nuffnang

Tuesday, May 8, 2012

Jawapan Modul Ting 4 Tokoh : Imam Abu Hanifah


BAHAGIAN TAMADUN ISLAM ( TOKOH )
TAJUK: IMAM ABU HANIFAH RH

Riwayat Hidup
-          Nama sebenarnya Nukman b Thabit
-          Gelaran: Abu Hanifah
-          Tarikh Lahir:  pada tahun 80 hijrah/699M
-          Tempat lahir: Kota Kufah
-          Keturunan: Farsi  disebut juga Ajam
-          Meninggal: Bulan Rejab 150 H/767M diprnjara ketika berusia 70 tahun

Sebab digelar Abu Hanifah
-          Salah seorang anaknya bernama Hanifah
-          Rajin menulis ilmu ( hadis ) kemana sahaja pergi akan membawa bekas dakwat ( tinta: bermaksud Hanifah dalam bahasa farsi )
-          Rajin beribadah dan berminat dengan agama ( bahasa arab disebut Hanif )

Sifat Peribadi
-          Berpegang teguh dengan hukum Allah
-          Rajin berusaha dan bercita-cita tinggi
-          Sering bangun malam, solat sunat dan membaca al-Quran
-          Suka memberi nasihat
-          Sangat menghormati dan menyayangi guru.

Bukti beliau kuat beribadat
-          Selalu berpuasa di siang hari
-          Bersolat subuh dengan wuduk solat Isyak selama 40 tahun
-          Sering bangun membaca al-Quran

Pendidikan Imam Abu Hanifah
-          Memulakan sesi pengajian semasa masih kecil
-          Mendapat banyak peluang menuntut ilmu sehingga ke peringkat yang tertinggi
-          Mempelajari pelbagai ilmu terutamanya ilmu undang-undang Islam
-           Beliau berguru dengan beberapa orang ulamak yang hidup sezaman dengannya serta beberapa orang sahabat Nabi Muhammad SAW
-          Diriwayatkan bahawa beliau sempat berguru dan mempelajari ilmu agama dengan kira-kira 200 guru yang terdiri dari para sahabat dan tabien
-          Beliau lebih memberi perhatian kepada ilmu Fikah dan sangat berminat mempelajarinya.

Sumbangan Kepada Tamadun Islam
-          Menjadi seorang ilmuan yang terkenal dan seorang ahli perniagaan yang berjaya
-          Kebanyakan masanya dihabiskan dengan mengajar di masjid
-          Ulamak pertama yang menyusun kitab fekah mengikut bab dan fasal dengan baik dan tersusun
-          Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum berdasarkan martabat sesuatu hadis
-          Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kaedah-kaedah tertentu ( kaedah Qias )

Kaedah Imam Abu Hanifah dalam menentukan hukum
-          Al-Quran
-          As-Sunnah
-          Al-Ijmak
-          Al-Qias
-          Al-Istihsan
-          Al-Uruf

Pengaruh Mazhab Abu Hanifah
-          Aliran mazhab imam Abu hanifah dikenali sebagai Mazhab Hanafi
-          Sejak ia muncul di Kufah, mazhab ini tersebar kenegara-negara Islam yang lain
-          Mazhab Hanafi amat berpengaruh di Iraq
-          Menjadi mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah ( kerajaan Bani Umaiyyah )
-          Hingga kini mazhab hanafi  masih dianuti dan berpengaruh di Mesir, syria, Lubnan dan Bosnia.
-          Negara-negara lain juga ialah Albania, India, Pakistan, China dan Azerbaijan.

Bukti Ketegasan dan Ujian yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah
-          Sanggup dipenjara kerana menolak jawatan sebagai jurutulis surat rasmi Kerajaan Bani Umaiyyah
-          Sanggup dipenjara 2 minggu kerana menolak jawatan sebagai menteri kewangan
-          Sanggup dipenjara dan disebat 110 sebatan kerana menolak jawatan Qadi
-          Sanggup disebat 100 sebatan kerana menolak jawatan Hakim di Baghdad
-          Beliau diseksa oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dengan memaksanya meminum air yang berisi racun sehingga beliau meninggal dunia di penjara

Friday, May 4, 2012

Jawapan Modul Ting 4 Ibadah: Korban dan Akikah


BAHAGIAN IBADAH







TAJUK:  KORBAN AMALAN MULIA

Pengertian Korban
-          Menyembelih binatang ternakan ( al-An’am ) yang dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadah kepada Allah.

