nuffnang

Saturday, May 28, 2011

Kembalilah Kelantan


Hari ini Kelantan akan menentang Panahg di laman sendiri,
Kami penyokong Kelantan berharap kejadian denga T-Team tidak berulang lagi..

Bangkitlan Kelantan... Bangkitlah....
Juara Tetap Juara


Harapan rakyat Kelantan bergantung kepada ANDA!!!!!!!!!
GoMo KeLaTe GoMo...

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah Buat Anak2 Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat,


KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga jam 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,


Sembilan yang terselamat ialah:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui







Sumber-Bernama.

Al-Fatihah buat anak-anak yang terkorban.
Moga Allah Mencucuri rahmat ke atas roh mereka...



Friday, May 20, 2011

Khutbah Pilihan Minggu ini: Cara Hidup Islam Subur Umat Makmur

by ekhutbah
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tiada lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat APCO yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu:
مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup menghantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini ramai pemimpin umat Islam sendiri sanggup bersekongkol dengan penjenayah dan pengganas dunia iaitu Amerika Syarikat dan zionis yahudi dalam menjajah dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq dan terbaru di Libya. Kita lihat Libya bakal menjadi Iraq kedua di mana atas alasan mahu menggulingkan pemimpin berkuku besi maka musuh Islam melakukan serangan dan akhirnya ia dijajah dengan pemimpin boneka dijadikan sandaran. Inilah antara amaran nabi Muhammad s.a.w apabila sesebuah negara tidak melaksanakan sistem Islam dan memilih pemimpin yang jahat maka negara tersebut akan dijajah oleh penjajah yang jauh lebih jahat dan kejam.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Buruj :
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak - perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Pemilihan sebagai pemimpin mesti berlandaskan syarak bukannya hawa nafsu dan rasuah bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat antaranya ialah mesti sanggup berkorban bukan sahaja harta benda malah jiwa raga dalam mempertahan dan menjulang sistem Islam bukan memilih pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan merompak hasil mahsul negara. Memilih pemimpin yang sanggup menjaga maruah dan nyawa rakyat jelata bukannya pemimpin yang membiarkan budaya fitnah dan pelanggaran maruah seperti isu liwat dan video seks yang meletakkan maruah umat Islam lebih murah daripada besi buruk tanpa ada usaha dalam menyekat perbuatan terkutuk ini demi mengejar dan menjaga harta dan takhta. Memilih pemimpin yang menjadikan Allah sebagai Penguasa yang paling berkuasa sehingga tunduk patuh terhadap segala sistemNya bukannya pemimpin yang hanya melaungkan hak asasi manusia sedangkan hak Allah dilanggar sesuka hati. Bijak memilih pemimpin bawa bahagia, salah memilih pemimpin bawa derita. Ia bukan perkara kecil tetapi bakal ditanya di akhirat kelak
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kesungguhan dan kecekalan nabi Muhammad s.a.w dan pejuang Islam dalam menjaga dan mengembangkan dakwah Islam sehingga sanggup gugur syahid di medan perjuangan wajib diteruskan barulah kita dianugerahkan dengan kemuliaan di dunia dan akhirat. Tugas menyebarkan Islam bukan dijanjikan dengan kejayaan yang mudah sebaliknya menuntut kepada penat dan lelah, tidak dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah ke tanah. Kita sepatutnya merasa malu dengan gerakan Kristian contohnya yang begitu bersungguh dalam menyebar luas ajaran mereka termasuk melalui tekanan politik yang membolehkan mereka mengedar Bible berbahasa Melayu. Bagaimana pula dengan usaha kita dalam mempertahankan aqidah umat Islam yang semakin luntur disamping dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka sama-sama merasai nikmat iman dan Islam atau sekurang-kurangnya mereka tidak menentang sistem Islam. Ketika menyoroti sejarah bagaimana umat Islam di China yang mampu mempertahankan agama walau pun ratusan tahun berada di bawah cengkaman komunis antaranya dengan menjaga solat berjemaah sehingga ada masjid bilangan jemaah solat Jumaatnya menjangkau 30 ribu orang manakala hari raya 200 ribu orang. Kita di negara ini wajib merasa gerun dan bimbang sekiranya semakin ramai umat Islam sendiri semakin jahil dan menjauhi cara hidup Islam apatah lagi bilangan orang bukan Islam yang membenci Islam semakin bertambah. Sesungguhnya seseorang itu akan membenci dan memusuhi apa yang dia tidak ketahui. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengorak langkah dengan serius dan bersungguh dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan sehingga Islam dilihat sebagai satu-satunya cara dalam menangani pelbagai masalah masyarakat dan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Thursday, May 19, 2011

