nuffnang

Thursday, April 23, 2009

Gambar Abiey versi lukisan tangan

Nilah gambar abiey yang dilukiskan oleh pelukis amatur
Pelukis yang didatangkan khas dari taman seri telipot

Awat misai abiey jadi kontot tuh..













haaaaa.. nilah orangnya..

Bakal pelukis terkenall...
timakacih sofi.

Ni anak kpd blogger thersally




Terkejut, tercenggang

Masa abiey tengah syok mengajar hari nih... abiey didatangi dengan satu gerombolan dari JPN...
Kita tengah mengajar tajuk tilawah al-quran : Keagungan Al-Quran.
Tajuk yang boleh dikira mendapt perhatian dari pelajar. Ditambah selera ngan cerita2 zaman nabi dan ketaajjuban yang ada di dalam al-Quran.
Tengah pelajar syok dan terlopong... kelas diserbu oleh Orang JPN dan AADK..
Mulanya abiey ingat orang SPI nak melihat abiey mengajar.. ye ke, sampai 3 orang sekali gus. Pelbagai andaian dibuat untuk seketika waktu.
Mereka datang hampir ngan abiey dan meminta izin untuk memeriksa pelajar, katanya ada report dari parent yang sekolah abiey terlibat ngan .............
Tambah bengang abiey.. ni mungkin salah sekolah nih..
Abiey bukannya apa buku rekod untuk hari ni tak tulis.. Takut2 nak lihat.. mampussss... apa lagi bila lihat muka pengarah yang ada di luar kelas.
Bila dah diperiksa semuanya.. al-hamdulillah tak ada apa2.
bila mereka beredar.. lega rasanya hati abiey.
moralnya.. kena bersedia dengan rekod mengajar untuk lain kali.. jangan alpa..

Wednesday, April 22, 2009

Kongsi Artikal Ustaz Zahazan

Abiey cuba kongsikan artikal dari laman blog ustaz Zahazan Mohamad

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebahagian dari baiknya ( kualiti )keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.( al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi )

HURAIANHadis di atas juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dianyatakan sebagai sahih. Tentang Hadis ini diaberkata: “Hadis ini kalimatnya pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya. Serupa dengan Hadis ini adalah ucapan Abu Dzar yang bermaksud: “Barang siapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan mengurangkan bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya.

”Di dalam tafsir Ibn Kathir dalam riwayat dari Imam Malik menyebutkan telah sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang berkata kepada Luqman al-Hakim: “Apa yang menjadikan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?” Jawab Luqman : “Berkata benar, menunaikan amanat, dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diriku.”Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: “Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya. “Dia berkata bahawa Abu Dawud berkata: “Ada empat Hadis yang menjadi dasar bagi amalan muslim, salah satunya adalah Hadis ini.”

Menyepi seketika

Abiey sudah lama tidak n3 untuk blog abiey nih
Banyak agenda yang terpaksa abiey selesaikan. maka n3 blog tak dapat diteruskan.
Namun demikian abiey tetap mengikuti blog2 yang abiey suka baca.
Insya Allah jika ada kelapangan sedikit masa nanti akan abiey kongsikan cerita dengan blogger semua.

Sunday, April 12, 2009

Kejohanan Tenis SIC

10-12/4/09
Kelab Tenis SIC telah menganjurkan kejohanan tenis peringkat maktab.
Permainan tenis telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.
Hari Jumaat bermula seawal pagi.
Kaategori bawah 15 tahun dimulakan jam 8.30 pagi
dan bersambung hingga ke petang.
Sabtu baru diadakan final.
Abiey sebagai guru penasihat kelab tenis amat berpuas hati
dengan kerjasama dan kesungguhan pelajar2.
Semangat pelajar yang membawa kepada kerajinan abiey turun
pada hujung minggu nih..

Support dari rakan sejawat.
Antara peserta dan juga ajk kelab tenis sedang menyaksikan perlawanan
bawah 15 tahun
Peserta bawah 18 tak ramai yang menyertainya.
Abiey bagi cadangan lawan ngan cikgu sahaja.
Ambil sempena dengan hari guru nanti.
Antara aksi anak buah kelab tenis ambo..

