nuffnang

Monday, August 10, 2009

Majlis Perkahwinan Izam dan Mulaiha

8/8/09 bersamaan 17/ syaaban/1430
Majlis perkahwinan adik Ahmad Zamzuri Deraman dengan Mulaiha Hj Musa di adakan di Rumah pengantin perempuan di Kampung Kota.
Majlis diadakan jam 11.30 pagi dan diakad nikahkan oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ( Menteri Besar Negeri Kelantan )
Adik bersama dengan Bapa Saudara. Adik Ipar Tuan Guru yang tinggal di Jerantut Pahang

Bergambar kenangan sebelum majlis bermula.

Adik abiey bersama dengan sepupu berborak2 menanti kedatangan Tuan Guru tiba.

Bapa saudara dan Sepupu di rumah pengantin perempuan sambil menunggu kedatangan Tuan Guru

Imam kampung Kota.

Kedatangan Tuan Guru

Tuan Guru disambut oleh pihak pengantin perempuan dan lelaki.

Majlis dimulai dengan khutbah nikah oleh tuan guru

Majlis akad nikah bermula

Tuan Guru sedang berkhutbah Nikah..

Wali pihak perempuan Hj. Husam Musa

Abiey dan abang abiey yang sulung Ustaz Zaki

Bersalaman selepas selesai majlis akad nikah, Lega rasanya........ abiey dan adik abiey.. Al-hamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sekali lafaz sahaja

Selepas majlis akad nikah...

Acara membatalkan air sembahyang

Pembawa barang hantaran... terdiri dari adik beradik dan mak saudara serta anak asudara

Sedang menanti isyarat dari pengantin perempuan.. tak boleh pakai serbu

Sedang berkumpul untuk memulakan langkah ke rumah pengantin perempuan

Mak saudara dari Shah Alam

Acara makan..
Mak saudara dari Besut Terengganu

Sepupu dari Besut terengganu

Adik beradik abiey sedang menjamu selera

Kekenyangan....

Bini abiey... makan banyak2 ye.. lepas nih terberanak tak leh nak makan dah... kena berpantang

sedap tak terkata..

Anak saudara bersama ngan mak saudara

Sedang melayan cucu..

Kembar bini abiey...

Selepas menjamu selera sambil menunggu masa untuk bertemu dengan pengantin

Anak-anak buah yang seronok apabila time bergambar

Adik bersama dengan anak buah.

Posing di kerusi pengantin...

Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

Abiey bersama keluarga bergambar bersama pengantin

Bergambar bersama adik beradik

Adik abiey bersama dengan abangnya

Pose dari pengantin

Rakan pengantin perempuan dari Taiping Perak

Bersama rakan abiey dari Maktab Sultan Ismail ( SIC )

Ustazah Rihannasim ( Kakak Pengantin Perempuan ) Sedang memerhati barang hantaran bersama dengan Ustazah Mazuraini

Anak buah pengantin perempuan

Barang hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

Barang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Rakan dari SIC

Adik bersama dengan pengantin

Bini abiey.. sedang menunggu untuk pulang

Persediaan untuk menyambut menantu pulak...

Bukan nak makan lada aje.... ni untuk sambal

Esoknya adalah majlis menyambut di rumah mak abiey pulak....
Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam majlis perkahwinan nih... abiey sungguh terharu kerana majlis ni berjalan dengan meriahnya..



Majlis Perkahwinan Dan Menyambut menantu

Majlis Menyambut Menantu
9/8/09 Ahad bersamaan 18 Syaaban 1430H

Selepas Majlis Perkahwinan semalam.. tiba giliran abiey dan keluarga mengadakan kenduri mnyambut menantu. Majlis yang diadakan hanya sekadar menghimpunkan keluarga dan sahabat handai. ringkas tetapi meriah. Masa majlis inilah dapat dikumpul saudara mara yang jauh dan dekat serta sahabat handai yang datang memenuhi jemputan.
Ramai jugalah yang bertandang sehinggakan majlis berlarutan sampai jam 10.00 malam. Penat tak usah ceritalah... Esok kena sambung kerja balik... Ni tengah fikir ni nak cuti..