Hari Guru. Apa Tanggungjawabnya


Hari ini tanggal 16 Mei.. Tarikh yang pastinya diingati oleh kebanyakkan kita sebagai hari guru. Tugas seorang guru merupakan satu tugas murni kerana merekalah antara individu yang paling bertanggungjawab memberi ilmu kepada masyarakat. Dalam mengecapi kemerdekaan Tanah Melayu, ramai kalangan guru yang terlibat secara langsung sebagai pejuang bangsa. Tidak ada sesiapapun dapat menafikan jasa dan bakti para guru kepada muridnya. Kerana itu, saya sering mengingati sajak ‘Guru oh Guru’ karya Allahyarham Usman Awang;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Islam memandang tinggi terhadap peranan yang dimainkan oleh para guru. Guru berperanan sebagai muaddib(pendidik). Namun dalam era semasa, kita seringkali melihat segelintir guru hari ini lebih bertindak sebagai pengajar semata dan kurang di kalangan mereka yang bertindak sebagai pendidik. Ini mungkin berlaku kerana ada di antara mereka yang memasuki profesyen perguruan bukan kerana minat dan rasa tanggungjawab, tetapi kerana menjadikan bidang ini sebagai tempat cari makan sahaja akibat tidak mendapat pekerjaan berdasarkan kelulusan yang ada di luar perguruan.
Berbalik kepada muaddib, penulis berpandangan bahawa muaddib adalah suatu tugas yang sangat penting. Pendidikan dalam Islam bukan sekadar mengajar menulis, membaca dan mengira, tetapi lebih dari itu, seorang muaddib adalah seorang yang seharusnya beradab dan dapat membentuk adab muridnya. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, seorang tokoh pemikir Islam telah menekankan tentang kepentingan adab. Malah sejak 30 tahun lalu, al-Attas telah menyebutkan bahawa umat Islam kini menghadapi masalah ‘the lost of adab’.

Muslim yang beradab adalah muslim yang berakhlak. Perlu difahami di sini bahawa adab dan akhlak adalah berbeza dengan moral value. Ini kerana, moral value sekadar memperkatakan tentang nilai-nilai universal seperti kasih sayang, adil, saksama dan hormat menghormati. Moral value sekadar membentuk tamadun, kemajuan manusia bersama law and contitution ciptaan sendiri.

Berbeza dengan adab, ia membentuk sebuah peradaban yang mana di dalamnya diisi oleh masyarakat yang bersikap matang dan bersifat akhlakul karim. Akhlak ini mestilah berdasarkan acuan Islam yang dicontohi dari akhlak Rasulullah s.a.w iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatonah. Selain itu dalam konteks peradaban beserta akhlakul karim, ianya tidak diukur dengan kepesatan teknologi tetapi diukur melalui kemakmuran/ kesejahteraan umat yang wujud dalam peradaban tersebut. Untuk itu justifikasi penting dalam peradaban yang dimaksudkan ini ialah pelaksanaan syariah Islam yang meliputi segala aspek kehidupan manusia termasuklah sistem pendidikan, ekonomi, perundangan dan pentadbiran.

Berdasarkan perenggan di atas, kita dapat melihat betapa besarnya tugas seorang guru. Kisah penaklukan Constantinople (Istanbul) oleh Sultan Muhammad al-Fateh adalah antara contoh kejayaan pembentukkan insan oleh Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba’q Shamsuddin. Beliau adalah seorang ulama yang bertanggungjawab membentuk keperibadian luhur Sultan Muhammad dan memberi keazaman kepadanya untuk menakluk Constantinople.

Ketika memasuki kota tersebut, Sultan Muhammad al-Fateh telah memberi penghormatan kepada Sheikh Shamsudin dengan meminta gurunya menaiki kuda tungangan beliau, sedangkan al-Fateh sendiri berjalan kaki. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada guru beliau itu. Sudah pasti, tanpa pembentukan dan penerapan akhlak oleh Sheikh Shamsudin, tidak mungkin usaha membebaskan Constantinople dari cengkaman golongon kufar akan berjaya.
Demikianlah besarnya impak dari tunjuk ajar seorang guru. Pun begitu, janganlah tugas mendidik ini diserahkan bulat-bulat oleh ibu bapa kepada mereka. Ini disebabkan, pembentukan akhlak seorang insan bermula dari rumah. Justeru, tanggungjawab ibu bapa adalah sangat penting kerana setiap anak itu dipertanggungjawabkan oleh ALLAH s.w.t kepada mereka.

Menghormati guru tetap juga ada batasannya. Seorang yang berpura-pura alim bukanlah guru yang sebenar-benarnya. Amat tidak wajar bagi sesetengah individu yang menggelarkan diri sebagai Syeikh untuk dilihat hebat atau berpakaian Islami untuk kelihatan alim, apatah lagi jika kelihatan seolah dirinya sahaja yang betul dan mengetahui semua perkara. Seorang yang hidup dalam timbunan kontroversi seperti pecah amanah juga terkeluar dari ciri-ciri guru dalam konteks Islam. (untuk bacaan lanjut klik di sini).