Hukum Korban
-          Sunat Muakad- Bagi orang Islam yang mampu
-          Wajib- Bagi orang bernazar
-          Sunat Kifayah- Bagi sesebuah keluarga

Perkara-perkara sunat ketika Korban
-          Membaca Basmalah
-          Membaca selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW
-          Membaca Takbir sebanyak 3 kali ketika menyembelih
-          Memilih binatang gemuk dan sihat
-          Menghadap binatang korban ke arah kiblat
-          Binatang disembelih sendiri oleh orang yang melakukan korban
-          Daging korban disedekahkan kepafda fakir miskin
-          Melihat sendiri ketika sembelihan binatang korban dilakukan.

Waktu Korban
-          Bermula: Selepas sembahyang sunat hari raya
-          Berakhir: Terbenam matahari pada 13 zulhijjah
-          Paling Afdhal: Sebelum gelincir matahari hari pertama

Syarat sah binatang korban
-          Cukup umur
-          Binatang jenis al-An’am
-          Binatang yang tidak cacat yang boleh mengurangkan daging.
-          Binatang yang sihat dan tidak berpenyakit
-          Dibolehkan sama ada jenis jantan, betina atau khunsa

Jenis binatang dan umurnya
-          Biri-biri/kibas     : 1 tahun atau lebih
-          Kambing              : 2 tahun atau lebih
-          Lembu/kerbau  : 2 tahun atau lebih
-          Unta                      : 5 tahun atau lebih

Cara pembahagian daging korban
-          1/3         : disedekahkan kepada fakir miskin secara mentah
-          1/3         : dibuat jamuan untuk orang ramai
-          1/3         : diambil atau makan oleh orang yang berkorban

Hukum Pembahagian daging korban
-          Wajib: diberi kepada fakir miskin secara mentah
-          Harus: diambil atau dimakan oleh orang yang berkorban.
             Diberi atau dimakan oleh orang kaya
-          Haram: Dijual oleh orang yang berkorban
              Diberi atau dimakan oleh orang kafir
              Dimakan oleh orang yang bernazar.

Hikmat ibadah korban
-          Tanda kesyukuran atas rahmat Allah
-          Mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
-          Memberi peluang kepada fakir miskin menikmati daging korban
-          Memupuk perasaan mahabbah dan silaturrahim
-          Mendidik semangat berkorban untuk meningkatkan syiar Islam




____________________________________________________________________________




TAJUK: AKIKAH

Maksud Akikah
-          Menyembelih binatang ternakan ( al-An’am ) yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah

Hukum Akikah
-          Sunat Muakkad: Bagi ibu bapa yang mampu atau orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut
-          Wajib: bagi ibu bapa yang bernazar

Kadar  yang disunatkan akikah
-          Lelaki: 2 ekor kambing/biri-biri/dua bahagian daripada lembu atau kerbau atau unta
-          Perempuan: Seekor kambing/biri-biri atau sebahagian daripada lembu atau kerbau atau unta


Syarat Sah akikah
-          Berniat akikah ketika menyembelih
-          Menyembelih binatang ternakan yang halal
-          Menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat
-          Binatang ternakan cukup umur
-          Menepati syarat-syarat sembelihan

Perkara sunat ketika Akikah
-          Berdoa ketika hendak menyembelih
-          Menyembelih ketika matahari sedang naik
-          Dagingnya dimasak manis terlebih dahulu sebelum disedekahkan
-          Dagingnya hendaklah dibuat jamuan
-          Tidak mematah-matahkan tulang binatang
-          Mencukur rambut bayi selepas sembelihan
-          Dilakukan pada hari ketujuh
-          Menamakan bayi dengan nama yang baik.

Pembahagian daging akikah
-          Sunat: disedekahkan kepada fakir miskin
-          Haram: dipindah milik atau dimakan oleh orang kaya
-          Harus: Menjual daging akikah dan diberi kepada orang kaya

Perbezaan antara korban dan akikah

Korban
-          Dilakukan pada masa-masa tertentu
-          Mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
-          Sunat disedekahkan ketika mentah

Akikah
-          Dilakukan pada bila-bila masa
-          Sempena kelahiran bayi
-          Dagingnya sunat dimasak manis

Hikmat Akikah
-          Tanda kesyukuran kerana mendapat cahaya mata
-          Mengeratkan hubungan silaturrahim antara  ahli keluarga dan masyarakat
-          Dapat menjamu selera kepada fakir miskin
-          Membiasakan amalan bersedekah kepada kanak-kanak
-          Mendekatkan bayi kepada penghayatan Islam.