Ni anak doktor HUSM..
Servisnya mengalahkan orang pro.. Tunduk mencecah lantai


Ni salah kod etika pemakaian dalam kejohanan.
Tapi tak apalah... tak mahu menghampakan anak murid ambo..

Antara aksinya....
Harap2 adalah yang berjaya mewakili KB nanti.


Saturday, April 11, 2009

RIADAH HARI MINGGU

Hujung minggu abiey ambil kesempatan membawa anak2 ke Pantai
D'Muara Resort Tok Bali
Bukan main girang anak2 bila royak nak g ke Pantai..
Kesian sebelum ni asyik ditinggalkan
bawak sekali-sekala memang mengembirakan mereka
Anak2 sedang main pantai
tapi bersyarat..
jangan mandi
..
..

Bini ngan kak Wan Zaidah sedang memerhati dan mengawasi anak2.
Kalaulah anak2 masuk pantai... sempat ko nak "hambat"

Hati2... Jangan sampai seluar basah..


Lihatlah wajah anak2ku..
Gembiranya dia dapat main pantai..



Anak bongsu tak makan saman...
main jugak air pantai... basah kuyup..



Main pantai..
Pasir diuli nak jadikan istana pasir kononnya..



Menanti kehadiran ombak membadai kaki masing2.







Friday, April 10, 2009

Info Bulan-bulan Islam : Rabiul Awwal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman.
Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Thursday, April 9, 2009

Perkembangan Terbaru Berkenaan HALAL

Artikal ini telah dikirim oleh:
Aiman Robben Zulkifle ( anak murid abiey )
terima kasih atas kiriman artikel ini
Diharap dapat dikongsi untuk semua yang menjenguk blog ini
Untuk Renungan Bersama... Assalamaualikum Tuan dan Puan
Sekadar memanjangkan maklumat untuk renungan bersama Babi Sudah Jelas Haramnya ..... Perhatian Kepada Semua Umat Islam

Risalah Ini Diedarkan Oleh Dr. Rasheed Mos, Universiti Malaya Kl,Persatuan Pengguna Malaysia, Majlis Agama Islam Malaysia & Jabatan Kastam Malaysia. Kajian Telah Dibuat Oleh Mahasiswa Utm, UUM, USM,Um, UKM, & CAP.

Senarai Barang Yang Mengandungi Lemak Babi :
1. Minyak Masak Lam Soon (Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche (Thai)
3. Ajinomoto (Thai)
4. Ais Krim Harga Rm1.00 Ke Atas
5. Semua Tauhu Buatan Orang Cina
6. Sabun Lux & Lotion Badan Buatan Malaysia, USA , & Thai
7. Sabun Fab Berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow Basah (Buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

Senarai Barang Yg Mengandungi Kulit Babi, Uri & Binatang Yang Tidak Halal:
1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk, Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan Buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam Dlm Tin & Yong Taufu Buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis 'Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis 'Reach'
7. Mee Kering (Sanggol)
8. Semua Sabun Mandi Yang Diimport
9. Ajinomoto Kecuali Keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama Kl
10. Semua Jenis Shampoo Kecuali Keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap Buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
15.Mee Rebus Tulang & Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak
Senarai Barang Yang Mengandungi Gelatin Lemak Babi Dan Binatang Tidak Halal:
1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim Dalam Bekas Plastik
14. Gula-Gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16.. Coklat Cake
17. Tepung Kastard Lady's Choice
18. Semua Jenis Jelly
19. Semua Jenis Gincu Bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady's Choice Jelly
Senarai Barang Yang Mengandungi Alkohol Unsur-Unsurnya
1. Barangan Avon Keseluruhannya
2. Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
3. Minyak Rambut Brylcream (Hijau)
4. Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
5. Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
6. Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
7. Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound
Kami Dalam Keresahan Memohon Ampun Dan Maaf Terlewat Memberitahu Perkara Di Atas. Pastikan Pakaian Anda Tidak Terkena Bahan-Bahan Diatas Terutama Pakaian Sembahyang.. Tolong Cetak Dan Edarkan Risalah Ini Kpd Semua Saudara Islam Kita.
Confirm - Pringles Potato Chips - Tidak Halal !!

