nuffnang
Wednesday, November 24, 2010
Tajuk-tajuk pilihan/ramalan SPM 2010 ( Pendidikan Islam )
Monday, November 22, 2010
Penyebab Hati tak bahagia.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
Tuesday, November 9, 2010
Berubatlah dengan solat
Berubatlah dengan solat
Allah SWT telah memerintahkan kita sebagai umat Islam di atas muka bumi ini dengan melakukan solat 5 kali sehari. Kita telah diajar oleh Rasulullah SAW mengenai cara menunaikan solat dengan sempurna. Kita semua sudah sedia maklum bahawa, solat itu adalah tiang agama. Gagalnya kita untuk menunaikan solat, maka gagallah kita dalam menjaga agama kita di dunia ini.
Berubatlah dengan melakukan solat. MENGAPA?
Selain daripada kita melakukan solat kerana perintah Allah, namun dengan melakukan solat, terkandung beribu hikmah yang datang tanpa kita sedari. Dengan solat, jiwa kita dilatih agar menjadi lebih tenang, baik di waktu malam mahupun siang.
Sesiapa yang mahukan hatinya lari daripada perasaan cemas, gemuruh, takut kepada perkara yang ditakuti, dan pelbagai gangguan jiwa, maka bersolatlah kerana solat itu mampu menundukkan hati yang ego, sombong, bongkak, kedekut dan sebagainya.
Sesiapa yang mahukan dirinya menjadi lebih bersemangat, meningkatkan kekuatan hati bagi menghadapi permasalahan dan kesulitan, maka bersolatlah keranan dengan solat itu, insyaAllah Allah memberikan kamu hidayah dan dipermudahkan segala urusan.
Sesiapa yang mahukan menenangkan semula urat-urat saraf, meredakan dan menyembuhkan penyakit didalam badan maka bersolatlah kerana solat itu mampu mengubatinya serta memberi manfaat kepada kebanyakkan penyakit yang berpunca daripada penyakit perut.
Telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, " Rasulullah SAW telah melihatku ketika aku sedang berbaring kerana sakit perut, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: " wahai Abu Hurairah, apakah kamu berasa sakit perut? Aku menjawab: "Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, Bangkitlah dan kerjakanlah solat kerana dalam solat itu terkandung juga suatu rawatan yang sangat berkesan."
Sesiapa yang mahukan menyerikan wajahnya, menolak kezaliman yang menimpa dirinya, dimurahkan rezeki, mencegah penyakit syawat dan nafsu, maka bersolatlah kerana ia mampu memberi manfaat kepadamu.
Sesiapa yang hendak berubat daripada kelesuan, kebodohan, kemalasan dan kelemahan, hendaklah berubat dengan mengerjakan solat.
Sesungguhnya, solat itu merupakan ubat yang mujarab bagi segala penyakit rohani dan jasmani. Apabila seseorang itu telah mendirikan solat, sebenarnya ia telahpun melindungi dirinya daripada pelbagai penyakit.
Ketahuilah, tiada satupun perintah dan ciptaan Allah yang sia-sia. Ia penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
Tekunlah dengan melakukan solat, insyaAllah diri anda sentiasa menjadi lebih bersemangat.
p/s: rahsia kekuatan yang sebenarnya bagi orang-orang yang berjaya ialah dengan solat yang khusyuk. Motivasi yang paling mujarab ialah dengan mengerjakan solat
Sumber: sharemotivasi
Sunday, November 7, 2010
Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …
1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-
sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada
laranganNya dan perkara-perkara yang haram.
Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana
bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan
perempuan yang mempunyai agama”
Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
“Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan
kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni
ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin
akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan
hartanya dan elok rupanya.”
Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.
Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah
apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini
berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya
‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.
Maka jawab Rasulullah s.a..w
“Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau
akan rasa seronok”.
Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam
memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki
supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan
sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah
rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;
“Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana
takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan
jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana
ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah
kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya
cantik dan dari keluarga yang berharta”.
Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil
kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya
“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai
agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.
2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai
dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah
terhadap Allah s.w.t.
Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya
akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada
manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya
dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan
enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri.
Sifat Al-Annaanah
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia
sntiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan
menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.
Sifat Al-Mannaanah
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang
suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam
pertuturan seharian bersama suaminya.
