nuffnang

Monday, August 10, 2009

Majlis Perkahwinan Dan Menyambut menantu

Majlis Menyambut Menantu
9/8/09 Ahad bersamaan 18 Syaaban 1430H

Selepas Majlis Perkahwinan semalam.. tiba giliran abiey dan keluarga mengadakan kenduri mnyambut menantu. Majlis yang diadakan hanya sekadar menghimpunkan keluarga dan sahabat handai. ringkas tetapi meriah. Masa majlis inilah dapat dikumpul saudara mara yang jauh dan dekat serta sahabat handai yang datang memenuhi jemputan.
Ramai jugalah yang bertandang sehinggakan majlis berlarutan sampai jam 10.00 malam. Penat tak usah ceritalah... Esok kena sambung kerja balik... Ni tengah fikir ni nak cuti..


Antara gambar yang diambil ketika majlis menyambut menantu.



Banner yang ditempah selepas majlis akad nikah di Kota ( Rumah Pengantin Perempuan )

Kerja banyak menjadi sedikit bila amalan gotong royong dilakukan.. Adab yang semakin terhapus dikalangan masyarakat kita..

Mak saudara yang sedang menggoreng ayam berempah..Baru balik dari Shah Alam ni... Semangat nak dapat anak saudara baru

Memotong daging untuk dijadikan hidangan nanti

Yang ditengah tuh,... adik abiey... Sebagai nahkoda kepada majlis tuh..

Jiran tetangga dan sepupu

Suasana meriah di awal pagi

Ni kaum hawa ( mak saudara semuanya ) Yang sedang memangku anak tu adalah adik kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tukang masak ( bahagian nasi ).. Sekarang ni susah dah nak masak nasi dengan kawah.. Semuanya pakai periuk elektrik.

Adik Ipar..
Tukang masak tambahan ( tukang kacau aje )

Ni boss segala tukang masak... Sepupu abiey yang banyak mengajar abiey memasak gulai kawah..

Sepupu ni tukang tengok aje... lepas sebatang sebatang rokok di hisapnya.. jangan merah... nanti kena jual

Antara sahabat handai yang datang..

Dua idi.. Idi adik dan Idi adik ipar
Baju sponser tuh... Nak bagi meriah suasana sikit.. Kalau tak beri baju.. pakat malas nak buat kerja

Bos besar SIC juga berkunjung ke majlis ni... Abiey ucapkan terimakasih kat bos dan pentadbir SIC.. Siap bagi bas lagi untuk cikgu2 datang ke rumah mak abiey..
Kecaknaan tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Abang Pin ( Tuan Haji Ariffin Awang )datang jauh dari Pulau Pinang... ( Bos FAMA Wilayah Utara )
Ni yang abiey bangga nih...
walaupun sibuk tetap juga abang pin datang
Keluarga Mertua Abiey bergambar kenang-kenangan di rumah mak abiey. Kerabat DiRaja Kelantan bertemu di Majlis ni...

Member2 dari SIC.

CC dan cikgu Marzuhan serta Wan Fadhil membelakangi kamera. Kenalnya tang rambut je..

Kedatangan pengantin perempuan.. adik iparlah tuh

Rombongan pengantin perempuan tiba jam 3.35 petang... nasib baik tak hujan.. kebiasaannya hari2 sebelum nih hujan pasti turun..

Mak saudara dan Kakak Pengantin perempuan ( Ustazah Rihannasim ) Pengarah sebelah perempuan. Abiey dan Isteri pengarah sebelah Lelaki.. Lepas nih kena buka agensi cari jodoh pulak..

Ketibaan dengan penuh senyuman dan kepulangan nanti dengan penuh kepuasan dan kekenyangan

Salah seorang kakak pengantin perempuan...

Bergambar di bilik pengantin. Ada iras abiey ke...

Bersama dengan anak buah pengantin perempuan..

Adik bersama ngan isteri... Sama Padan dan Sama Cantik.. bak kek buah di belah dua...

Bersama ipar duai..

Pose istimewa dari pengantin

Kawan-kawan izam dari kuala lumpur... terima kasih kerana sudi datang.

Mak abiey dan besannya bergambar..
Abiey berdoa agar kedua2 pengantin nih bahagia dan kekal hingga akhir hayat..


Wednesday, August 5, 2009

Salam Nisfu Syaaban 1420H

Abiey mengambil kesempatan untuk mengucapkan alam nisfu syaaban... jangan lupa bacaan yasiin ye.. dan qiamullail. Banyak pahalanya.... dah lama rasanya n3 tak dilaksanakan..macam2 hal kena uruskan dan dah berkulat komputer ni tak disentuh...
dilampirkan tazkirah mengeni nisfu syaaban untuk dihayati..