Amaran Oleh Kerajaan M'sia Berhati-Hati Sebelum Makan!
Ref. Message: Pringles Potato Chips Looks Like You Have To Find Another Alternative To Munch. Just To Let You And Gang Know........ I Have Checked. It's True That The Chips Contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar
Principal Assistant Director;
Ministry Of Health,
Malaysia ; Tel: 03-2540088

Wednesday, April 8, 2009

Kesian BINI

Hari ni bini mengadu penat..
kesian dia... tengah mengandung 5 bulan kena buat kerja banyak pulak..
abiey hanya dapat menolong sikit2 jah..
kesian dia..
hari ni sibuk ngan kem yang hendak diadakan di tok bali.

Abiey kena batalkan program asrama ke karak..
ada kem juga utk budak asrama. Tak nak biarkan bini dalam keadaan begitu sorang diri

Sabar lah wahai biniku...
Fahamilah kesibukan abiey dan tugas abiey
Nanti sama2 kita selesaikan masalah bersama.

Monday, April 6, 2009

Cahaya Di Kota Bharu

Kota Bharu dilimpahi dengan cahaya waktu malamnya
sempena dengan Hari Keputeraan Al-Sultan Kelantan


Salah satu pintu gerbang di bandar KB

Tak berapa comel gambar nih..
masa memandu dirakamnya

Depan Komplek JKR 10


Kepunyaan JKR

Nilah yang sempat dirakam... semasa perjalanan ke sekolah waktu malam



Lama Tak Tengok........Pelangii..

Masa kecil-kecil dulu....
Mak ingatkan jangan tunjukkan jari ke arah pelangi..
Kenapa ye..???????
Dulu...
Seringkali dapat dilihat warna pelangi yang indah
asyik juga
renung kembali dengan pemikiran masa budak2.
Ada yang mengatakan
"ganu" hisap air..
Apa maksud "ganu" tuh..
Abiey pun tak tau.. nanti kena tanya orang lama-lama.



Gambar dirakam ketika dalam perjalanan ke kuala krai kelantan

Sorilah..
gambar tak berapa clear..
Hujan renyai2 masa tuh



Yang pastinya ... teori kejadian pelangi adalah
biasan air hujan dengan cahaya yang membentuk warganya..

Ye ke???????

Wednesday, April 1, 2009

Lawatan Penanda Aras ke Johor dan Batam

26 - 30/03/2009
SIC tempat ambo bertugas mengadakan lawatan penanda aras ke Johor
Sekolah yang dilawati Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah.
26/3/09
Bertolak dari SIC dengan 2 buah bas
Bas SIC dan Bas SMK Zainab 1.
Jam 5.00 petang di terminal SIC

Perjalanan yang mengambil masa 14 jam.
Cukup meletihkan..

27/3/09
Sampai di Johor kami di sambut dengan kesesakan lalu lintas
Janji ngan Maktab Sultan Abu Bakar jam 8.00 pagi.
Aaaahhh... jem-jem..

Bagus juga berada di Kelantan...
Taklah teruk macam nih.

Sekitar Jam 10.00 kami, rombongan ambo sampai ke MSAB
Haaa... sama ngan sekolah ambo, cuma dia lama lagi
94 tahun.

Kami disambut dengan meriah selepas kami sesat cari jalan masuk.
Penat ambo hilangserta merta
Pah ni boleh makan pagi...


Paluan gendang menyambut kedatangan kami..
Gendang apa ye... nak kata gendang cina
lain bunyinya... sapa boleh bagi tauuuu


Ni masa yang melemahkan segala body ni....Taklimat....
Semalam dah lah tak tidur... tak pa.. untuk hilangkan ngantuk..
ambil gambar banyak2. ada alasan
nak bergerak ke sana-kemari


Senyum dalam keletihan dan
kelaparannnnn
woiii zulfakar.. tengok sape tuhh.


ambo ( abiey ) dengan wan fadhil... kamcing amboo
tuh tengokk.. zulfakar ngintai sapo lagi tuh
panjang tengkok-tengkok


Time make dah tiba...
dia bagi cenderahati... lepas nih boleh make

Bergaya berjalan menuju ke dewan pameran
dan dewan makan
Ustazah Rihannasim dan cikgu mona.. orang kuat
Kelab Guru dan Kakitangan SIC


posing ngan gambar beruang makan ikan..
hadiah dari Pelawat Jepun ko MSAB

Bersama blooger teachersally
dan rakan setugas
sebelah sally cikgu Azizah dan Ustazah Nazirah

Double Cikgu Aziz ( Junior dan senior )
dan cikgu Zurnee

Sama-sama handsome
Pengetua SIC dan MSAB ( Pengetua Cemerlang )

Cikgu Haswani

Cikgu Azmi bergambar dengan Sultan Abu Bakar
sama spesis rupanya

Blooger dari sic

Cikgu Asmani dan Cikgu Riza Hassan

Ustazah Khadijah bersama dengan koleksi braille
yang digunakan oleh pelajar MSAB

Bersama zulfakar guru muzik SIC

Bersama dengan rakan setugas di asrama.