Jawapan Modul Ting 4 Akidah: Dosa-dosa Besar


Bahagian Akidah

Tajuk: Dosa-Dosa Yang Membawa Kemungkaran Allah

Pengertian Dosa
-          Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan perintah-Nya

Pembahagian Dosa
i.                     Dosa Kecil
Maksud: Kesalahan yang tidak dikenakan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
Contoh: Melihat aurat bukan mahram dan menyentuh al-Quran tanpa wudu’
Jenis hukuman: Tidak ditentukan didunia
Cara Hapus Dosa: Melakukan ibadat wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat
Akibat: Jika dilakukan berterusan, akan menjadi dosa besar

ii.                   Dosa Besar
Maksud: Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
Contoh: Minum arak, zina dan mengumpat
Jenis hukuman: Qisas, Hudud dan takzir
Cara Hapus Dosa: Bertaubat nasuha
Akibat: Jika dilakukan berterusan akan terbatal iman dan diseksa di akhirat.

Dorongan manusia melakukan dosa
-          Terlalu mengikut hawa nafsu
-          Kurang penghayatan agama dalam diri
-          Memandang ringan dengan peringatan azab Allah
-          Terpengaruh dengan keseronokan dan kemewahan hidup
-          Terpengaruh dengan sikap kawan yang jahat.

Contoh Dosa Besar yang mesti dijauhi
i.         Menghina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa
ii.       Menipu dan berbohong
iii.      Mencuri dan merompak
iv.     Makan harta anak yatim
v.       Minum arak dan berzina

UNIT 1
Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dijauhi

Derhaka kepada ke dua ibu bapa

Maksud menghina dan menderhaka:
-          Melakukan sesuatu perkara atau tindakan yang boleh mendatangkan kesusahan dan penyeksaan kepada kedua ibubapa samada dari segi fizikal dan juga perasaan

Sebab anak perlu buat baik kepada kedua ibu bapa
-          Mereka melahirkan kita ke dunia ini
-          Mereka mengorbankan kepentingan diri demi anak-anak
-          Mereka telah membesar dan mendidik kita dengan baik
-          Mereka telah menyediakan segala keperluan kepada kita
-          Mereka adalah orang yang paling banyak nerjasa kepada kita

Cara berbuat baik kepada kedua ibu bapa
-          Bercakap lemah lembut dengan mereka
-          Mendengar nasihat dan tunjuk ajar
-          Menghormati mereka setiap masa
-          Menjaga mereka apabila mereka sakit
-          Sabar dengan kerenah mereka
-          Berdoa kepada mereka sekiranya mereka telah tiada
-          Menunaikan wasiat mereka

Balasan  Allah terhadap anak yang derhaka
-          Menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat
-          Tidak mendapat rahmat daripada Allah
-          Terputus rezeki daripada Allah
-          Akan mendapat azab di akhirat kelak
-          Tidak dapat mencium bau syurga lebih-lebih lagi untuk memasukinya

Tanggungjawab anak terhadap ibubapa yang telah meninggal dunia
-          Mendoakan mereka
-          Menunaikan wasiat mereka
-          Membayar segala hutang mereka
-          Berbuat baik dengan rakan taulan mereka
-          Merapatkan hubungan dengan sahabat mereka

Menipu dan berbohong

Maksud menipu dan berbohong
-          Melakukan sesuatu untuk mendapat kepentingan diri atau memudharatkan orang lain

Contoh menipu dalam perbuatan dan percakapan
-          Perbuatan: Memalsukan dokumen, mencampurkan buah yang baik dengan buah yang tak elok
-          Percakapan: Bercakap tidak benar, Memalsukan fakta dan maklumat yang menyusahkan orang lain.

Kesan menipu terhadap individu dan masyarakat
-          Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak amanah
-          Menjatuhkan maruah diri
-          Menimbulkan permusuhan dalam masyarakat
-          Melahirkan masyarakat yang tidak bermoral
-          Memutuskan ikatan silaturrahim dan melahirkan perasaan curiga antara satu sama lain.

