nuffnang

Thursday, May 9, 2013

Jawapan Modul Tingkatan 4 Ibadah: Sembelihan




Ibadah: Sembelihan

Maksud Sembelihan:
-          Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah

Hukum Sembelihan:
-          Wajib

Rukun Sembelihan
-          Penyembelih:
i.                     Islam
ii.                   Berakal/waras
iii.                  Niat kerana Allah
iv.                 Wanita Menyembelih hukumnya makruh
v.                   Tidak berada dalam ihram haji atau umrah

-          Binatang yang disembelih
i.                     Binatang yang halal
ii.                   Binatang masih hidup
iii.                  Tidak hidup dalam keadaan hampir mati ( hidup mazbuh )
iv.                 Mati dengan sekali sembelihan
v.                   Memutuskan urat halkum dan merih
-          Alat Sembelihan
i.                     Alat yang tajam
ii.                   Alat yang diharamkan dan tidak sah ialah gigi, tali, kuku, tulang dan rambut
iii.                  Alat yang sah ialah pisau, kaca, parang, sembilu, golok, pedang dan seumpamanya

Syarat sah sembelihan
-          Niat sembelihan
-          Memutuskan urat halkum dan merih
-          Menyembelih binatang yang halal dan masih hidup
-          Mati dengan sekali sembelihan
-          Penyembelih mestilah Islam atau ahli kitab
-          Penyembelih bukan dalam pakaian ihram haji dan umrah

Maksud Ahli Kitab
-          Orang Nasrani atau Yahudi yang berbangsa Israel dan menerima kitab Taurat
-          ( Ahli kitab yang asli tidak ada pada hari ini )

Hukum Memakan sembelihan Ahli Kitab
-          Diharuskan
-          Sebelum memakannya sisyaratkan menyebut nama Allah.

Perkara Sunat semasa sembelihan
-          Menyebut nama Allah
-          Menyebut selawat
-          Menyembelih bahagian pangkal leher
-          Menghadap kea rah kiblat
-          Membaringkan binatang ke sebelah rusuk kiri
-          Dilakukan pada waktu siang
-          Menggunakan alat yang paling tajam

Perkara Makruh semasa Sembelihan
-          Disembelih oleh wanita
-          Tidak membaca Basmalah
-          Melambat-lambatkan sembelihan
-          Menggunakan alat yang tumpul
-          Mematahkan leher sebelum nyawanya hilang
-          Menyembelih binatang di hadapan binatang lain
-          Menunjukkan alat sembelihan kepada binatang yang hendak disembelih

Hikmat sembelihan
-          Mematikan binatang dengan cara yang cepat daan selamat
-          Membersihkan daging binatang daripada darah yang kotor
-          untuk membezakan daging yang halal dan daging yang tidak halal
-          sebagai tanda penghormatan kepada makhluk ciptaan Allah

Monday, December 17, 2012

Jumping Spider



Koleksi terkini Jumping Spider yang dapat dikumpulkan melalui lensa abiey...
Insya Allah jika ada kesempatan akan diuploadkan jenis-jenis yang lain pula..










Tuesday, December 11, 2012

Berjinak-jinak dengan dunia fotografi

Sudah lama tidak menjenguk laman blog ni dan tidak diupdatekan.. ( tidak di kemaskinikan ) lantaran kesibukan dengan komitmen lain. Abiey banyak menghabiskan masa kepada tugasan sekolah yang diamanahkan sehinggakan blog abiey ini terabai. Masa cuti ni abiey penuhkan masa  berjinak-jinak dengan dunia fotografi khususnya bidang mikro. Biarpun hasilnnya tidak sebagus mana tapi cukuplah hanya untuk menghayati keindahan makhluk ciptaan Allah.

Di sini abiey uploadkan hasil seni yang tak seberapa dari abiey untuk tatapan blogger yang mengikuti abiey. Bagi blogger yang mahir dalam dunia ini, abiey harap dapat kiranya berkongsi pengalaman dan ilmu yang anda ada. Bagi abiey yang naif dan serba tak tahu ini dalam ilmu ini amat menghargai ilmu yang anda berikan.

Robber Fly 1

Robber Fly 2

Robber Fly 3

Robber Fly 4

Jumping Spider

Two Stripe Jumping Spider ( kalau salah diperbetulkan )

Jumping Spider3

Bagi blogger yang tahu nama spider dan jika ada pembetulan sila kongsikan.

Wednesday, August 22, 2012

Umat Islam Burma disembelih


Astagfirullah....!! Daging umat Islam Burma dijadikan makanan....


Astagfirullah...Admin cuma berharap perkara ini tidak benar...

sayacintaislam.blogspot.com

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012/1433


Diucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan Blogger.
Maaf Zahir Batin.
Moga Hari Raya tahun ini memberi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.



