nuffnang

Monday, June 29, 2009

axtvt sekolah

Sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini abiey terlibat dengan kejohanan bola sepak Juara Sekolah peringkat KB.
Kejohanan ni abiey hanya sebagai jurulatih yang tak bertauliah aje.. yang menjadi masalah bagi sekoal ni ialah keterlibatan pelajar menengah atas dalam aktiviti sukan. Mereka sudah tak berminat untuk terlibat secara serius dalam bidang sukan sekolah. mereka hanya minat untuk belajar aje... ( bagi yang cemerlang ) Jadi untuk mendapat pemain bawah 17 susah.. terpaksalah dimasukkan pelajar dari tingkatan 2 dan 3 serta beberapa orang tingkatan 4 dan 5. Bayangkan nak lawan dengan sekolah lain yang puratanya pelajar ting. 4 dan 5.
Namun berkat kesungguhan pelajar mereka dapat juga beraksi dalam perlawanan akhir bertemu dengan SMK Mulong yang sudah terkenal dengan kejaguhannya. Pasukan SIC hanya menduduki tempat kedua sahaja.. OKlah. berpadanan dengan keupayaan mereka.
Minggu lepas juga abiey dilantik sebagai AJK Kebitaraan Kepimpinan bagi Sekolah Kluster. Abiey tersenarai juga sedangkan ramai lagi yang masih berkelayakan. Abiey bukannya smart work sangat... cincai2 gitu jah.. Kalau ada post baru adalah nama abiey yang tersenarai... tak puas hati nih...
Sebenarnya abiey bukannya nak mengingkari perintah. kalau boleh bagilah bidang yang abiey minat. baru semangat nak buat kerja. Minat abiey lebih kepada bidang kesenian. Bidang kebitaraan sekolah abiey juga adalah berkaitan dengan kesenian. Seni yang banyak cabangnya antaranya kesenian warisan, puisi dan sajak, pancaragam dan banyak lagilah... Abiey cenderung kepada sajak dan puisi. Tahun lepas SIC muncul naib johan puisi dan lagu di peringkat kebangsaan yang berlangsung di Sabah. Rasanya tahun nih nak lah meneruskan kecemerlangan tersebut. Tapi mereka tak menerima dengan alasan " songkok takkan nak letak di kaki" katanya... Maksudnya ustaz takkan nak letak dalam bidang muzik dan kesenian. Sempit sungguh pemikiran mereka... Adakah ustaz hanya layak berada di masjid sahaja... Jika dilihat di awal dakwah dan pembukaan kota Mekah.. Pasar Ukaz yang terkenal dengan deklamator puisi arab tidak dihapuskan terus oleh Rasulullah. malah di tukarkan temanya dari mengagungkan kecantikan wanita kepada mengagungkan kekuasaan Allah. Begitu juga Peranan Wali Songo dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakatnya yang berminat dalam bidang wayang kulit. Mereka menggunakan medium wayang kulit untuk menyebarkan dakwah. Kalau zaman sekarang... kita boleh gunakan medium muzik untuk menarik minat remaja ke arah Islam.. cuma penyampaian dan methodnya kena betul...
Tulah sempitnya pandangan masyarakat terhadap insan yang bergelar ustaz.....
pandangan akan menjadi sempit jika kita sempitkan pemikiran kita yang kolot itu.. tanpa berteraskan keimanan dan juga pengetahuan agama yang mendalam. Jangan belajar sesetengah dan membuang sesetengah... belajar biar habis... bukannya abiey nak menunjuk pandai hanya sekadar meluah perasaan.
next time jumpa lagi insya allah.

Wednesday, June 24, 2009

Kejohanan Tenis Hari Kedua

Kejohanan Tenis hari kedua menyaksikan perlawanan antara PKP vs Zulfakar dan Rosman vs Mohd Nor.
Boleh dikatakan sengit jugalah perlawanan mereka berdua.
di sini abiey masukkan gambar sekitar kejohanan yang abiey anjurkan untuk kelab Tenis SIC
Johan dengan gaya servisnya..

