nuffnang

Saturday, February 28, 2009

Main Tenis Bersama Rakan2

Sabtu-28/02/2009: Padang Tenis SIC

Hari pertama main tenis di padang SIC bersama dengan PK KO cikgu Ramli, Cikgu Zaimi, Cikgu Zulfakar, Cikgu Razi dan Ambo sendiri. Perbincangan dibuat ketika makan-makan kat Food Village ( Chimchum ).

Seawal jam 7.30 pagi kami berada di padang Tenis SIC. Semangat untuk beriadah bagi mengempis dan mengurankan apa yang lebih. Walaupun tak seterrer Nadal, Roger Faderrer atau Andy Roddick.. tapi bolehlah setakat nak mengeluarkan peluh.
Perlawanan PK KO bersama Cikgu Zaimi lawan ngan Cikgu Razi dan Cikgu Zulfakar baik sekali. Walaupun lama tak beraksi skillnya masih tak luput..

Perlawanan kedua antara ambo bersama ngan cikgu zaimi lawan cikgu razi dan zulfakar. Bukan main lagi cikgu Zulfakar tunjuk skill. Tak larat dibuatnya.... Cikgu Zaimi tetap selamba ambik servis kencang zulfakar..

Apapun hari ni menjadi titik permulaan riadah tennis setiap hari sabtu. Nanti bila dah terrer benar, akan dianjurkan perlawanan persahabatan.. bila tu.... tungggggu

Gaya Cikgu Razi dan Cikgu Zulfakar, Team Guru Muzik lawan Team PK KO

Servis dari cikgu Zaimi tak terambil oleh cikgu razi.

PK KO sedang melakukan servis. Sepanjang perlawanan PK KO melakukan servis padu tanpa berbalas sebanyak 8 kali.... tu baru pertama kali main tennis


Yeeeh.. bola mencecah lantai... tak terambil oleh zulfakar..


Servis dari cikgu razi...... Gaya ada seakan2 Nadal tang punggungnya. Cayalah.... Lepas main kami pekena kopi dan roti bakar depan Toyota Bunut Payung.
Minggu depan diharap ada ahli baru yang muncul..






Friday, February 27, 2009

Sape Kata Tak Boleh...

Ambo rasa tertarik ngan gambar 2 makhluk ni..... Yang cuma mempunyai perasaan kasih dan sayang tanpa mengira suku sakat....
Teringat pula lagu cinta antara dua benua.......






Binatang boleh...kenapa manusia tak boleh...
fikir-fikirkan...

COMPUTER ILLUSION

Rasa rileks pada hari jumaat ni.... terjenguk laman blog senaville83. Rasa nak juga kongsi mainan mata. ni.........
best juga tenung lama-lama.. jangan sampai juling biji mata oklah.












Oklah.... tak dak nak buat kerja apa-apa.


Wednesday, February 25, 2009

Ku Kehilangan Rakan Setugas

N3 kali ni merujuk kpd kehilangan rakan setugas di SMK Bandar Chiku Gua Musang. Ambo dikejutkan dengan panggilan jam 12.45 malam pada 23.feb.2009. Panggilan dibuat oleh bekas PKKO Cikgu Abdul Rahman ( Man Unser ) Bachok. Terkedu seketika apabila terdengar dicorong handset ambo : " Ustaz Cik Idi dah tak ada", Innalillahiwainnailaihirajiuun. rasanya baru je bertemu dengannya.. Terpacul soalan:"Apa sakitnya", Setahu ambo, Allahyarham sihat dan tidak berpenyakit.. Mati semasa main badminton.. Serangan Jantung???

Masa tuh terbayang member2 yang sama mengajar di SMK Bandar Chiku dulu. Semuanya ambo sms dan maklumkan kepada mereka. Bermula dari saat tuh... mata tak terlelap hingga ke pagi.. Hajat dihati nak melawatnya pada pagi tersebut, tak sempat kerana pegawai JPN nak datang ke sekolah dan melihat P&P. ahhhhhhhh... makin kelam kabut, semalam dah lah tak tidur hari ni ada yang nak masuk kelas pula. pening pening...

Hari ni 24.Feb.2009, Hati semakin bergelora dan gundah gulana, hentam sajalah... kelas berjalan seperti biasa... ahh.. lega tak ada yang masuk ke kelas. petangnya bawa pelajar ke MD Ketereh untuk kejohanan bolasepak. Hati sedikit terhibur dengan kejayaan pasukan MD Kota Bharu Selatan menentang MD Pasir Putih 7-0.

Hati masih memikirkan arwah cik idi yang berada di Kasa Pasir Mas. Kawan-kawan lama dah pergi menziarahi rumah arwah. Bekas tenaga pengajar SMK Bandar Chiku. Bini ambo telah pergi menziarahi bersama ustazah Ruhaizan. Insya Allah hari Jumaat ambo sekeluarga akan menziarahi keluarga arwah sekali lagiiii.


Ambo selitkan sedikit tazkirah untuk tatapan semua

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikir dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meskipun mata manusia hanya mampu melihat alam benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dansempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya.
Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.
Hakikatnya, ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.
Firman Allah Taala:
Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."