Sekali terluka pasti terasa sampai bila-bila..
Pohon ampun dan maaf penyelesai segalanya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Monday, August 13, 2012

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 1433H


KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 8 dan 9 surah Ali ‘Imran :
رَ‌بَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَ‌حْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَ‌يْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keseronokan menyambut hari raya jangan melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan kita sebagai hambaNya yang dapat meneruskan amal soleh hasil daripada tarbiah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah. Antara cara untuk memiliki sifat Istiqamah ialah [1] Memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar kerana tanpa mengenali Allah serta taat kepadaNya menyebabkan manusia tidak kenal siapa dirinya dan tujuan dia dijadikan serta ke mana tempat kembalinya selepas ini [2] Sentiasa mengkaji Al Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya kerana al-Quran merupakan ubat mujarrab dalam mengubati penyakit zahir dan batin [3] Iltizam atau berterusan dalam menjalankan syari’at Allah termasuk amal ibadat seperti solat berjemaah, puasa, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menutup aurat,  memakmurkan masjid dan sebagainya bukan terus berhenti dengan berlalunya Ramadhan.
قال الرسول  e: أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ
Maksudnya : “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.”  Siti Aisyah sendiri ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya secara berterusan
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Cara untuk memiliki sifat Istiqamah yang ke-[4] Suka membaca kisah-kisah orang soleh sehingga boleh dijadikan ikutan dan teladan di mana Al Qur’an banyak menceritakan kisah-kisah para nabi, rasul dan orang-orang yang beriman terdahulu.  Firman Allah dalam ayat 120 surah Hud:
وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّ‌سُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَ‌ىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menetapkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman
[5]  Memperbanyak do’a pada Allah agar dianugerahkan sifat istiqamah antaranya
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu daripada terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.
[6] Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh di mana teman banyak mempengaruhi corak hidup seseorang samada ke arah kebaikan atau terheret kepada kejahatan. Jauhi tempat atau perkara yang mendorong kepada maksiat
قال الرسول  e: مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seumpama berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada dia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada dia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.”
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Berkumpulnya kita di tempat yang mulia ini pada hari yang mulia bagi menghidupkan sunnah nabi s.a.w untuk dengan sama-sama menunaikan solat sunat hari raya seterusnya mendengar nasihat melalui khutbah. Islam mengajak kita berkasih saying antara satu sama lain serta menyuburkan budaya ilmu termasuk pada hari raya yang mulia ini. Tanpa kasih sayang maka keadaan keluarga porak peranda, masyarakat menjadi huru-hara, dunia dipenuhi peperangan sini sana. Ramadhan tahun ini dikejutkan dengan pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen TV swasta disamping jenayah yang lain yang menunjukkan antara contoh bahayanya kehilangan sifat kasih sayang. Begitu juga tanpa ilmu maka pergerakan manusia menjadi sia-sia termasuk dalam menghidupkan hari raya. Bila ada ilmu maka banyak pahala daripada amalan dan adab hari raya dapat diraih sedangkan tanpa ilmu bukan saja pahala tidak dapat malah dikotori pula kesucian hari raya dengan dosa maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan, pembaziran, pendedahan aurat dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu ramai yang terjebak dengan ajaran sesat dan mudah terpengaruh dengan perkara yang jelas menyeleweng daripada syariat Islam. 2 bulan lepas negara digemparkan dengan tindakan nekad seorang yang mengaku Imam Mahdi menyerang pejabat pentadbiran negara di Putrajaya. Oleh itu kita wajib sedar bahawa proses dalam mendalami ilmu agama berterusan selagi hayat dikandung badan. Ibarat kata syair : “Semua bekas akan menyempit kerana penuh jika sentiasa diisi kecuali bekas ilmu di mana ia semakin meluas”. Semakin banyak kita belajar maka semakin kita merasakan banyak lagi ilmu yang kita belum terokai. Kegagalan dalam menerokai pelbagai bidang ilmu menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dalam banyak bidang sehingga banyak bergantung kepada kepakaran orang bukan Islam. Malah pengabaian terhadap ilmu fardhu ‘ain yang dipandang remeh temeh atas alasan memperkasakan ilmu fardhu kifayah turut menjadikan semakin ramai umat Islam sendiri semakin tenggelam dengan mengejar dunia semata-mata. Ia ibarat mahu ke Kuala Lumpur tetapi tiket yang dibeli hanya setakat ke Pahang sahaja. Apa yang paling ditakuti mereka akan kehilangan kedua-duanya sekali sehingga dunia yang dikejar keciciran manakala akhirat yang bakal dilalui penuh penderitaan dan penyesalan. Kita turut merasa hairan apabila Negara telah 55 menyambut kemerdekaan dan semakin banyak tumbuh universiti tetapi banyak hospital kerajaan seolah-olah tidak mempunyai doktor wanita yang boleh mengurus bahagian kelahiran anak sehingga aurat dan maruah perempuan terpaksa didedah kepada doktor lelaki. Jika yang ada duit lebih bolehlah mereka melahirkan anak di klinik swasta yang menyediakan doktor wanita tetapi bagaimana rakyat yang susah. Akhirnya rakyat kembali semula mencari bidan kampung untuk melahirkan anak atau tidak pelik jika ramai muslimat memberi alasan untuk tidak beranak daripada mendedahkan aurat kepada doktor lelaki. Menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak dibebankan dengan dosa yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti.
Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian,
Duduknya kita di tempat mulia, pada hari raya yang mulia dengan berlainan jantina, umur, pangkat, harta mampu menanamkan rasa kasih sayang antara kita. Didikan puasa Ramadhan dikuti dengan kewajipan berzakat seterusnya nikmat hari raya di mana semuanya ini memupuk rasa kasih sayang. Kasih sayang mampu menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita sebagaimana sabda nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim :
قال الرسول e:  مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya :  Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim
Imam Ibnu Hajar pernah menyebut bahawa nabi apabila disebut tentang hadis ini dihadapannya lalu baginda menjelaskan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tabarani yang bermaksud : Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal tetapi ia bermaksud seseorang itu diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya.