Antara peserta yang menyertai pertandingan

Macam pro... gaya membetulkan tali....


Persembahan jemputan...
perlawanan antara juru latih tenis pelajar sic dengan abiey ( penasihat kelab )


Gaya abiey...... nampak macam bagus....
memang bagus punn nkeh keh keh


Tengok gaya servis... ala2 servis labah2 gitu


PKP bergandingan dengan juru latih tenis sic


Gaya juara.... pilihan utama kejohanan kali ini


hanya bertahan hingga separuh akhir aje..

Gigih berusaha namun.... tersingkir jua... aduh...
Cikgu Nor dan anak buahnya.... juga tersingkir...


Gaya Guru Sukan SIC... serba serbi boleh main...

Juga tergelincir..

Cikgu Rosman bersama dengan pelajar .... terkandas di separuh akhir


Hampa..... itulah...... jangan disangka orang yang tak pernah bermain boleh mengalahkan peserta pilihan.

Perlawanan akhir akan diadakan jam 5.00 petang 24 6 2009
Selamat... perjalanan untuk kejohanan kali ni





Monday, June 22, 2009

Rangkuman sepanjang minggu

21/6/2009
Kejohanan Tenis Sempena Hari Guru 2009
Abiey menganjurkan kejohanan Tenis Sempena dengan hari guru 2009 di Padang SIC
Kejohanan ini berlangsung pada 21 hingga 24 Jun 2009 yang melibatkan warga SIC sahaja.

Peserta Tenis digabungkan dengan pelajar dan cikgu. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan akrab antara guru dan pelajar.

Orang yang terlibat dengan kejohanan tenis. Pelajar Tingkatan Tiga yang mengaturkan perlawanan dan perjalanan kejohanan kali ini. Beliau dibantu oleh pelajar tingkatan 5.

Aksi peserta kejohanan. Macam gaya Pro...


Servis yang kadang-kadang menjadi dan kadang2 tidak...


PKKO yang begitu bersemangat untuk memenangi kejohanan ni...
20/Jun/2009
Majlis Pelancaran Rakan Muda Sekolah Peringkat Negeri Kelantan
Abiey juga terlibat secara langsung dalam program ini.
Abiey ditugaskan sebagai AJK sambutan dan menyediakan pasukan basikal untuk mengiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim


Peserta basikal berkumpul dan bersedia untuk sambut Menteri


Sempat bersembang sambil menunggu arahan selanjutnya


Sempat bergaya dengan basikal Jepun


Bersama pelajar sebelum berarak


Pasukan Kompang dari SMK Sering di bawah pimpinan cikgu awie

Timbalan Menteri Belia dan Sukan disambut oleh dif2 kehormat
Senior abiey di Kamsis Dato' Onn 1 UKM

Berjalan menuju ke basikal yang disediakan

Tertarik dengan basikal jepun...

Bersama dengan Pengarah JPP

Antara program yang diadakan ialah kempen keselamatan jalanraya yang dibimbing oleh Wazi Abdul Hamid
En. Wazi sedang memberi taklimat kepada pelajar

Seronok berjumpa dengan Wazi

Bersungguh2 memberi penerangan kepada pelajar

Demontrasi Anjing dengan Penjenayah oleh PDRM


Abiey dan pelajar yang terlibat dengan gerai jualan

Pelajar sedang berurus niaga

Bergambar kenangan bersama dengan menteri

Bersedia untuk demontrasi keselamatan jalanraya

Aksi pemandu berhemah

Ustazah Fitriyyah yang terlibat sama dengan gerai jualan

Juga Ustazah Naziirah....
Majlis berlangsung dengan meriahnya sehingga jam 2 petang.
Abiey tak larat nak upload banyak lagi gambar...
Nilah yang tak sempat nak n3 banyak2 nih...
kena kerja lebih masa sikit