Sifat Al-Hannaanah
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan
kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak
mudaratnya.
Sifat Al-Haddaaqah
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu
memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.
Sifat Al-Barraaqah
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan
pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka
pada anggapannya)
Sifat Al-Sallaaqah
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka
bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak
baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang
perempuan iaitu :-
Sifat Al-Baqlu.
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.
Sifat Az-Zahhu.
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu
membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang
dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami
dari perasaan cemburu dan gelisah.
Sifat Al-Jubnu.
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah
sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang
isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.
3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya.
Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana
dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan
perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini
seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita
disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras
rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika
perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk
mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan
kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk
dijadikan isteri.
4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas
kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya
“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan
yang terlebih murah isi kahwinnya”
Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud
“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan
di segerakan rahimnya itu kepada beranak”
Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
Rendah mas kahwinnya
Disegerakan perkahwinannya.
Menyegerakan untuk mendapat anak.
5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak /
melahirkan zuriat kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu
berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih
sayang ke atas suaminya”
6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara kerana
menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih
mesra perhubungan antara suami dan isteri.
7. Di sunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa
yang baik iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang
beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda
Nabi s.a.w yang maksudnya “Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani
kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan”
Di galakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik
kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi
oleh anak samada lelaki mahupun perempuan.
“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya”
Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih
perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik
da berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya.
8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat
yang hampir kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w
pula menyebut yang bermaksud
“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa
sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya”
Demikianlah lapan sifat wanita yang di nyatakan oleh Imam Al-Ghazali didalam
kitabnya.
sumber: bicara muslim.com
Friday, November 5, 2010
Tip untuk ibubapa untuk mengelakkan anak derhaka.



Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
“Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
“Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita.”
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
“Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara. Adalah mudah iaitu:- percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri. Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.
Tips
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yangbaik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga. (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
sumber: samsarina.wordpress
Wednesday, November 3, 2010
Hak anak terhadap ibubapa
Firman Allah S.W.T. kepada Nabi Allah Musa A.S. : "Hai Musa! Sesungguhnya barangsiapa berbuat
kebajikan kepada ibubapanya tetapi mendurhakai Aku, nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat baik. Dan, barangsiapa yang berbuat kebajikan kepada Aku tetapi mendurhakai ibubapanya, nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat durhaka"Jangan sesekali kita menderhakai walaupun salah satu dari kedua orang tua kita. Jangan sesekali kita menderhakai mereka walaupun dengan satu bunyi dengusan di hidung kerana perasaan tidak puas hati terhadap mereka.
Dan, janganlah kita sesekali menderhakai mereka walaupun mereka berbuat zalim. Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasurullah S.A.W. : "Barangsiapa pagi-pagi lagi membuat kesenangan kepada kedua ibubapanya, nescaya terbuka dua pintu syurga untuknya. Dan, barangsiapa mengikutinya nescaya beroleh sepertinya juga. Jikalau hanya seorang sahaja di antara mereka yang menyenangi, maka dia beroleh satu pintu sahaja. Dan barangsiapa pagi-pagi lagi membuat kemarahan kedua ibubapanya, nescaya terbuka dua pintu neraka untuknya. Jikalau hanya seorang sahaja di antara mereka yang marah, maka dia beroleh satu pintu sahaja.
Menderhakai ibu adalah satu-satunya perbuatan yang amat dimurkai Allah S.W.T. Renungilah firman
Allah S.W.T. sepertimana yang telah dituliskan di atas. Oleh itu sementara ibu kita masih hidup dan bersama kita, maka adalah wajib kita memenuhi tanggungjawab kita sebagai anak, iaitu dengan
berterusan membuat kebajikan terhadap mereka. Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah S.A.W. :
"Berbuat kebajikan kepada kedua ibubapa adalah lebih utama dari bersolat, bersedekah, berpuasa, menunaikan umrah, menunaikan haji dan berjihad fisabilillah".