Inilah antara keberkatan umur yang dicari iaitu bukan semata-mata banyak pada kuantiti atau bilangan angka sebaliknya walau pun umurnya pendek namun pahala amalan terus bersambung melalui doa anak yang soleh, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan sebagainya. Malah dari segi hayat hidup umat nabi Muhammad sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding umat dahulu yang mencapai ratusan malah ribuan tahun namun dengan penganugerahan Lailatul Qadar sebagai contohnya maka keberkatan umur dengan gandaan pahala melebihi umat dahulu. Oleh itu sebagai ibubapa jangan kita sekali-kali mengabaikan pendidikan agama terhadap anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh yang terus memberi saham selepas kematian kita nanti. Jangan hanya pandai ‘menternak anak’ iaitu hanya tahu memberi makan, pakaian, tempat tinggal sahaja kepada anak sedangkan ilmu dan didikan agama diabaikan sehingga kita tidak mampu menumpang doa anak-anak. Proses tarbiah anak tidak akan terhenti kecuali bila berlaku antara 2 perkara samada ibubapa yang mati dahulu atau anak yang lebih dahulu meninggal dunia. Proses tarbiah anak ibarat menjaga sebuah pohon kayu iaitu bermula dengan mencari benih yang baik iaitu suami soleh dan ditanam pula pada tanah yang subur itu isteri yang solehah. Kemudian ia dibaja dengan baja yang terbaik dan disiram iaitu dengan ilmu agama. Walau pun pohon itu telah besar namun mesti dijaga daripada parasit atau perkara yang boleh merosakannya iaitu maksiat dan unsur negatif yang boleh merosakkan iman dan akhlak anak-anak. Jangan beri alasan umur telah besar panjang, anak telah keluar universiti atau pun telah berumahtangga menyebabkan proses tarbiah terhenti. Terlalu rugi mempunyai anak yang tidak berbudi dan tidak mampu berdoa untuk ibubapanya terutama selepas kematian mereka.
Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan amalan silaturrahim mampu memberi keberkatan umur dengan diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dipelihara daripada melakukan maksiat. Berkat silaturrahim juga menyebabkan kebaikan seseorang itu terus dikenang selepas kematiannya dengan kehendak Allah. Oleh itu gunakanlah kedatangan hari raya ini untuk menghubung kasih sayang
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قال الرسول e: لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ    - رواه الترمذي
Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4]  tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya
Berkumpulnya kita pada hari raya yang mulia ini dapat merapatkan yang jauh di mana ada anak yang sudah lama tidak berjumpa ibubapa, ada yang lama tidak menjenguk sanak saudara dan ada yang sudah lama tidak berjumpa teman lama. Pertemuan ini sepastinya digunakan sebaik mungkin dalam merapatkan hubungan yang semakin renggang. Cuba lihat di kiri kanan kita, lihat depan dan belakang kita. Boleh dikatakan kita dikelilingi oleh datuk nenek, ayah ibu, isteri atau suami, adik-beradik, sanak saudara dan teman-teman kita. Adakah kita boleh bayangkan bagaimana bukan sahaja pada hari ini kita mahu duduk bersama mereka untuk menyambut hari lebaran sebaliknya kita mahu turut bersama dengan mereka untuk menikmati nikmat Syurga Allah di akhirat kelak. Ingatlah bahawa untuk memasuki Syurga Allah tidak cukup setakat angan-angan tetapi mesti dengan ilmu dan pengamalan agama dalam kehidupan seharian. Oleh itu pastikan diri kita, ahli keluarga, jiran tetangga, teman-teman kita melaksanakan kewajipan agama disamping menjauhi tegahan Allah. Tarbiah Ramadhan banyak mendidik kita supaya menjauhi segala yang haram bukan sahaja dari segi makan minum malah mengawal segala anggota yang lain samada tangan, kaki, perut, kemaluan, mata, lidah, telinga daripada melakukan maksiat derhaka terhadap Allah. Kita sebagai rakyat bukan sahaja wajib menegur kemungkaran sekitar kita malah yang melibatkan teguran terhadap pemimpin supaya memerangi secara bersungguh jenayah rasuah, pecah amanah, riba serta tidak menjadikan hasil haram yang merosakkan akhlak sebagai sumber yang terlalu ditagih seperti arak dan judi di mana cukai keduanya bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Begitu juga masalah kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri. Malah kita turut bimbang dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah termasuk memeras wang rakyat yang pulang beraya. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka rakyat terus menderita di negara sendiri. TV dan akhbar asyik menyiarkan wang ratusan ringgit yang diberi kepada rakyat sedangkan wang ratusan juta malah billion ringgit yang dirompak melalui rasuah dan pecah amanah minta dihalalkan. Sepatutnya 55 tahun merdeka maka pemikiran dalam memberi keselesaan kepada rakyat semakin terbuka bukannya politik balas dendam seperti penjajah terus membara sehingga rakyat Kelantan contohnya yang majorit Islam bukan sahaja dinafikan royalti malah pembinaan lebuhraya untuk kemudahan turut disekat. Bila kerajaan negeri ingin membina lebuhraya rakyat maka bukan sahaja diperlecehkan malah ditekan pula kontraktor yangi ingin membinanya. Begitu juga keselesaan rakyat Selangor yang mengecapi nikmat air percuma ditekan agar air berbayar dapat dijalankan semula. Bila rakyat mahu pendidikan percuma maka ia dikatakan bakal bankrap kan Negara sedangkan rasuah dan pecah amanahlah menjadi punca besar kehancuran Negara. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali
قال الرسول e: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
إِن يَنصُرْ‌كُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُ‌كُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan. Begitu juga penderitaan bangsa Ronghiya di Maynmar di mana kampung mereka diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh tanpa pembelaan. Pemimpin Negara umat Islam wajib berada di sof hadapan dalam membantu suadara seagama yang sedang menderita bukan mengecut di belakang musuh Islam
Takbir Allahu Akbar merupakan ikrar yang mengatakan yang lain daripada Allah adalah kecil dan lemah. Semoga semangat menyambut hari raya bersama dengan semangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan seharian. Jika di sebuah negara di Amerika Syarikat penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen maka di Malaysia sepatutnya kita memilih golongan yang ingin melaksanakan hukum Hudud bukan golongan yang memberi amaran agar tidak dilaksanakan Hudud malah bertindak menyaman di Mahkamah. Kita juga berdoa agar tindakan teruk Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara yang 90% rakyatnya muslim untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu atas alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja. Di negara kita sudah banyak aduan umat Islam yang disekat daripada mengerjakan solat Jumaat atas alasan sama oleh majikan. Penjajah tidak berani menukar cuti Jumaat kepada Ahad tetapi anak didiknya yang mengaku pejuang bangsa dan agama berani menukarnya
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ          ( رواه مسلم )
Maksudnya  : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ  وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا  اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Wednesday, August 1, 2012