Adalah amat penting untuk institusi perguruan membentuk nilai akhlakul karim di kalangan guru-guru di Malaysia kerana kejayaan membentuk peribadi mereka antara penentu yang mencorakkan peradaban umat kini dan masa depan.
Guru adalah untuk dihormati bukan untuk ditaksubi. Akhir kata, jadilah pendidik yang memberi ta’dib dan tarbiyyah kepada insan bergelar murid. Jadilah pembimbing ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia.

Dipertik dari suarajagat.wordpress.

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru

Khas buat semua blogger yang bergelar seorang GURU
Selamat Hari Guru dari ABIEY





Hayatilah lagu ini... Moga Kerjaya kita mendapat berkat dan keredhaan dari Ilahi insya Allah


Saturday, May 14, 2011

Kalau Dah Salah Mengaku Ajelah


Insiden Bakar Bendera Kelantan


Abiey terbaca akhbar Metro hari ini ( Sabtu ) dan ada laporan mengenai peristiwa bakar bendera di Stadium Paroi. Puncanya Provokasi penyokong Kelantan ke atas penyokong Negeri Sembilan. kata Menteri Besarnya..... Apa jenis provokasi sekalipun takkanlah sampai menjatuh dan meremehtemehkan negeri seseorang... inikan pula berkaitan kedaulatan negeri masing-masing... Cuba kalau berlaku di Stadium Sultan Muhammad Kota Bharu.... mesti perbincangannya hebat sehinggakan semua tajuk-tajuk berita di halakan kepada insiden ini. Laporan mesti tak henti2 selama seminggu.. ada perbincangan dan forum secara terbuka.. lastly denda kerana penontonnya tak bertamadun...
Dalam isu Negeri Sembilan ni... mana perbincangannya.......... kenapa tidak dibesarkan... kata MB nya.. penontonnya baik, sopan dan beradab ketika di Stadium... "ayah setidak-tidaknya menangkan anaknya". "Kalau dan salah mengaku ajelah.." jangan banyak dolak dalih... ambil frasa dari Hantu Kak Limah Balik Rumah : Kita denda aje negeri sembilan tu


Friday, May 6, 2011

Lawatan Penanda Aras Staf Maktab Sultan Ismail Kedah & PenangBersama


Lawatan Penanda Aras Ke Kedah dan Penang
( SMK Sultanah Asma' , Kolej Sultan Abdul Hamid dan Penang Free School )
5 - 7 Mei 2011

Abiey dan staf SIC ( Maktab Sultan Ismail ) telah mengikuti program yang telah dilakukan oleh pihak sekolah selama 3 hari. Lawatan ini bertujuan untuk mendedah dan mempelajari serta mengambil input-input yang perlu bagi pembangunan SIC. al- Hamdulillah program yang dihadiri dapat diikuti sepenuhnya..


Awal pagi di Hentian Rawat Rehat Gurun..
Mandi dan solat subuh dan berhias diri


Bersama Zurnee di kedai makan sebelum ke SMK Sultanah Asma'


Cikgu Noor dan Cikgu Zurnee semasa di kedai makan berhampiran SMK Sultanah Asma'



Sekolah yang gah dimata Dunia dengan pencapaian gemilang dalam Kokurikulum ( Pancaragam )


Pengetua SIC di sambut oleh Pengetua SMKSA

Sambutan mesra dikalangan SMKSA kepada rakan setugas SIC

Bergambar kenangan di dataran SMKSA

Persembahan daripada pasukan pancaragam SMKSA

Bergambar kenangan di SMKSA

Taklimat yang disampaikan oleh Pengetua SMKSA

Selepas lawatan SMKSA kami berkunjung pula ke Kolej Sultan Abdul Hamid yang tinggal berhampiran dengan SMKSA

Bangunan lama yang wajib dikekalkan.

Pengetua SIC disambut oleh PK Pentadbiran KSAH

Taklimat daripada pihak KSAH

PKP dan Guru Kanan Sains Matematik SIC

Penyampaian cenderahati daripada pihak KSAH kepada Pengetua SIC

Padang yang menjadi warisan dan perlu dijaga..

Abiey bergambar kenangan di tangga menuju ke pejabat pentadbiran KSAH


Selepas lawatan kami menuju ke Pekan Rabu untuk menyuci mata.


Cikgu Marwan dengan ubat-ubatannya


PKP dan Kaunselor berehat sejenak di pangkir Pasar Rabu

Kepenatan cikgu zulfakar... ditemani oleh abe yie makmal

KU Unit Sukan MSK Kelantan juga turut sama menyertai rombongan kami

Perjalanan selepas membeli belah di Pekan Rabu

Hari ini ( 6/5/2011 ) kami akan meneruskan lagi lawatan ke Penang Free School.
sekian