Sekiranya mereka tinggal berasingan dari kita, maka ziarahilah mereka seberapa kerap yang mungkin. Jika mereka tinggal berseorangan maka bawalah mereka tinggal bersama. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan kita tetapi merekalah orang-orang yang telah sepenuhnya bertanggungjawab memberikan kehidupan kepada kita. Walaupun mengambil mereka tinggal bersama berkemungkinan akan menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pasangan kita namun sedarlah bahawa hubungan ibu dan anak atau bapa dan anak dengan hubungan kita dan pasangan kita tidak akan sesekali sama. Justeru mengambil berat kebajikan ibubapa adalah keutamaan yang hakiki.
Lihatlah apa yang boleh anda lakukan untuk mereka. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan umpamanya memberikan wang saku yang mencukupi untuk mereka,membelikan stok makanan untuk mereka seperti beras, susu, gula, sayur, ikan, daging dan sebagainya, menyediakan mereka pakaian yang lebih baik, membantu menjelaskan bil-bil air, letrik dan telefon mereka, membantu menjelaskan bil-bil cukai seperti cukai tanah, membantu menjelaskan ansuran kenderaan mereka, wang mengisi minyak perjalanan, membantu menjelaskan hutang-piutang mereka, membersihkan, menghias dan mencantikkan halaman luar dan dalam rumah mereka, menjaga dan memelihara harta mereka seperti sawah bendang, kebun dan ladang. Sesungguhnya kesemua ini mungkin berat untuk dilaksanakan namun kesedaran kita bahawa betapa beratnya tanggungjawab yang telah semasa masih dalam kandungan di hari sangkala pertama ditiupkan kelak.
Hubungan ibubapa, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit sehinggalah yang terakhir tidak akan sesekali putus dunia dan akhirat. Janganlah kita berbalah dalam apa jua perkara pun dengan kedua orang tua khususnya ibu kita. Sekiranya ada kesilapan maka berbincanglah dengan aman dan bentuklah keyakinan untuk mencari kesefahaman bersama. Sekiranya masih tiada persefahaman maka, senyapkanlah perkara itu dari diperbincangkan untuk mengelakkan perbalahan. Sekiranya perkara tersebut masih perlu diperbincangkan, jemputlah mana-mana anggota keluarga yang cukup kuat yang
boleh meyakinkan mereka akan cadangan anda. Sesungguhnya betapa adanya sesetengah dari kita yang agak besar kepala dan menafikan ibunya kerana sedikit atau sebanyak perselisihan faham, kelak nama ibu itulah yang akan dibin dan dibintikan kepadanya sewaktu jasad ditalkinkan dan nama kita berbin dan berbinti ibu itulah yang akan kekal buat selama-lamanya.
Bagi yang tinggal berdekatan dengan ibubapa mereka, pulanglah ziarahi mereka. Bagi yang tinggal agak berjauhan, cuba-cubalah cari jalan untuk pulang menziarahi mereka. Bagi yang terlalu jauh pula, sekiranya pulang adalah sesuatu yang tidak selalu boleh dilakukan, maka ringan-ringankanlah hati itu mengirimkan sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu buat mereka. Isilah kesunyian hati mereka dengan ingatan kita sebagai anak-anak yang solehah. Jadikanlah hari istimewa ini sebagai salah satu kebiasaan hidup kita. Mengucapkan kata-kata indah kepada ibu-ibu tercinta. Kita bukan sahaja boleh mengucapkannya kepada ibu-ibu kita bahkan juga boleh mengucapkannya kepada mana-mana wanita yang pernah dan sedang mempunyai anak, contohnya kepada isteri atau isteri-isteri kita sendiri, ibu-ibu saudara kita, ibu mertua kita, ibu-ibu di sebelah mertua kita, ibu tiri kita, ibu tumpang kita, ibu susu kita, ibu angkat kita, rakan-rakan wanita sepejabat kita yang telah menjadi ibu bahkan kepada mana-mana wanita yang bakal menjadi ibu serta mana-mana wanita yang menjadi ibu kepada anak-anak angkat.
Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasurullah S.A.W. : "Kembalilah kepada kedua ibubapamu, mintalah izin daripada keduanya. Sekiranya keduanya memberikan persetujuan, maka berjihadlah menyempurnakannya dan sekiranya tidak, maka berbuatlah kebajikan kepada keduanya mengikut kesanggupanmu. Sesungguhnya itulah yang sebaik-baiknya untuk kamu bertemu dengan Allah S.W.T. sesudah Tauhid"
Saturday, October 30, 2010
Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon
kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda
menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! Terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak
hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi
kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