Antara koleksi yang terdapat di dalam bilik pameran

Wan Ahmad Fadhil sempat bergaya

Hok nilah yang ambo suka.. Makan lontong
seeeedap sesangat.. ambo nambah 3 kali..

tengok tuh... zulfakar dan wan fadhil..
ni kali yang kedua doh nih
sebelum nih makan di meja
lari ke tempat lain.. takut ore perasan
Abiey dengan cikgu sudin

Jam 12.30 tengahari sampai di STF
dah tak ada ore dah..
Orang lelaki semuanya telah ke masjid untuk mengerjakan
ibadah solat jumaat
Kita ore musafirr.. buat jamak taakhir
Rombongan Gelombang biru menyerang STF
disambut oleh PKP STF


Beriringan menuju ke dewan untuk taklimat

Bersama-sama menuju ke dewan untuk sesi taklimat


Cikgu sudin begitu khusyuk mendengar taklimat
daripada pkp STF

Diakhiri dengan pembahagian cenderahati
dari STF dan SIC


Sebelum sesi taklimat. posing dulu

Pemandangan dari atas taman herba
Pokok Vanilla dan pokok lain terdapat di dalamnya

Penggunaaan Interaktif Board. canggih.. harganya ....??
berapa yeee.. royak kitalah

Pelajar sedang mengikuti pembelajaran dengan menggunakan
papan interaktif

Pokok tongkat Ali yang gagah berdiri... yang musykilnya
sekolah perempuan yang membuat kajian
... musykil-musykil

Ni Pokok Vanilla....
sebelum ni hanya tahu namanya sahaja... rupa-rupanya
ada pokoknya..
Beratur untuk mendapatkan makanan...
teacher sally tu.... abiey nak makan jugak...
---------------------------------------------------------------------------
Agenda Shooping di The Zone Johor Bharu
----------------------------------------------------------------------------
CC dan Wan Fadhil sempat bershooping.... abiey ngan wan dill hanya menemani
cc bershooping jeee..

Bangunan the zone..
sinilah cikgu2 dilepaskan....
bas menanti..... terus menanti..



Call abe Johan... lambat sungguh demo ni bershooping
------------------------------------------------------------------------
Jamuan Nasi Beriani Gam
------------------------------------------------------------------------

Menunggu nasi dihidangkan....

Mana nasi ni... lauk je yang ada
bab makan... tengok sally tuh..

Posing sebelum makan nasi gam

Ni.... selepas melantak....
licin...............

Tengok ajelah... perut dan over limit
Pengetua dan PK Ko...
Bos jangan makan banyk yeee...
kesihatan harus dijaga..
Abiey tetap dengan teh tariknya...
mana-mana pun mesti teh tarik....
teh tarik....
Posing selepas kekenyangan
----------------------------------------------------------------------------
28/03/09
Misi berehlah ke Batam
-----------------------------------------------------------------------------
Sally, rosman dan khaty....
sebelum feri bertolak...
Ada yang mabuk tu....
Abiey tumpang sekaki...
Cikgu Sudin..... sapa dok tepi tuh....
nak report ko kak pah...

Azmi, Hasilah dan Haswani....

Zurnee, abiey, Rosman beraksi....

