nuffnang

Friday, September 30, 2011

Pak Nidus Sahabat Abiey Ke Mekkah


29/September/2011

Pak Nidus kawan Abiey telah berangkat ke Mekkah bersama Mak Ucunya ( Kak Pah ) dengan penerbangan KT3 pada hari pertama. Pak Nidus ( Cikgu Sudin ) berlepas dari lapangan terbang Pengkalan Chepa pada pukul 10.00 pagi ke Kelana Jaya..
Abiey bersama kawan-kawan seperjuangan telah menghantar Pak Nidus untuk mengucapkan selamat jalan, semoga mendapat haji mabrur.

Pada 26/9/2011 abiey sempat menziarahi Pak Nidus di rumahnya dan bersua pandang serta mengucapkan selamat mengerjakan haji. Ramai juga kenalan dan rakan seperjuangan menziarahinya dan terasa juga dihati abiey nih... bila pula giliran abiey.... Daftar sudah, duit pun boleh dikatakan mencukupi dalam simpanan ... masanya belum tiba lagi.... Ya Allah... percepatkanlah dan permudahkanlah abiey untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima ini.

Di ucapkan kepada semua blogger yang menunaikan ibadat haji pada tahun ini... selamat mengerjakan haji dan semoga mendapat haji mabrur.. amin...



Pak Nidus kelihatan ceria menyambut tetamu dan rakan taulan yang hadir.


Mak Ucu ( Kak Pah ) bersama isteri abiey bersembang sebelum abiey berangkat pulang


Melayan tetamu yang baru hadir


Ni telatah si kecil abiey
Rumah Pak Nidus ni ada taman kecil yang menarik perhatian si kecil abiey

Ada sesuatu yang menarik perhatiannya..

Posing depan mini water fall Pak Nidus

Teruja nak menguji kedalaman paras air mini kolam Pak Nidus

Kiambang layu di tasik madu.....

Orkid yang segar bugar menghiasi laman rumah Pak Nidus

Ni hiasan klasik sentuhan isteri Pak Nidus..


Selamat Mengerjakan Ibadat Haji
Buat Semua Khususnya teman-teman seperjuangan
-Pak Nidus dan Isteri
-En. Lokman Zakey ( PK HEM ) dan Isteri
-Ustazah Fitriyyah dan suami
-Cikgu Wan Haslin dan suami
-Cikgu Asmani dan suami
-Cikgu Fauzi dan isteri
-dan pembaca blog abiey yang menunaikan ibadat haji

Moga Haji Mabrur mampu digapai..
Insya Allah..




Labbaikallahumma labbaik

Saturday, September 24, 2011

Sukaneka Hari Keluarga


Kenangan ketika mengadakan sukaneka Hari Keluarga Maktab Sultan Ismail di Sweet Beach Resort Tok Bali Pasir Putih Kelantan.

Kesibukan ketika di sekolah dilupakan seketika, masing-masing menunjukkan riak muka yang gembira dan sama-sama mengambil bahagian di dalam setiap upacara yang diadakan.



Acara Baling Belon Berair.

Boling Padang

Antara aksi baling belon

Tak dapat sambut alamak berairlah tubuh badan

Hadiah tetap disediakan untuk pemenang.

Acara bola tampar..

Siapa yang bertahan dia menang





Acara Titing Bola Sepak takraw

Dua peserta akhir..
Mana cikgunya....





PK HEM....
Lihat aje....


Penyelaras...
payah weh ccara ko cikgu nih..
senang lagi dengan budak-budak

Apapun acara tetap meriah..
disamping bergumbira.....
ikatan ukhuwwah tetap terjalin kukuh..
syabas KGKT2011

termasuk abiey lah tuh..

tahun depan mungkin orang lain pulak yang menerajuinya.

sekian


Friday, September 23, 2011

Soalan Percubaan SPM 2011


Abiey tak sempat nak link soalan percubaan spm 2011 bagi setiap negeri
di sini abiey letakkan link untuk mengakses soalan percubaan





pilihlah link yang anda suka

Sekian terima kasih

Thursday, September 15, 2011

Anugerah Ilahi


Al-Hamdulillah, abiey dianugerahkan nikmat daripada Allah SWT setelah bertungkus lumus menjalankan tugas yang diberikan sepanjang berkhidmat di Maktab Sultan Ismail. Anugerah ini akan membakar semangat abiey untuk terus bekerja dengan lebih gigih lagi. Insya Allah.


15 September 2011
BTP Pengkalan Chepa
bermula 2.00 petang berakhir 5.15 petang



Sunday, September 11, 2011

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL


Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.