nuffnang

Monday, December 27, 2010

Bercuti Di Pulau Pinang



Sempena cuti persekolahan abiey membawa keluarga bercuti ke Pulau Pinang dan juga melawat kakak ipar di Taman Seberang Jaya. Berkebetulan pula bersebelahan dengan Queensbay ada program sua rasa tv9.


Ni anak bongsu daun keladi abiey... ketika berehat di taman perbandaran

seronok bermain bual......

anak ke dua abiey..

mula2 takut... lepas tuh... tak mau turun pulak

anak sedara..... mohd amin

anak sulung abiey... memang bijak bergaya di depan kemera...

senaman di tengahari...

tak terkejar abiey dengan keletahnya...

tunggang kuda batu..

layan ijah.... jangan tak layan..

irah dan amin... melayan kerenah imtienan

post menarik.......

ni tegak macam tiang lampu

kolam mandi menjadi sasaran anak2..

imtienan tak mau lepas peluang

yang ni hantu air........

imtienan kesejukan

sampai merangkak... tak mau dah....... sejukkkkkkkkkk



Di Pantai Batu Feringgi

Minum dan makan laksa.....

Bermain ombak....

Tak boleh mandi...

sekadar bermain digigi air saja

Acara bersantai

Menyaksikan keindahan pantai

tunggu sapa tuuuu


Sua Rasa di Queensbay

Permandangan dari tepi pantai queensbay

bergambar berlatarbelakangkan jambatan pulau pinang

Keluarga di pulau pinang dan bapa dan ibu mertua

sebelum menjamu mata di gerai sua rasa tv9

Bapa mertua dan cucunya

Anak2 abiey dan anak sedara...

ada gaya tak..... juru foto cilik

Aeisha dan Tok ku

Ayah Pin di Gerai FAMA

Imtienan...... yazid dan ijjah

Nda... kepenatan.. ke cari pitis jatuh....

Amalin ditengah2 ruang tapak expo sua rasa

Ijjah.... menari ballad ke....

Isteri dan anak2..

melayan kerenah imtienan

sedapnya air.....

Belon banyak sangat...... tak terbawa....


nda dan ayah pin......

abiey dan anak2 serta anak sedara


sempat bergambar dengan Jaafar Onn

abiey dan isteri


Aeisha ketika hendak pulang...

beriringan selepas ber window shopping



Abiey bercuti selama seminggu sahaja di Penang....
pulang 20/12/2010

Sunday, December 12, 2010

kenangan sempena expo laksamana cheng ho

22/11/2010
Expo Laksamana Cheng Ho
Kota Bharu

Abiey bersama keluarga meluangkan masa untuk meronda-ronda di tapak expo laksamana Cheng Ho.


Gerai2 jualan yang terdapat di tapak expo

Cuaca panas, anak2 tidak tahan dengan situasi ini

Bergambar dihadapan salah satu khemah expo. Terdapat pelbagai agensi yang mengambil bahagian.. ada dari negara uzbek dan banyak lagi.

Kehausan kerana cuaca panas terik

Sambil-sambil ronda jumpa kawan lama semasa mengajar di SMK Chiku 2 Gua musang. Nazri 4X4 dan isterinya.

Kaligrafi yang menarik. Demonstrasi secara langsung di situ. boleh tempah apa saja yang kita mahu.

Salah satu gerai pameran

Bersembang dengan kawan lama..

Tempat urutan tradisional cina.. Abiey pun cuba juga dan bayarannya RM30 selama 20 minit

Karenah anak-anak abiey..

Kawan abiey yang mencuba urutan tradisional cina.
Ustaz Razalai

Barangan yang terdapat di situ

Batu jad yang menjadi kegemaran masyarakat cina

Terapi Naga... ngeri namanya... Ini adalah salah satu daripada sesi urutan tradisional negara China.

Thursday, December 9, 2010

bila hujan berhenti

Hari ni dan semalam hujan dah tak turun lagi..
maka berasaplah mesin basuh....
kerja tak henti2 membasuh semua pakaian yang berlambak..
sang isteri sibuk mengemas di dapur...

abiey... turun kat laman
basuh awang hitamku ... dan
basuh mat silver...

beres semuanya....

petang...
ke rumah bonda..
siap dengan makan malam sekaligus

pulang

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

rutin musim cuti ku...
sambil menyiapkan tugasan
Modul dan Buku Pengurusan Sekolah..



Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1432Hijriah dan salam Awal Muharram

Doa Akhir Tahun Hijriyyah dan awal tahun hijriyyah

MARI KITA SAMBUT TAHUN BARU 1432 HIJRIYYAH DENGAN DO'A AKHIR TAHUN & AWWAL TAHUN


DO'A AKHIR TAHUN HIJRIYYAH
dibaca sebelum maghrib (ba’da ashar)

Doa akhir tahun:


Artinya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini terhadap hal-hal yang Engkau larang aku untuk melakukannya dan aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat atas kelalianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian atas apa yang Engkau ridhai dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepada-Mu.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Wahai yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada-Mu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengaruniakan kesejahteraan ke atas mereka.

DO'A AWWAL TAHUN
dibaca setelah maghrib (ba’da maghrib)

Doa awal tahun:


Artinya:
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah SWT berselawat ke atas junjungan kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang berlimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan para pembantunya dan dari bala tentaranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Ya Allah Wahai Tuhan Kami, Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas junjungan kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Semoga Allah SWT melimpahkan Rahmatnya kepada kita semua

Amien…

Saturday, December 4, 2010

Barang Naik Lagi......



Harga barang keperluan harian naik lagi, dalam diam-diam 5 item barang dinaikkan. kesemua barang ini akan memberi impak yang besar ke atas kenaikan harga barang yang lain. Walaupun rata-rata rakyat malaysia tidak menunjukkan rasa protes mereka tapi jauh disudut hati merasa kecewa dengan kenaikan ini. Janji hanya tinggal janji... alasan mengikut harga global....

Harap pihak kerajaan akan perihatin dengan masalah ini.
Sebagai pengguna.... kena hadapi juga walau apa jua keadaan.