nuffnang

Thursday, March 5, 2009

Sibuk, menyibuk, penyibuk, buat2 sibuk dan . . .

05/03/09: Khamis.

Sibuk...
Suasana padang SIC begitu sibuk dengan agenda yang diatur oleh pihak urusetia Sukan Rakyat. Laluan parking kereta penuh sehingga kereta ambo diletakkan ditepi jalanan sahaja... Orang ramai telah mula memenuhi padang SIC seawal jam 10.oo pagi. Suasana menjadi sibuk sesibuknya. Ada pameran, sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan persembahan kebudayaan.

Menyibuk.
Ada di antara warga SIC menjadi penyibuk, sepatutnya berada di dalam kelas tetapi masih berlegar diluar kelas. Ambo apa lagi... cari pelajar2 kelas ambo yang menyibukkan dirinya di tapak pameran... Tak sabar mereka nak bersosial di tapak pameran. Pihak sekolah telahpun menetapkan jadual untuk memberi kelonggaran kepada pelajar mengikut giliran ketika ketibaan angkasawan negara Dr. Faiz.

Penyibuk.
Yang tak tahannya, bila ada tukang penyibuk.. datang tak diundang.. Asyik berlegar dalam kawasan sekolah dan bilik guru... Sekolah dijadikan tempat agen insuran.. Kita nak buat kerja pun tak boleh...
Warga luar yang datang nak pun ada yang mengganggu perjalanan sekolah.. Kesian pelajar.. ada yang nak guna tandas.. mundar mandir dalam kawasan sekolah hingga ke kawasan bangunan sekolah.. Masjid pula dijadikan tempat makan... hancusssss. bukan tak sudi menerima kehadiran orang luar di kawasan sekolah, lebih2 lagi melibatkan aktiviti2 seperti ini... tapi patut2lah.. yang letih lepas nih... ambo and the group's

Buat-buat sibuk.
Bila suasana dah nampak maha kelam kelabut wal kelibut tuh.... ambo buat2 sibuklah,.. Pergi ke satu tempat ke satu tempat sambil ambil bahan untuk masukkan dalam blog ambo nih... sambil2 cari pelajar. Pelajar dengan selamba je bila jumpa ambo, siap menyapa tanpa rasa bersalah... bila dilihat kawasan berhampiran ada ramai warga pendidik yang membenarkan anak buahnya menyertai "suasana itu".
Ambo pun dengan agenda sendiri mencari zoom target ambo untuk dimuatkan dalam blog nih.... Berlegar2 ambo di sekitar kawasan pameran dan tempat2 persembahan tuh. dan hasilnya.. ambo muatkan foto2 yang sempat ambo ambilkan.

Taniat DiRaja. Tempat Raja Kelantan dan Raja Perempuan bersemaian sambil menyaksikan sukan rakyat dan persembahan daripada rakyat2 dibawah jajahan takluk baginda

Seni warisan yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.. Seni Silat yang menjadi kebanggaan rakyat kelantan dan seisinya

Antara keindahan pergerakan dalam seni silat yang mencuit perasaan setiap penonton


Seni silat yang semakin dilupakan oleh golongan belia ini perlu diterapkan di sekolah..



Permainan di kios pameran angkasawan
Pelajar SIC sedang mencuba permainan yang disediakan di kios tersebut


Aduh... lagu mana nih... muka aku jadi mace nih.. rasanya tadi lawa doh masa turun rumah..
buke ape tak dih tak dae nak nelek kat rumah..


DR. FAIZ, Angkasawan negara yang sama-sama memeriahkan Pameran dan Sukan Rakyat Jajahan Kota Bharu



Permainan ular juga turut disediakan... Nak bergambar dengan ular dikenakan bayaran RM2.00 dan kamera sendiri punya..


DJ Kelantan FM sedang mengacarakan majlis yang diadakan dikonti sementara kelantan fm.


Raja Perempuan kelantan sedang menyaksikan permainan yang dipersembahkan kepada Tuanku


Pameran kereta antik. Orang kelantan kata keta kura.