Sejarah dan Tamadun Islam ( TOKOH ) Tingkatan 5


SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM
TOKOH

IBNU SINA

Riwayat Hidup
-          Nama: Al-Husain bin Abdullah b Al-Hassan b Ali b Sina
-          Lahir: 370H/980M ( Afsyanah, Bukhara Turkistan )
-          Keturunan: Turki
-          Gelaran: Ibnu Sina / aviecenna
-          Wafat: 428H/1037M ( Hamazan )
-          Usia: 57 Tahun

Sifat Peribadi:
-          Tekun mempelajari ilmu- membaca buku metafizik 40 kali  karangan Aristotle
-          Taat beragama
-          Pintar- Ilmu Naqliah ketika berusia 18 tahun
-          Berinovatif- Membuat penyelidikan dan menghasilkan karya

Pendidikan
-          Mula belajar al-quran sejak umur 5 tahun
-          Menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun
-          Belajar ilmu tasauf dan falsafah daripada Ismail az-Zahid
-          Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada IbnuYahya damn menguasainya ketika berusia 17 tahun

Ketokohan Ibnu Sina dalam bidang pendidikan
-          Kepakarannya digunakan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh b Mansur dan penguasa lain
-          Menghasilkan karya perubatan seperti al-Qanun Fi Al-Tibdan banyak lain karya telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa
-          Pencapaian yang dilakukan:
i.                     Penemuan penyakit baru dan puncanya
ii.                   Penemuan dalam bidang farmasi
iii.                  Membangunkan teknologi perubatan

Pencapaian Ibnu Sina dalam bidang perubatan
-          Penemuan penyakit baru dan puncanya: pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus TB, penyakit rubella, cacar dan alahan
-          Penemuan dalam bidang farmasi: Menghasilkan ubat dan preskripsi mujarab, menghasilkan ubat bius
-          Membangunkan teknologi perubatan: mencipta benang untuk menjahit pembedahan, mencipta picagari.