Sunday, June 14, 2009

Hari Pertama Selepas Cuti Di Sekolah

Suasana pagi ni dimulai dengan perhimpunan sekolah.. biasalah bla bla bla habis jam 8.30 pagi. PK HEM pulak bagi arahan nak buat spotcheck kat asrama perempuan... habis masa rehat abiey... kelas bermula jam 10.45. lepas spot check bini telepon. Bleeding.... kena bawa ke hospital. Tergesa2 ambil kereta terus ke sekolah bini di sebelah. Terus ke Klinik Annur Kubang kerian. Doktor nasihatkan supaya berehat banyak2. kedudukan kandungan tak stabil kejap songsang kejaap baik. namun darah tetap keluar.. Abiey gabra jugak sebab tak pernah berlaku pada kandungan sebelum2 ini.. Ambil MC 2 hari bermula esok. Pulang ke sekolah teruskan dengan jadual harian. Masuk kelas ... budak terlena.. sebelum ni ncikgu masuk hanya duduk aje... bagi kerja sendiri.. cikgu ambil kesempatan menyiapkan semakan kertas peperiksaan yang lalu. Abiey bagi masa sikit untguk budak2 bersedia. Namun hati masih menerawang entah ke mana, may be teringat bini yang masih menanggung kesakitan. kesian dia....
Jam dua petang abiey terus ke sekolah bini menjemputnya dan jemput anak2. Pulang rumah.... abiey ingatkan anak2 jangan bising ummi nak rehat... anak2 pula bagus peelnya hari ni... diam je... tup2 terlena terus bersama umminya.
abiey... tumpang sekaki.

Nilah hari pertama persekolahan.... Esok......... teruskan seperti biasa...

Saturday, June 13, 2009

Cuti Dah Habis

Lip Lap Lip Lap dan hampir penghujung cuti... tak terasa cuti ni....
Kertas ujian baru habis disemak... tup tup dah habis cuti...
Esok jangan lupa sekolah ye anak2........
Minggu depan pepriksaan pertengahan tahun untuk anak2.

Thursday, June 11, 2009

Majlis Pertunangan Adik Abiey ( IZAM & MULAIHA )

Pada Tanggal 7/Jun/2009 adik Abiey telah terbuka hatinya untuk menerima pasangan hidupnya.. Secara rasminya pihak abiey telah bertandang ke rumah bakal mertuanya untuk melamar dan diikat tali pertunangan.
Jam 1.30 tengahari pada hari tersebut maka termeterailah Mulaiha sebagai tunangan adik abiey Ahmad Zamzuri. Abiey sebagai wakil dari pihak lelaki atau pihak yang masuk meminang ( first time ni jadi perantara ) mengucapka terimakasih buat kedua-dua keluarga kerana majlis tersebut berjalan dengan penuh kekeluargaan.
Perkahwinan ditetapkan pada 8/Ogos/2009 ( Nak bulan Sya'ban ).. Insya Allah akan berlangsung dengan jayanya.
Disini dilampirkan gambar sekitar majlis pertunangan tersebut:

Antara rombongan yang hadir, keluarga terdekat abiey

Abiey bersama dengan adik beradik dan ipar duai

Nilah tunangan adik abiey...


Tersenyum di hari bahagia fasa pertama..
Fasa kedua menjelma pada 8/8/09

Disarung cincin oleh mak abiey..

Keluarga Mulaiha diwakili oleh Ustaz Razalai sedang menyarung cincin pertunangan ke jari adik abiey

Selepas semuanya selesai majlis jamuan di adakan.. terima kasih
Majlis yang serba ringkas ini diharap mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Moga Rumahtangga yang bakal dibina nanti akan diberkati oleh Allah SWT. Insya Allah




Friday, June 5, 2009

Hari Kedua Lawatan ke Langkawi

4/6/2009
Lawatan hari kedua telah ditetapkan oleh pemandu pelancong. Kami turun dari hotel jam 9.45 pagi dan pulang jam 7.45 malam. antara tempat yang dilawati ialah Tempat memperoses minyak gamat, Makam Mahsuri, Cable Car, Beras Terbakar, Under water, pantai pasir hitam dan pekan Kuah untuk membeli apa2 yang patut

Tempat memperoses Minyak Gamat