Walaupun dah lama harganya tetap tinggi... semakin antik semakin tinggi harganya. tak supa ngan ore..


Walaupun belanja beribu2 ringgit, pemiliknya sanggup berhabisan demi kereta antik ini.

Yang jarang kita jumpa sekarang ini.


Persembahana dari Ali Mamak Santan Berlada yang membawa lagu 10 budak hitam


Ali Mamak dan pengacara majlis memeriahkan suasana pada hari tersebut
Itulah serba sedikit suasana yang dapat dirakam ketika majlis Perasmian Sukan Rakyat Jajahan Kota Bharu


Wednesday, March 4, 2009

Sibuk Kerja Raja

SIC dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan sukan rakyat peringkat jajahan kota bharu. Maka bertimbun2lah kerja yang terbengkalai
Font size
Padang tak dapat digunakan untuk latihan bolesepak skuad bawah 15 tahun kb selatan di bawah bimbingan ku.. Hari Ahad nak lawan ngan Gua Musang peringkat suku akhir..
Sudah tiga hari tidak ada latihan dek hujan yang mencurah2 tanpa henti.. macam musim banjir lak rasanya. Hari ni nak main padang pulak digunakan oleh orang lain... nasib2.
Nak buat latihan pagi memang dah tak boleh... adusss. pecah kepala den nak mikir. Nanti kalau kalah peringkat suku akhir kita pulak yang dibom...

Nak lepaskan tension tak leh berlatih... aku bedal main tenis ngan cikgu Razi. Lawan ngan budak sekolah... aku kasi hentam sama dia 9-2. haaaa... baru lega..

Malam pulak. kena kawal pelajar asrama untuk sembahyang hajat sempena ngan hari sukan esok.. entah tujuan apa aku pun tak tau... Tak mau kasi hujan turun kot..

Esoknya... Kelas yang mengambil ujian ditangguhkan untuk hari lain... kan menyusahkan ajer tuh... Balik awal esok jam 1200 tengahari kerana Raja Perempuan akan berangkat jam 3.00 petang. Pelajar asrama kena stay kat asrama dan balik esok hari. Minggu ni merupakan minggu balik kampung... lega tak bertugas... tapi dek program raja nih... terpaksa aku bertugas lagi...
Hooooo... letih wehhhh

Kerja orang lain. Orang lain yang sibuk...

Sunday, March 1, 2009

AAARGHHH... Kelantan Tewas

Sambil menunggu kelas bermula.. Jenguk sikit laman berita harian dan utusan. Biasalah laman yang dikunjungi ialah sukan...
Nak tengok berita bolasepak kelantan menentang selangor... Semalam tak sempat nak tengok berita..
Aghhhhh.. Kelantan kena kantoi 3 - 0... Camnerr ni....
Kekalahan sulung kelantan....

Ramai sepupu sepapat g ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan tersebut.. Mesti mereka kecewa.
Ayuh kelantan.... Teruskan kegemilangan, jangan kecundang lagi.

Tak temampu halim nak mengekang serangan selangor...
Hilang kebal Halim

Tak leh pakai baju biru doh nih...
Kena pakai baju merah pulakkk..


Saturday, February 28, 2009

Main Tenis Bersama Rakan2

Sabtu-28/02/2009: Padang Tenis SIC

Hari pertama main tenis di padang SIC bersama dengan PK KO cikgu Ramli, Cikgu Zaimi, Cikgu Zulfakar, Cikgu Razi dan Ambo sendiri. Perbincangan dibuat ketika makan-makan kat Food Village ( Chimchum ).

Seawal jam 7.30 pagi kami berada di padang Tenis SIC. Semangat untuk beriadah bagi mengempis dan mengurankan apa yang lebih. Walaupun tak seterrer Nadal, Roger Faderrer atau Andy Roddick.. tapi bolehlah setakat nak mengeluarkan peluh.
Perlawanan PK KO bersama Cikgu Zaimi lawan ngan Cikgu Razi dan Cikgu Zulfakar baik sekali. Walaupun lama tak beraksi skillnya masih tak luput..