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu dan Pemikiran
-          Menghasilkan 116 karya pelbagai bidang ( falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik dan sains politik)
-           Tahun 1950 buku-bukunya diterjemahkan dalam bahasa arab dan dinamakan al-Muallafat Ibnu Sina ( karya ibnu sina )
-          Ilmu perubatan berkembang maju hingga hari ini
-          Jasanya dihargai sehingga Universiti Pendidikan di Hungary telah mengambil namanya aviecenna collage

 _________________________________________________________________________________

IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN UNGGUL

RIWAYAT HIDUP
-          Nama sebenar ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad
-          Dilahirkan pada tahun 732H/1332M di Tunisia
-          Dikenali sebagai Ibnu Khaldun  sempena nama tempat kelahirannya di kawasan Khalduniyah di Tunisia
-          Keturunan Arab Yaman
-          Meninggal dunia pada tahun 808H/1406M di Kaherah Mesir ketika berusia 87 tahun
-          Dikebumikan di luar Babun Nasr ( Perkuburan ahli sufi )

SIFAT PERIBADI
-          Tekun mencari ilmu- sejak kecil mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah
-          Kuat ingatan- menghafal al-Quran sejak kecil serta menguasai pelbagai ilmu agam dalam usia belasan tahun
-          Berjiwa pemimpin- menjadi pegawai tertinggi Istana dan Ketua Hakim Negara
-          Kreatif- Berjaya mengenegahkan sejarah sebagai bidang ilmu tersendiri melalui karyanya al-Muqaddimah
-          Bijak Berpidato- aktif berdebat untuk menambahkan ilmu

PENDIDIKAN
-          Mendapat pendidikan awal daripada bapanya dengan mempelajari asas-asas agama seperti al-Quran, Feqah, Hadis dan Tauhid di Masjid al-Quba Tunisia
-          Menghafal al-Quran sejak kecil
-          Setelah dewasa beliau belajar Linguistik Bahasa Arab ( Nahu dan Saraf ) Usuluddin dan kesusasteraan.
-          Mempelajari ilmu Mantik, Sains, Falsafah, Matematik dan Sejarah daripada beberapa orang ulamak terkemuka pada masa itu.
-          Ketika usia 18 tahun, terpaksa berhenti kerana Tunisia dilanda wabak taun
-          Melanjutkan pelajaran di Fez dengan beberapa orang ulamak yang terkenal

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG
-          Anggota Majlis Ilmiah di Fez
-          Perdana Menter di Bougie
-          Ketua Hakim Negara di Mesir

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN ISLAM
-          Berjaya menganalisis aspek masyarakat, politik, ekonomi dan pendidikan dalam karyanya
-          Memberi idea dan panduan terbaik tentang asas pembinaan sesebuah tamadun iaitu mesti tertegak di atasa kombinasi keunggulan rohani dan jasmani
-          Pelopor kepada pemikiran moden seperti sejarah, politik, ekonomi, sosialogi dan pendidikan
-          Karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani. Akal dan akhlak
-          Karya yang dihasilkan oleh beliau dalam pelbagai bidang telah dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para sarjana

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGANALISIS LAPORAN SEJARAH BERDASARKAN PANDANGAN IBNU KHALDUN
-          Membandingkan antara peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab
-          Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku
-          Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku
-          Mengambik kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN
-          Al- Muqaddimah
-          Al-Ibar

KEISTEMEWAAN KITAB AL-MUQADDIMAH
-          Telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing seperti Perancis, Turki, Jerman, Inggeris, Spanyol dan Melayu
-          Hasil pemikirannya dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di Eropah
-          Menjadi rujukan semua pelajar di dunia dan rujukan utama sehingga kini.

BUKTI IBNU KHALDUN TOKOH PELBAGAI ILMU
-          SEJARAWAN
Ø  Beliau mampu menganalisis tamadun dari segi permulaan, factor kegemilangan serta kejatuhannya
Ø  Beliau member tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi
Ø  Idea beliau dalam al-Muqaddimah telah menobatkan beliau sebagai tokoh sejarawan dan sarjana yang terunggul.

-          NEGARAWAN:
Ø  Menyandang banyak jawatan penting Negara selama 20 tahun
Ø  Antara jawatannya: Setiausaha Khas Bahagian Surat menyurat di Jabatan Kerajaan Tunisia ( 751H), Pegawai Jabatan Setiausaha Negara di Istana Abu Ishak dan Sultan Abu Annan, Anggota Majlis Ilmiah di Fez Maghribi, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim dan Duta di Granada. Qistina dan Maghribi.

-          BUDAYAWAN
Ø  Mendalami pengajian kesusasteraan dengan Syeikh Muhammad bin Bahri di Tunisia
Ø  Menghasilkan banyak syair semenjak zaman kanak-kanak lagi
Ø  Kemahirannya dalam syair terbukti dalam perbahasannya tentang syair dalam kitabnya al-Muqaddimah.


