nuffnang

Saturday, January 30, 2010

Akhirnya... dapat juga ku memilikimu

Lama menyepi tanpa berita... laptop tak terusik... berhabuk dan tak terupdate.. semuanya gara2 kau..... akhirnya ku dapat jua membelaimu..menyentuhmu... dan merasai keselesaanmu..aduh... asyiknya.

Semuanya kerana mu yang membuatkan ku alpa dengan laptop ini.. rakan blogger ku tinggalkan sekejap.. ku mengambil masa yang lama untuk bermesra denganmu.. biarku menikmati suasana yang mengasyikkan ini... Allahuakbar... Tak terduga akalku untuk memiliki dirimu. ooohhhh... terujanya aku..

Maaf Teman.. buka ku nak mencoretkan perasaan pelikku ini dilaman blog yang tak seberapa ini. Apabila impian tercapai segalanya menjadi indah.. tak terucap dengan perkataan.. ibarat kita mula mendapat cinta yang pertama... waduh siang dan malam tak lena dibuatnya.. itulah abiey sekarang.

Cita2 abiey hendak mendapatkan..........(.dibawah.)................... dah tercapai... al-hamdulillah.. syukur...


Gambar yang abiey punya belum diambil lagi... spesis ni jugaklah... alza dilupakan.. hajat nak ambil alza tapi bila lihat wish... wuhhh tergoda beb. walaupun menanggung hutang bulanan tinggi, demi kehendak hati ku turuti jua..



Monday, January 18, 2010

Masih lagi kelamkabut

Minggu ni masih lagi kelam kabut dengan tugasan guru. Buku Pengurusan belum lagi sempurna dan tugasan lain belum lagi beres. Hanya yang beres ketika ini buku Rancangan Mengajar aje..
Rutin cikgu awal tahun ni beginilah, sentiasa kelam kabut walaupun perancangan awal telah dibuat sebelum cuti lagi..
Blog pun tak sempat nak update. tazkirah juga tak sempat nak dinukilkan di dalam blog ni..Harap kawan2 blogger tak jemu melawat blog abiey nih.. sekian
next time akan diupdate dengan tazkirah surah2 pilihan. insya Allah.

Wednesday, January 13, 2010

Kembali lagi

Setelah sekian lama tidak n3 blog ni... dan menjenguk blog2 member, abiey cuba melayarinya dan mengupdate blog ini. Akan abiey sambung n3 tazkirah dan juga peristiwa2 semasa yang berlaku dalam keluarga dan diri abiey. Kepada rakan2 blogger.... jangan jemu melayari blog abiey nih. ok.
Sekian untuk kali ini.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


selamat datang 2010

Abiey ucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua blooger yang sentiasa mengikuti blog abiey yang tak seberapa ini.
Maaf setiap perlakuan dan catatan yang mengguris hati sepanjang tahun 2009. Moga tahun 2010 ini lebih memberi ketenangan dan keredhaan Allah.




Azam dan cita-cita yang telah dan belum tercapai hendaklah selari dengan tuntutan agama. Redha dengan Qada' dan Qadar Allah... segala cita dan perancangan adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu berusaha dan segalanya terpulang kepada Allah SWT.
Selamat Tahun Baru buat semua blooger dan bertambah lagi umur dan semakin singkat hayat kita.