Mencuri dan Merompak

Maksud Mencuri:
-          Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan ditempat simpanannya tanpa izin
Maksud Merompak:
-          Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

Hukuman bagi dosa yang dilakukan
-          Membunuh        : dibunuh balas
-          Mencuri               : Dipotong tangan
-          Membunuh dan merampas: disalib
-          Merampas          : dipotong tangan dan kaki secara bersilang
-          Menganggu ketenteraman awam: dibuang negeri

Syarat pencuri dikenakan hukuman potong tangan
-          Sempurna akal
-          Kecurian itu niat melakukan jenayah
-          Harta yang dicuri cukup nisab/kadar tertentu
-          Kemahuan sendiri
-          Barang dicuri disimpan di tempat yang selamat

Kesan mencuri dan merompak
-          Masyarakat akan berasa tidak tenteram
-          Kehidupan seharian terganggu
-          Keadaan negara tidak stabil
-          Hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya
-          Dipandang hina oleh masyarakat

Hikmat /rasional dikenakan hukuman potong tangan:
-          Untuk memberi balasan yang setimpal kepada pencuri
-          Untuk menjaga dan menjamin keselamatan harta benda orang awam
-          Merupakan cara terbaik  untuk membasmi jenayah dalam masyarakat
-          Memberi pengajaran dan iktibar  yang mengerikan kepada penjenayah.

Riba

Maksud:
-          Faedah atau pertambahan bayaran dalam uusan pinjaman, hutang pertukaran makanan sejenis dan juga mata wang

Jenis Riba
-          Al-Fadl: iaitu pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya.
Contoh: beras lama dengan beras baru

-          Al-Nasi’ah: iaitu pertambahan yang diperoleh kerana menangguhkan tempoh bayaran
Contoh: berhutang RM300 bayar RM350 kerana tangguh waktu bayar

Hikmat diharamkan riba
-           Untuk membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
-          Untuk mewujudkan keadilan dan kestabilan ekonomi masyarakat
-          Dapat mengecilkan jurang antara kehidupan orang kaya dengan orang miskin
-          Mengikis sikap mementingkan diri  tanpa mempedulikan orang lain


Makan Harta anak Yatim

Maksud anak yatim
-          Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum mencapai umur baligh.
Maksud makan harta anak yatim
-          Menggunakan harta anak yatim yang belum balighuntuk kegunaan sendiri bukan untuk keperluan anak yatim

Tanggungjawab orang yang menjaga harta anak yatim
-          Mengeluarkan zakat apabila cukup nisab
-          Menjaga dan memelihara mereka seperti anak sendiri
-          Tidak menyalahgunakan harta tersebut untuk kepentingan diri
-          Menjaga dan mengurus harta mereka sehingga mereka baligh
-          Menyerahkan semula harta mereka setelah mereka mampu menguruskannya sendiri

Masa untuk menyerahkan harta anak yatim
-          Bila anak tersebut baligh
-          Mampu menguruskan sendiri harta mereka

Sebab kita dilarang makan harta anak yatim
-          Mengelak anak yatim hidup miskin, terbiar dan melarat
-          Mengelak berlakunya pergaduhan dan terputus silaturrahim
-          Mengelak perasaan dendam anak yatim terhadap penjaganya
-          Mengelak hak anak yatim sebagai pewaris harta pusaka dicabuli
-          Mengelak anak yatim kehilangan punca pendapatan apabila dewasa.

Lari daripada Medan Perang

Maksud Perang Jihad:
-          Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam

Syarat-syarat diwajibkan perang
-          Berakal
-          Baligh
-          Berkemampuan/berkeupayaan
-          Kesucian agama Islam tercabul
-          Diistiharkan perang oleh pemerintah

Kesan Lari Dari Medan Perang
-          Mendapat kemurkaan Allah
-          Dipandang hina oleh masyarakat
-          Umat Islam akan ditindas
-          Memberi peluang kepada musuh menghapuskan umat dan agama Islam
-          Akan dimasukkan ke dalam nerakan jahannam

Mengumpat dan Memfitnah

Maksud Mengumpat:
-          Menceritakan atau mengata keburukan seseorang ketika ketiadaannya yang menyebabkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya
Maksud Memfitnah:
-          Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

Kesan buruk mengumpat dan memfitnah
-          Permusuhan dan huru hara
-          Masyarakat Islam akan sentiasa mundur
-          Terputus silaturrahim
-          Menghilangkan perpaduan

Faktor yang mendorong seseorang mengumpat dan memfitnah
-          Ingin melihat orang lain menderita
-          Suka menyatakan kelemahan orang lain
-          Tidak mahu mengakui kelebihan orang lain
-          Iri hati dan dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain.
-          Takut persaingan hidup

Cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah
-          Reda dengan ketentuan Allah
-          Bersyukur dengan kelebihan dan apa yang dimiliki
-          Tingkatkan diri dengan ilmu agama dan amalan soleh
-          Sentiasa bermuhasabah diri
-          Menyedari bahawa orang lain juga akan mengaibkan dan memalukan kita pula


UNIT 2: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEHANCURAN UMAT

Minum Arak dan Menagih Dadah

Maksud Arak:
-          Minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal
Maksud Dadah:
-          Sejenis bahan yang boleh mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

Hukum Minum Arak dan Hukumannya
-          Haram
-          Disebat 40 kali sebatan

Hikmat pengharaman arak dan penyalahgunaan dadah
-          Menjaga kewarasan akal manusia
-          Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat
-          Membendung kegiatan jenayah seperti mencuri dan berzina
-          Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental seseorang
-          Mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan dan permusuhan sesama manusia

Langkah pencegahan
-          Mengadakan kempen secara meluas melalui media massa
-          Mengamalkan cara hidup yang sihat
-          Masyarakat hendaklah mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakat sekitar

Kesan minum arak dan menagih dadah
-          Membazir harta, masa dan tenaga
-          Menjatuhkan maruah diri dan umat Islam
-          Mengabaikan tanggungjawab keluarga dan masyarakat
-          Terdedah kepada aktiviti jenayah.

Zina

Maksud:
-          Mengadakan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah

Perbuatan yang mendorong kepada zina
-          Memakai pakaian yang nejolok mata dan menghairahkan
-          Suka membaca dan menonton bahan-bahan yang berunsur lucah
-          Duduk berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan di tempat sunyi
-          Mengamalkan pergaulan bebas dan tanpa batasan antara lelaki dengan perempuan
-          Terikut dengan budaya hidup barat
-          Gemar mengunjungi tempat maksiat seperti disko.

Kesan Zina
-          Berlaku kecelaruan nasab ( keturunan )
-          Merendahkan maruah diri dan agama
-          Mengundang bala dan bencana daripada Allah
-          Merebaknya penyakir yang merbahaya
-          Masyarakat akan bermusuhan.

Hukuman kepada penzina
-          Ghairu Muhsan: 100 kali sebatan
-          Muhsan:  Rejam  sampai mati


Qazaf

Maksud
-          Menuduh seseorang yang baik melakukan  zina tanpa dapat membawa empat orang saksi lelaki yang adil

Hukum Qazaf dan Hukumannya
-          Haram
-          80 kali sebatan

Syarat-sayat yang boleh dikenakan hukuman Qazaf
-          Baligh
-          Berakal
-          Mengetahui dengan jelas hukum haramnya  qazaf
-          Melakukannya dengan kemahuan sendiri  dan tidak dipaksa
-          Penuduh tersebut bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Kesan buruk terhadap mereka yang dituduh berzina
-          Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
-          Maruah diri tercemar
-          Memusnahkan masa hadapannya

Liwat dan Mushahaqah

Maksud Liwat:
-          Hubungan sejenis antara lelaki sesama lelaki ( Homoseksual )
Maksud Mushahaqah:
-          Hubungan sejenis anta perempuan sesama perempuan ( Lesbian )

Faktor berlaku liwat dan mushahaqah
-          Terpengaruh dengan budaya luar
-          Kurang pendidikan agama di dalam diri
-          Tiada undang-undang yang tegas menyekatnya
-          Membaca dan melihat bahan-bahan lucah

Akibat perlakuan liwat dan mushahaqah
-          Meruntuhkan institusi rumahtangga
-          Menghidapi pelbagai penyakit
-          Mendapat azab di akhirat kelak
-          Dipandang hina oleh masyarakat
-          Mencemar maruah diri dan agama.


Membunuh Diri

Maksud:
-          Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh dari jasad sendiri

Hukum membunuh diri
-          Haram

Faktor seseorang membunuh diri
-          Berputus asa dengan rahmat Allah
-          Tidak menyakini adanya kehidupan hari akhirat
-          Merasai hidup ini penuh dengan sengsara dan derita
-          Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan hidup
-          Menganggap dan menyakini membunuh diri dapat menamatkan penderitaan.

Cara mengatasi perbuatan membunuh diri
-          Yakin dengan rahmat Allah
-          Menyedari bahawa nyawa adalah milik mutlak Allah
-          Berusaha memajukan diri berlandaskan ajaran Islam yang sebenar
-          Mengatur kehidupan berpandukan al-Quran, as-Sunnah dan pemikiran yang waras.