 _________________________________________________________________________________

AS-SAYYED JAMALUDDIN AL-AFGHANI PEJUANG ISLAM YANG GIGIH

RIWAYAT HIDUP
-          Nama: al-Sayyid Jamaluddin bin Syafdar al-Afghani
-          Lahir: 1254H/1838M di perkampungan Asad Abad, Kabul
-          Keturunan: Bersambung dengan Imam at-Tarmizi
-          Gelaran: Al-Sayyid kerana bersambung keturunannya  dengan Ali bin Abi Talib
-          Wafat: 5 Syawal 1314H/9 Mac 1897M
-          Usia: 60 tahun

SIFAT PERIBADI
-          Mencintai ilmu pengetahuan
-          Mempunyai akal fikiran yang cerdas dan tajamserta berpandangan jauh
-          Memiliki semangat jihad yang tinggi
-          Suka merantau mengkaji kedudukan umat Islam serta menyebarkan idea Islahnya
-          Boleh bertutur banyak bahasa dunia

PENDIDIKAN
-          Mendapat pendidikan awal daripada ayahnya dalam pelbagai bidang ilmu agama dan bahasa arab sehingga berusia 10 tahun
-          Menghafal al-Quran ketika usia 12 tahun
-          Umur 18 tahun telah dapat mendalami dan menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti hadis, falsafah, mantik , usuluddin, perubatan dan ilmu kalam
-          Merantau ke India untuk mempelajari ilmu moden seperti matematik dan sains

SUMBANGAN
-          Berusaha mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap keupayaan mereka untuk menentang penjajah
-          Merantau kebeberapa Negara untuk menyatukan umat Islam
-          Menyebarkan gerakan Islah bersama-sama Syeikh Muhammad Abduh di Mesir untuk  mengubah pemikiran umat Islam kea rah zaman kemajuanserta pembaharuan politik
-          Menghasil beberapa kitab ilmiah yang kreatif dan bermutu untuk menyokong gerakan islahnya

KARYA
-          Berbentuk Ilmiah:
a.       Al-Amal al-Kamilah
b.      Ar-Radd Ala ad-Dahrain
c.       Al-Kathirat
d.      Tutimmah al-Bayan fi Tarikh Afghan al-Kathirat

-          Berbentuk Akhbar:
a.       Al-Urwah al-Wusqa di Perancis
b.      Akhbar Misr di Mesir
c.       Akhbar at-Tijarah di Mesir
d.      Akhbar al-Khafiqin di London.

IDEA ISLAH JAMALUDDIN
Maksud Islah:
-          Pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

BENTUK ISLAH
-          Mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti zaman Khulafah ar-Rasyidin
-          Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan “Al-Jamiah Al-Islamiah”
-          Mengkritik taklid al-Amma iaitu mengikut secara membuta tuli tanpa landassan al-Quran dan as-Sunnah
-          Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan sesuai disemua tempat dan masa
-          Menyedarkan umat Islam keburukan fanatic mazhab yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat Islam

KESAN ISLAH
-          Umat Islam mula kembali kepada amalan ajaran Islam yang sebenar
-          Umat Islam mula mengkaji fahaman dan amalan mereka agar menepati tafsiran al-Quran dan as-Sunnah
-          Mengembalikan keyakinan umat Islam akan kemuliaan dan kekuatan yang ada pada diri mereka untuk mengusir penjajah dari tanah air
-          Menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam berjuang membebaskan tanah air daripada penjajahan barat.

 _________________________________________________________________________________

SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TOKOH ISLAH AGUNG



RIWAYAT HIDUP
-          Nama: Muhammad bin Abduh bin Hassan Khairullah
-          Lahir: 1266H/1849M di Mahallah Nasr di Tanta Mesir
-          Keturunan: Turki
-          Gelaran: Syeikh Muhammad Abduh
-          Wafat: 1314H/1905M di Dramel, Iskandariah Mesir
-          Umur: 56 tahun

SIFAT PERIBADI
-          Kuat ingatan- hafal al-Quran umur 12 tahun
-          Memiliki keperibadian yang tinggi
-          Berpandangan luas
-          Seorang yang kreatif
-          Mempunyai pemikiran yang tajam
-          Kuat beribadat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam
-          Berani menyatakan idea Islahnya walaupun berhadapan dengan pancaroba
-          Tegas dan penyayang kepada anak-anak muridnya

PENDIDIKAN
-          Sejak kecil telah belajar membaca dan menulis dari bapanya
-          Umur 10 tahun, bapanya telah menyerahkannya kepada seorang guru untuk mengajar al-Quran dan Berjaya menghafal 2 tahun kemudian
-          Umur 13 tahun mempelajari bahasa Arab di Sekolah al-Jamik Al-Ahmadi di Tanta
-          Menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir
-          Tahun 1877 memperolehi ijazah di Universiti Al-Azhar
-          Tahun1882 beliau pergi ke Paris, Perancis dan belajar bahasa Perancis dan ilmu kemajuan Barat

ALIRAN PEMIKIRAN
-          Aspek Akidah
a.       Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang sebenar serta menyesuaikan dengan kehendak semasa
b.      Menolak taklid buta
c.       Mengajak umat Islam mempelajari ilmu nakliah dan akliah bagi mempertingkatkan daya fikir
d.      Berusaha keluar dari belenggu penjajah  samada fizikal dan pemikiran

-          Aspek Integrasi Ilmu
a.       Menyarankan agar bidang ilmu Fardu Kifayah seperti sains, matematik, falsafah dan geografi dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan university

-          Aspek kecekapan Pentadbiran
a.       Menyarankan sistem pentadbiran kehakiman diislahkan kerana tidak sistematik
b.      Pengislahan yang dilakukan diabadikan dalam karyanya at-Tahrir Fi Islah al-Mahakimis Syariyyah.