Nisfu Syaaban: Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat iniSembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-FatihahSembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya)
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Thursday, July 30, 2009

Gambar Sekitar Kejohanan Bolasepak Premier dan Bengkel Teknik Menjawab PMR dan SPM

Aksi Pelajar SIC ketika menentang pasukan Sultan Sulaiman Terengganu

Perlawanan antara kedua pasukan seri 3 - 3
Kata Perangsang oleh juru latih dan PT Kota Bharu

Selepas perlawanan

Guru yang terlibat dengan bolasepak bersama dengan abiey... korbankan hari minggu demi tugas

En. Mohd Noor di bilik rehat Asrama SMK Tengku Mahmud


--------------------------------------------------------------------
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR dan SPM

Penceramah ustazah Husniyyah dari SMK Long Gaffar

Peserta Lelaki... hanya 1/4 daripada peserta wanita

Peserta wanita yang mendominasi dewan wawasan PPD KB

Orang yang bertanggungjawab semasa bengkel berjalan
kak mah Unit Pendidikan Islam

Penyelaras Bengkel Ustazah Hjh. Nik Zulina
terimakasih memberi kepercayaan kepada abiey untuk sama2 menyertai bengkel ini.


Program PAI dan bola sepak

Minggu ni Abiey terlibat sepenuhnya dalam program bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM dan PMR serta Tasawwur SPM. Program ni berjalan dari 29 hingga 30 Julai 2009.
Abiey hanya ditugaskan sebagai fasilitator untuk kedua-dua kertas PMR dan SPM.
Abiey pun bukan mahir sangat tentang hal2 ni.. cuma dahulu terlibat sikit dengan penggubalan soalan peperiksaan LPM di Kuching Sarawak. Pengalaman memeriksa kertas tak ada... malas rasanya nak mengadap kertas peperiksaan.
OKlah... nanti abiey masukkan gambar peserta program.
Program seterusnya bolasepak bawah 14 tahun SIC. Abiey sebagai pengurus pasukan dan kejohanan ini berlangsung di SMK Teknik Tanah Merah bermula 30 hingga 1 Ogos. Bermaknanya hujung minggu ni tak ada kat rumah lagilah. Minggu lepas abiey terlibat dengan bolasepak premier cup di Besut Terengganu. Bini pun dah asyik mengomel doh... buku anak2 tak sempat belek.
Lepas ni kena berentilah... bini pun dah sarat doh tunggu hari nak bersalin..
Doa2kanlah untuk abiey dan keluarga ya...

Thursday, July 23, 2009

Terimakasih Rakan Blooger

Assalamualaikum...
Pertamanya...
Abiey ucapkan terima kasih di atas respon untuk meletakkan nama bakal manak abiey yang akan lahir nanti.. Memang susah jika tak spare awal2 nama nih. nanti bila lahir nak isi terus borang permohonan surat beranak. Dalam Islam sebagusnya letakkan nama pada hari ke tujuh "sunat" bersama dengan majlis akikah atau majlkis "tahnik", Kalau orang kelantan, majlis tahnik biasanya dibuat semasa bercukur. Tapi zaman mutaakhir ni, bukannya dikira sangat dengan syariat Islam... Pakai redah aje.. Abiey seboleh2nya nak ikut sunnah dan ambil pahala sunat.
Hari ketujuh untuk menamakan anak dan juga majlis akikah ada terkandung di dalam hadis Rasulullah:
Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".
Sempena dengan itu juga hendaklah didoakan anak supaya anak dilindungi daripada hasutan syaitan contoh doanya ( maksud doa ) ialah:
Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Bukannya abiey nak bertazkirah hanya sekadar nak berkongsi dengan sahabat blooger.. Gandingan yang abiey dapati dari teman dan rakan blooger dan masih dalam pertimbangan:
1. Zahirah Imtinan
2. Zuhriyyah Iftinan..

Friday, July 17, 2009

CADANGAN NAMA ANAK PEREMPUAN

Masa awal mengandung dan hingga 7 bulan dan sekarang 8 bulan, ramai yang abiey jumpa, orang tua, mak bidan, orang berpengalaman mengatakan kandungan isteri abiey anak lelaki..

Haaaaa... seronok abiey bila diberitahu begitu.. Tak nak scan/ultra sound takut menghampakan..
Minggu lepas rutin isteri ke klinik dan doktor buat ultra sound untuk melihat kedudukan anak dalam kandungan. Sebelum tuh, kandungan isteri abiey urinya di bawah. tu berlaku pendarahan. Lepas scan.. jantinanya PEREMPUAN.
Abiey kata alhamdulillah janji sihat. Apa2 pun itu ketentuan Allah. Rasa jugalah dalam hati hampa... kena terima qada' dan qadar Allah.
Ni nak minta tolong rakan blooger cari/suggest nama untuk anak abiey nih.. Kalau lelaki dah ada dalam simpanan. Perempuan tak ader lah pulak.
Gabungannya Z...... dan I....... Boleh kan...
Tentu rakan blooger ader nama2 yang sesuai ataupun tanya orang alim dikalangan rakan blooger.. Pak Man mesti ada punya..

Kad Ucapan Ilham anak2 abiey

Nilah coretan anak2 abiey sempena dengan hari lahir abiey...
ada yang menyentuh perasaan bab jarang berada di rumah..
maklumlah abiey ni sentisa berada diluar kawasan.. mengalahkan guru sukan. semua benda abiey kena pikul.. nilah nasib guru zaman mutaakhir nih..






anak2 segala2nya buat abiey..
terima kasih anak2 dan isteri tercinta..
nanti kita celebrate ye