Perlawanan kedua antara ambo bersama ngan cikgu zaimi lawan cikgu razi dan zulfakar. Bukan main lagi cikgu Zulfakar tunjuk skill. Tak larat dibuatnya.... Cikgu Zaimi tetap selamba ambik servis kencang zulfakar..

Apapun hari ni menjadi titik permulaan riadah tennis setiap hari sabtu. Nanti bila dah terrer benar, akan dianjurkan perlawanan persahabatan.. bila tu.... tungggggu

Gaya Cikgu Razi dan Cikgu Zulfakar, Team Guru Muzik lawan Team PK KO

Servis dari cikgu Zaimi tak terambil oleh cikgu razi.

PK KO sedang melakukan servis. Sepanjang perlawanan PK KO melakukan servis padu tanpa berbalas sebanyak 8 kali.... tu baru pertama kali main tennis


Yeeeh.. bola mencecah lantai... tak terambil oleh zulfakar..


Servis dari cikgu razi...... Gaya ada seakan2 Nadal tang punggungnya. Cayalah.... Lepas main kami pekena kopi dan roti bakar depan Toyota Bunut Payung.
Minggu depan diharap ada ahli baru yang muncul..






Friday, February 27, 2009

Sape Kata Tak Boleh...

Ambo rasa tertarik ngan gambar 2 makhluk ni..... Yang cuma mempunyai perasaan kasih dan sayang tanpa mengira suku sakat....
Teringat pula lagu cinta antara dua benua.......






Binatang boleh...kenapa manusia tak boleh...
fikir-fikirkan...

COMPUTER ILLUSION

Rasa rileks pada hari jumaat ni.... terjenguk laman blog senaville83. Rasa nak juga kongsi mainan mata. ni.........
best juga tenung lama-lama.. jangan sampai juling biji mata oklah.












Oklah.... tak dak nak buat kerja apa-apa.


Wednesday, February 25, 2009

Ku Kehilangan Rakan Setugas

N3 kali ni merujuk kpd kehilangan rakan setugas di SMK Bandar Chiku Gua Musang. Ambo dikejutkan dengan panggilan jam 12.45 malam pada 23.feb.2009. Panggilan dibuat oleh bekas PKKO Cikgu Abdul Rahman ( Man Unser ) Bachok. Terkedu seketika apabila terdengar dicorong handset ambo : " Ustaz Cik Idi dah tak ada", Innalillahiwainnailaihirajiuun. rasanya baru je bertemu dengannya.. Terpacul soalan:"Apa sakitnya", Setahu ambo, Allahyarham sihat dan tidak berpenyakit.. Mati semasa main badminton.. Serangan Jantung???

Masa tuh terbayang member2 yang sama mengajar di SMK Bandar Chiku dulu. Semuanya ambo sms dan maklumkan kepada mereka. Bermula dari saat tuh... mata tak terlelap hingga ke pagi.. Hajat dihati nak melawatnya pada pagi tersebut, tak sempat kerana pegawai JPN nak datang ke sekolah dan melihat P&P. ahhhhhhhh... makin kelam kabut, semalam dah lah tak tidur hari ni ada yang nak masuk kelas pula. pening pening...

Hari ni 24.Feb.2009, Hati semakin bergelora dan gundah gulana, hentam sajalah... kelas berjalan seperti biasa... ahh.. lega tak ada yang masuk ke kelas. petangnya bawa pelajar ke MD Ketereh untuk kejohanan bolasepak. Hati sedikit terhibur dengan kejayaan pasukan MD Kota Bharu Selatan menentang MD Pasir Putih 7-0.

Hati masih memikirkan arwah cik idi yang berada di Kasa Pasir Mas. Kawan-kawan lama dah pergi menziarahi rumah arwah. Bekas tenaga pengajar SMK Bandar Chiku. Bini ambo telah pergi menziarahi bersama ustazah Ruhaizan. Insya Allah hari Jumaat ambo sekeluarga akan menziarahi keluarga arwah sekali lagiiii.


Ambo selitkan sedikit tazkirah untuk tatapan semua

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dansempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya.
Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.
Hakikatnya, ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.
Firman Allah Taala:
Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."