METHOD ISLAH SYEIKH MUHAMMAD ABDUH
-          Melalui proses pengajaran di Masjid al-Husain, Darul Ulum dan Universiti al-Azhar
-          Melalui media massa seperti Majalah al-Urwatul Wusqa dan Akhbar al-Waqaie al- Misriyyah
-          Melalui karya ilmiah seperti Risalah at-Tauhid dan Tafsir Juz’I Amma
-          Melalui jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir

FAKTOR YANG MENDORONG BELIAU MELAKUKAN ISLAH DALAM PENDIDIKAN
-          Inspirasi daripada gerakan Islah yang dibawa oleh gurunya Sayyid Jamaluddin yang menjurus ke arah integrasi ilmu
-          Kesedarannya terhadap keperluan islah di dalam kurikulum sekolah dan university di Mesir yang ketinggalan zaman
-          Sistem pendidikan pada masa itu yang lebih menjuruskan ke arah taklid buta dan jumud ( pasif)
-     Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan kerajaan menyebabkan golongan miskin terpinggir

IDEA ISLAH SYEIKH MUHAMMAD ABDUH DALAM PENDIDIKAN
-           Mewujudkan matapelajaran matematik, geomatri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat.
-          Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil.
-          Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar universiti al-Azhar.
-          Menyediakan peuntukan gaji guru dari perbendaharaan Negara dan wakaf Negara,
-          Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan dan kesihatan.

PEMBAHARUAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUH TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
-          Mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang terikut-ikut dengan sebahagian sarjana muslim yang jumud dan pasif
-          Menganjurkan umat Islam berijtihad dan berijmak iaitu mengkaji dan mentafsir berdasarkan al-quran dan as-Sunnah
-          Menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu moden dan memasukkan ilmu tersebut ke dalam kurikulum Universiti al-Azhar.

KARYA SYEIKH MUHAMMAD ABDUH
-          Risalah at-Tauhid
-           Tafsir Juz Amma.
-           Tafsir Suratul Asr.
-          Risalah Al-Rad Ala Al-Dahriyyin

________________________________________________________________________________

SYEIKH TAHIR JALALUDDIN TOKOH PEMIKIR TANAH AIR

RIWAYAT HIDUP
-          Nama: Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
-          Lahir: 7 Nov.  1869M di Ampek Angkek, Bukit Tinggi Sumatera Barat
-          Keturunan: Melayu Minangkabau
-          Meninggal Dunia: 26 Okt. 1956 di Kuala Kangsar
-          Dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar

SIFAT PERIBADI
-          Seorang yang menepati masa
-          Seorang yang mencintai ilmu
-          Seorang yang suka membaca
-          Jiwanya sebati dengan semangat jihad

PENDIDIKAN
-          Umur 12 tahun dihantar oleh ibubapanya belajar di Mekkah
-     Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad al-Khatib ( Mufti Mazhab Syafie di Masjidil Haram)
-          Usia 24 tahun beliau menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar dalam bidang ilmu Falak
-          Setelah tamat belajar beliau pulang ke Mekah dan mengajar di Masjidil Haram selama 2 tahun

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG
-          Guru di Masjidil Haram selama 2 tahun
-          Mudir ( Guru Besar ) di Madrasah Haji Taib Parit Jamil, Muar Johor
-          Pendidik dan Pengetua di Madrasah al-Masyhor, Pulau Pinang selama 3 tahun
-          Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping
-          Mufti Negeri Perak selama 3 tahun
-          Nazir sekolah-sekolah Agama Johor
-          Mufti Negeri Johor.

MESEJ ISLAH SYEIKH TAHIR
-          Mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berteraskan al-Quran dan as-sunnah
-          Meninggalkan adat lama yang masih dipengaruhi dari agama Hindu
-          Menghindari daripada kongkongan khurafat dan syirik yang menyesatkan
-          Menjauhi perkara negative dari luar khususnya barat
-          Mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan Kifayah

CARA SYEIKH TAHIR DALAM MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH
-          Melalui penerbitan majalah “al-Imam” bersama Syeikh al-Hadi di Singapore
-          Melalui jawatan Mufti di Perak dan Johor yang disandangnya
-          Melalui proses pengajaran sebagai seorang guru di Madrasah al-Mansyhur, Pulau Pinang dan Madrasah Hj Taib di Johor.