Antara gambar yang diambil ketika majlis menyambut menantu.



Banner yang ditempah selepas majlis akad nikah di Kota ( Rumah Pengantin Perempuan )

Kerja banyak menjadi sedikit bila amalan gotong royong dilakukan.. Adab yang semakin terhapus dikalangan masyarakat kita..

Mak saudara yang sedang menggoreng ayam berempah..Baru balik dari Shah Alam ni... Semangat nak dapat anak saudara baru

Memotong daging untuk dijadikan hidangan nanti

Yang ditengah tuh,... adik abiey... Sebagai nahkoda kepada majlis tuh..

Jiran tetangga dan sepupu

Suasana meriah di awal pagi

Ni kaum hawa ( mak saudara semuanya ) Yang sedang memangku anak tu adalah adik kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tukang masak ( bahagian nasi ).. Sekarang ni susah dah nak masak nasi dengan kawah.. Semuanya pakai periuk elektrik.

Adik Ipar..
Tukang masak tambahan ( tukang kacau aje )

Ni boss segala tukang masak... Sepupu abiey yang banyak mengajar abiey memasak gulai kawah..

Sepupu ni tukang tengok aje... lepas sebatang sebatang rokok di hisapnya.. jangan merah... nanti kena jual

Antara sahabat handai yang datang..

Dua idi.. Idi adik dan Idi adik ipar
Baju sponser tuh... Nak bagi meriah suasana sikit.. Kalau tak beri baju.. pakat malas nak buat kerja

Bos besar SIC juga berkunjung ke majlis ni... Abiey ucapkan terimakasih kat bos dan pentadbir SIC.. Siap bagi bas lagi untuk cikgu2 datang ke rumah mak abiey..
Kecaknaan tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Abang Pin ( Tuan Haji Ariffin Awang )datang jauh dari Pulau Pinang... ( Bos FAMA Wilayah Utara )
Ni yang abiey bangga nih...
walaupun sibuk tetap juga abang pin datang
Keluarga Mertua Abiey bergambar kenang-kenangan di rumah mak abiey. Kerabat DiRaja Kelantan bertemu di Majlis ni...

Member2 dari SIC.

CC dan cikgu Marzuhan serta Wan Fadhil membelakangi kamera. Kenalnya tang rambut je..

Kedatangan pengantin perempuan.. adik iparlah tuh

Rombongan pengantin perempuan tiba jam 3.35 petang... nasib baik tak hujan.. kebiasaannya hari2 sebelum nih hujan pasti turun..

Mak saudara dan Kakak Pengantin perempuan ( Ustazah Rihannasim ) Pengarah sebelah perempuan. Abiey dan Isteri pengarah sebelah Lelaki.. Lepas nih kena buka agensi cari jodoh pulak..

Ketibaan dengan penuh senyuman dan kepulangan nanti dengan penuh kepuasan dan kekenyangan

Salah seorang kakak pengantin perempuan...

Bergambar di bilik pengantin. Ada iras abiey ke...

Bersama dengan anak buah pengantin perempuan..

Adik bersama ngan isteri... Sama Padan dan Sama Cantik.. bak kek buah di belah dua...

Bersama ipar duai..

Pose istimewa dari pengantin

Kawan-kawan izam dari kuala lumpur... terima kasih kerana sudi datang.

Mak abiey dan besannya bergambar..
Abiey berdoa agar kedua2 pengantin nih bahagia dan kekal hingga akhir hayat..


Wednesday, August 5, 2009

Salam Nisfu Syaaban 1420H

Abiey mengambil kesempatan untuk mengucapkan alam nisfu syaaban... jangan lupa bacaan yasiin ye.. dan qiamullail. Banyak pahalanya.... dah lama rasanya n3 tak dilaksanakan..macam2 hal kena uruskan dan dah berkulat komputer ni tak disentuh...
dilampirkan tazkirah mengeni nisfu syaaban untuk dihayati..

Nisfu Syaaban: Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat iniSembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-FatihahSembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya)
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)