nak ke Penang ke atau ke KL ke ? tengok mood dan modal...
Abiey harap semua rakan blogger yang telah merancang untuk ke mana-man tuh... pandulah kenderaan dengan berhati-hati. memandangkan buat masa sekarang ni banyak sangat berlaku kemalangan jalan raya yang mengerikan. Sama-samalah kita bersopan dijalan raya agar peristiwa dan musibah seperti yang telah berlaku dapat dielakkan. Insya Allah. Selamat Bercuti untuk semua dan Selamat menyambut Tahun Baru buat semua yang berbangsa cina. Gong Xi Fa Chai...


Selamat Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Chai

Elakkan berlaku peristiwa seperti ini semasa bercuti


Kejadian ini dapat dielakkan sekiranya kita sama-sama berhati2 dalam perjalanan. Mulakan dengan doa dan bertawakkallah kepada Allah

Monday, February 1, 2010

Kupon Pasaria

Satu lagi kerja yang kena abiey lakukan... Jual Kupon Pasaria Hari Keusahawanan SIC,
Harga RM10.00 shj. Kepada rakan blogger yang mahukan kupon tersebut boleh dapatkan daripada abiey.. bukan nak kempen......

Hari Keusahawanan ini hanyalah untuk mengumpul dana untuk kelab keusahawanan dan tabung kebajikan guru. Pelbagai aktiviti yang diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga malamnya. ( Persembahan pelajar )




Kerjasama daripada semua rakan2 guru di SIC amat membanggakan. Hidup SIC.
Abiey berbangga bertugas di sini.