Suasana di dalam feri

Sesampai di Pulau Batam..
Menunggu Bas datang untuk di bawa ke Hotel Seruni
Kak Su dengan senyumannya

Cikgu Aziz, Anuar memasang strategi tertentu untuk
malam di Batam

Bersama dengan CC, Cikgu Sudin dan Rosman

Pemandangan pertama yang dihidangkan..
Supermarket...
Syurga membeli belah bagi yang berduit
Jangan Baca Papan tanda di atas....
Rombongan kami sedang mencari BGerai Money Changer yang
termurah untuk tukaran wang
Berihat seketika di lobi Hotel Seruni

Bersama zulfakar, mona, rihannasim dan cikgu sudin

Kejutan pertama
Makan sampai 118000,00
tapi Rplah bulan RM.
Sebelum aktiviti makan malam...
kami melawat dan menyaksikan permandangan
indah di jambatan Barelang
Santai di Jambatan Barelang
PK KO, CC, Sally dan Hanafiah

bersama ngan sally dan khaty

Indahnya pemandangan di Jambatan Barelang

Azmi beraksi..
Tetap dengan selipar jepunnya..
abiey...... tetap juga dengan kemanchoannya

CC tak mahu ketinggalan
Sally sedia maklumlah.. dengan kecunannya..
Ni sorang lagi mamak nih... bukan mudah nak ambil gambarnya

damainya ....................
tenangnya...
tapi yang geloranya...
penghuni jambatan .....
penuh dengan ombak nafsu... gelora jiwa...
tak tertanggung melihatnya..
Fadhil, PK KO dan CC

Aziz Pony... di Pulau Batam dikenali dengan Aziz Cah..
Apa tu....
Pengetua, Anuar, Aziz dan sally..
mana tempat ada je sally nih

Mona, rihannasim, cikgu mat noor
bersantai...

Lagi suasana di jambatan Barelang

Cikgu Su, Kamariah, Tg Norshida.....
lagi di jambatan barelang
Hasilah dan wan Fadhil..

Sally menumpang ngan haswani...
Kak Wani sori... tak leh nak undur lagi...
Lagi di jambatan Barelang
PK KO sedang memilih juadah di jambatan Barelang

Nilah... yang cikgu Lie intai...

Pemandangan di jambatan barelang
-------------------------------------------------------------------------
makan malam di sea food barelang
-------------------------------------------------------------------------

Merakam suasana senja di barelang

Orang kuat KGKT SIC
-----------------------------------------------------------------------------
29/3/09
Membeli belah di Batam
-----------------------------------------------------------------------------
Posing di lobi hotel 1
Posing di lobi hotel 2

Posing di lobi hotel 3

Makan Nasi Padang di Batam

Makan Nasi Padang di Batam 1
Makan Nasi Padang 2
sekitar hotel

Nagoya Hill
Food Court...
Nasi dan makan best jugak..
Depan Nagoya Hill Batam

Depan Nagoya Hill Batam

Nagoya Hill Batam..

Massage di Hotel Seruni... Free... apa lagi
belasahlah

------------------------------------------------------------------------
30/3/09
Pulang Ke Malaysia
dan Kelantan (SIC)

Haaa... ceria khaty...
nak jumpa abe man selepas 5 hari ditinggalkan

Cikgu sudin... merah mata..
Semalam g mana...

PK Hem... Pikir pitis habis ko atau ada yang tak beli lagi

Suasana dalam bas..

Ketika berada di kompleks kastam Batam
Tengoklah berapa banyak beg di belakang tuh

Aksi sebabak..
Khaty dan napiah..
Tak cukup pitis selepas berbelanja..
nak bayar cukai masuk dan keluar tak dok pitis..
Ni sampai tarik-tarik kain nih.. bahaya..
kalau terlondeh tak mampu ambo nak tengok..
Kepenatan.....
sally tertidur... ye ke....
kak zah ade gapo tuh...
hasilah hilang ngan haswani?????
Atas Feri.....
Ambil angin luar agar tidak mabuk..

Sama ngan akulah.....
Kalau mabuk kena dok luar..
biar kena angin
Rosman juga tak ketinggalan berada di dek feri

Bersama Anuar
Selamat tinggal Pulau Batam...
Sampai di jeti stulang batu...
al-hamdulillah perjalanan selamat.
ni sorang jadi wak parjo dan sorang lagi suparo
------------------------------------------------------------------------------
sebahagian gambar yang sempat diupload untuk tatapan rakan2
SIC dan segala kekurangjelasan gambar
dipohon maaf,
Sekian Lawatan Penanda Aras SIC 2009
Boss dan war-warkan bahawa tahun depan
lawatan akan diadakan ke Bangkok Thailand..
Kena simpan pitis dululah...
bye..