Buat semua anak murid abiey di SIC, abiey doakan agar dapat menjawab dengan sebaiknya soalan PAI esok.. Jangan terburu2 ketika menjawab soalan. Tenang dan banyakkan berdoa kepada Ilahi. SELAMAT MENJAWAB SOALAN PAI 2009
Musim cuti bermula, hujan tengah mencurah2 dan tidak ada aktiviti yang nak dibuat. Abiey dan keluarga pergi ke KB MALL saja2 cuci mata. Dok kat rumah, boring juga. Sampai di KB MALL jam 8.30 malam sambil2 mencari sedikit barang dan baju Imtienan. Dah 3 bulan dan baju yang lain dah tak muat dah. Anak2 semakin galak dan riang al-maklumlah dah lama terkurung dalam rumah dan rasa bebas selepas sekolah bercuti. Sebelum ini banyak aktiviti mereka tersekat dengan kelas tuisyennya dan kerja2 rumah.
Kak alin bergaya di KB MALL
Sedang mencari keperluan dan baju Imtienan
Insyirah dengan gayanya, siap baju pink lagi
Sedang meneliti baju2 yang hendak dibeli.. yang sesuai dan harganya murah.. jumat budget sikit, gaji lambat lagi nak masuk
Aeisha banyak memilih untuk dirinya tapi satupun tidak dibeli... kesian.. tunggu gaji dulu yeee.
Pet2 untuk adik.. alih2 dia yang kebas
Mana agaknya yang nak dibeli.. semuanya mahal2 nih
Tertidur Imtienan dipangkuan uminya
Comel rupanya... dari hari ke hari tidak sedar imtienan telah membesar
Baju dibeli untuk imtienan dan keperluan lain. Imtienan telah berusia 3 bulan.. cuti tak leh g mana2. kena bertugas.
Majlis Restu Ilmu telah diadakan di sekolah abiey pada 12 November 2009. Majlis yang diadakan setiap tahun ini memberi impak yang mendalam kepada anak didik abiey. Ada yang selama ini teramat degil dan nakal boleh mengalirkan air mata semasa bersalaman dengan guru2. Abiey rasa amat terharu dan ada dikalangan guru2 menitiskan air mata. Harap2 jangan waktu ini sahaja insaf.. lepas ni buat lagi peel lama. Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan kawan2.
Berbisik2 sebelum memulakan majlis restu ilmu, ada cerita menarik tuh
Senyuman PKP
Barisan guru lelaki
Barisan guru perempuan
Penyampaian cenderahati kepada pelajar
Cikgu Arif sebagai MC
Amanat dari PKP
Amanat dari wakil guru
Amanat dari wakil pelajar Mohd Danial
Abiey serta semua tenaga pengajar mendoakan kejayaan semua pelajar MSI/SIC 2009
Malam tadi pelajar tingkatan 5 SIC telah mengadakan program rehat minda dan Qiamullail di PCB Resort. Abiey dan member2 bersama dengan pelajar2 bermalam di sana. Di sini di lampirkan gambar sekitar program tersebut:
Recall yang disampaikan oleh Wan Rozaimin daripada SMK Falahiah
Antara guru yang hadir bersama
Cikgu Zul dan Cikgu Man
Kaunselor dan ustazah nazirah dan zarina
Penceramah untuk sesi recall
Penuh penghayatan
Sesi recall
Jamuan pagi bersama guru dan kaunselor Hafizie
Guru yang perihatin
Menjamu selera
Rehat minda di tepian pantai sambil bertenggek di atas batu
Mencari ilham ke teringat rumah
Mizan dan kekawan
zpro Memberi post istimewa Walaupun penat berqiamullail
Di harap program ini mendapat manfaat, abiey doakan semoga semuanya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti SIC tetap no 1'st
Harapan rakyat kelantan punah dan hancur lebur apabila dikalahkan oleh N9 3-1... Permainan serba tak menjadi, dan pemain tidak dapat menunjukkan prestasi yang sebenar. Di bawah tahap kemampuan mereka yang sebenar. Inilah bolasepak.. Menang gembira dan kalah dicerca...