RINTANGAN YANG DIHADAPI DALAM MEMPERJUANGKAN IDEA ISLAH
-          Mendapat penentangan hebat daripada kalangan ulamak tradisional terutama di Malaysia
-         Mendapat kekangan daripada pihak penjajah Belanda yang berasa kedudukan semakin terancam akibat kebangkitan orang melayu
-          Akibatnya pada tahun 1927M, beliau telah dipenjara oleh pihak Belanda selama 6 bulan kerana dituduh menentang Belanda

SUMBANGAN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
-          Bidang Pemikiran:
a. Berusaha menyalur idea Islah serta maklumat intelektual Islam melalui majalah al-Imam sehingga mencetus semangat kemerdekaan daripada cengkaman penjajah
b.    Berusaha membebaskan umat Melayu dari sebarang unsure penjajahan fizikal dan pemikiran
c.  Pelopor gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam
-          Bidang Pendidikan:
a.       Menubuhkan “Madrasah Al-Iqbal Islamiah” di Singapura bersama rakannya Raja Ali bin Ahamad bagi memperkembangkan pendidikan Islam
b.      Menernitkan majalah al-Umm yang telah disebarkan ke seluruh Tanah Melayu dan Indonesia
c.       Memegang jawatan sebagai guru dan mudir
d.      Nazir  sekolah-sekolah Agama Johor

-          Bidang Ilmu Falak
a.       Pengembang Ilmu Falak di Malaysia
b.      Digelar AAl-Falaki”  disebabkan kemahirannya dalam ilmu Falak

-          Bidang Sastera
a.       Merupakan penggiat sastera
b.      Kemahirannya dalam bidang sastera terserlah dalam penulisannya seperti majalah al-Imam.

________________________________________________________________________________

HAMKA PERMATA NUSANTARA

RIWAYAT HIDUP
-          Nama : Abdul Malik Bin Sheik Abdul Karim Bin Sheikh Muhammad Amrullah.
-          Lahir : 13 Muharram 1362 Hijrah bersamaan 16 Februari 1980 M.
-          Tempat Lahir : Sumatera Barat, Indonesia.
-          Bapanya : Sheik Abdul Karim seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau.
-          Usia : 73 tahun.
-          Meninggal : 24 Julai 1981M

SIFAT PERIBADI
-          Petah berpidato
-          Berjiwa seni
-          Bersikap berani
-          Suka berpakaian kemas
-          Seorang yang pintar dan bijak

PENDIDIKAN
-          Mempelajari al-Quran dan asas agama daripada bapanya.
-          Pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang di sekolah Agama at-Tawalib yang didirikan oleh bapanya.
-           Mengikuti pengajian di masjid-masjid dan surau.
-          Guru-gurunya: Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid.
-          Masa lapang dihabiskan di perpustakaan.


KEGIGIHAN HAMKA MENYEBARKAN DAKWAH DI NUSANTARA
-      Sejak 17 tahun melibatkan diri dalam kegiatan dakwah dengan menerbitkan majalah “Hatibul Ummah”.
-           Mengasaskan Persatuan Hindia Timur untuk mengajar haji kepada jemaah Indonesia pada tahun 1927.
-          Mengasaskan kuliah ‘al-Mubaligh’ pada tahun 1935M.
-          Menerbitkan majalah ‘Pedoman Masyarakat’ pada tahun 1936M.
-          Mengasaskan beberapa majalah seperti Menara, Merdeka, Perundangan Panji Masyarakat dan Gema Islam.
-          Tahun 1953 dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Muhamadiyah.

ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH HAMKA
-          Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir tahun 1959M.
-           Anugerah Guru Besar (Pofesor) oleh Universti Moestopo, Jakarta pada tahun 1960M.
-           Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974M.

SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
-          Tokoh ulamak yang telah membawa pembaharuan yang besar kepada umat Islam khususnya di Nusantara
-          Tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf
-          Penerus idea Islah yang dibawa oleh Sayyed Jamaluddin dan Muhammad Abduh di Nusantara
-          Hasil karya beliau dalam bidang agama, kesusasteraan dan falsafah menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam di rantau ini
-          Banyak berjasa dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia


SEJARAH PERJUANGAN HAMKA
-          Mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.
-          Melancarkan penentangan terhadap khurafat, bidaah, dan tarekat kebatinan yang sesat/ mendirikan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.
-          Menyampaikan ajaran Islam tanpa rasa takut dan gentar.
-          Lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Indonesia yang menyebabkan beliau dipecat daripada jawatan Ketua Umum Majlis Ulama’ Indonesia. (MUI).
-          Beliau pernah dipenjara bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia.

RINTANGAN YANG DIHADAPI OLEH HAMKA DALAM GERAKAN ISLAHNYA
-          Dipecat dari jawatan Ketua Umum Ulamak Indonesia kerana kelantangannya mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaan Indonesia
-          Pernah dipenjara bersama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia atas hasutan komunis

HASIL KARYA
-          Dalam Bidang Agama
1.       Tafsir al-Azhar.
2.       Tasawuf Moden.
3.       Pedoman Membanding Islam.
4.        Arkanul Islam.
5.        Sejarah Umat Islam.
6.        Revolusi Agama
-          Dalam bidang Falsafah
1.       Falsafah Hidup
2.       Lembaga Hidup
3.       Falsafah Ideologi Islam
4.       Expensi Ideologi
5.       Pandangan Hidup Muslim
-          Dalam bidang Sastera
1.       Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
2.       Di bawah Lindungan Kaabah
3.       Laila Majnun
4.       Mandi Cahaya Tanah Suci
5.       Menunggu Beduk Berbunyi.