Monday, February 23, 2009

Bola Sepak MSSK Kota Bharu Selatan

Ahad: 22.02.2009
Perlawanan Bola sepak bawah 15 tahun MSSK telah berlangsung di MD Ketereh. Perlawanan pertama antara pasukan KB Selatan bertemu dengan Daerah Tanah Merah.
Perlawanan bermula jam 3.15 petang dalam suasana yang baik


Sebahagian Pemain KB Selatan berkumpul di SIC.
Sebahagian besar pemain KB Selatan adalah daripada pelajar Maktab Sultan Ismail.


Reaksi dari Pengurus En. Adnan, Penolong Pengurus En. Zurnee Azlee, Juru latih En. Hashim sedang menonton perlawanan yang sedang berlangsung.



Pemain simpanan KB Selatan.


Sebelum sepak mula. Pasukan KB Selatan memakai jersi biru dan pasukan Daerah Tanah Merah berpakaian Jersi Merah Biru.

Keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan KB Selatan dengan jumlah jaringan 2 - 0. Gol-gol dijaringkan oleh Faris dan kaka.
Ambo pun tumpang gembiralah sebab anak-anak buah ambo berjaya. Walaupun hanya jawatan sebagai pembantu juru latih, rasa kepenatan berlatih berbaloi. tahniah pasukan KB Selatan dan semua.
Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 24.02.2009 jam 4.00 petang.
Moga KB Selatan terus mengorak langkah untuk ke perlawanan seterusnya.

Saturday, February 21, 2009

Yahudi bakal mengganas lagi


Assalamualaikum...

Kosmo hari ni.... mungkin Iran pula akan menjadi mangsa Israel Laknatullah. Pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu semalam menamakan Iran sebagai ancaman utama terhadap keselamatan Israel.


Selepas Penduduk Semenanjung Gazza diratah dengan rakusnya.. satu lagi negara akan dihentamnya pula... Marilah sama-sama kita berdoa agar semua musuh Allah akan tersungkur dan rebah seterusnya lenyap dari bumi Allah ini. Doa dari tangan2 yang teraniaya dan dizalimi akan mudah diperkenankan oleh Allah.

Thursday, February 19, 2009

Seperti Biasa Hari2 yang dilalui

Masih seperti biasa. walaupun tiada n3 masih lagi mengikuti perkembangan rakan-rakan blogger.
Latihan bolasepak peringkat KB Utara diteruskan. Perlawanan pertama akan diadakan pada 22 Feb 2009 di padang Majlis Daerah Ketereh. Pertemuan pertama dengan daerah Tanah Merah.

Harap2 anak buah tak buat hal.. Sekarang ni masih pening untuk menguruskan pelajar yang belum lagi menghantar gambar dan surat akuan keluarga.... apalah nasib dapat pelajar yang malas bergerak dengan aktif. Terpaksa mencari seorang demio seorang untuk mendapatkan borang tersebut..

Hal keluarga pula.. bapa mertua terpaksa dimasukkan kembali ke hospital Pakar Perdana KB. Komplikasi buah pinggang pula.... banyak kerenah GH terpaksa ke Hospital Swasta..
Tak tahu berapa lama dirawat disana...

Hal sekolah masih seperti biasa cuma kena siapkan lebih awal soalan peperiksaan Februari.. semuanya telah direso.. lega..

ok bye untuk kali ini.
Abiey69

Monday, February 16, 2009

Hari Sukantara dan AJK Kelab Tenis

Sabtu~14/2/2009
Sukantara telah diadakan di sekolah ambo... Acara bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Ambo dsebagai ketua rumah menyelia pelajar yang mengambil bahagian. Penat tak usah nak ceritalah... tapi seronok juga dapat hilangkan tension kerja sekolah ni.

Rumah wong ( hok ambo jagalah tuh ) mendahului dari segi kutipan mata. Terimakasih untuk semua guru rumah wong. tanpa kalian ambo bertambah2 penatnya.

Cikgu mona dengan gayanya tersendiri sebagai hakim larian 100 meter. Peserta rumah Wong bersedia untuk melakukan pecutan.

Go go go, wong tetap juara..


Orang yang bertanggungjawab melicinkan perjalanan sukantara MSI 2009. Cikgu sudin tumpang sekaki...


Rakan blogger, cikgu sally dan cikgu mona.
bukan main posing mereka nih,,


Acara lompat setempat... Acara yang melucukan bagi pelajar SIC
Tuh kata2 Hasnor... anak murid ambolah tuh...


Penolong ketua rumah Wong... Cikgu Samaniah yang banyak memberi kerjasama dan sumbangan untuk rumah wong... bravoooooooo. baguisss.


___________________________________________________________
Saya juga ditugaskan untuk pasukan tenis SIC...
Hentam sajalahlah...
Yang bagusnya semua mesyuarat dikendalikan oleh pelajar... Hasnorlah tu... terimakasihh..
tuh baru latihan mengendalikan mesyuarat dan pasukan....
senarai ajk dan ahli kelab tenis 2009

مكتب سلطان اسماعيل
MAKTAB SULTAN ISMAIL
JALAN TELIPOT
15150
KOTA BHARU KELANTAN



TAHUN : 2009
PASUKAN : TENIS

Guru Penasihat : Ustaz Zahari bin Deraman
Puan Zuraidah bt Hussein

Pengerusi : Hasnor Rohaimi b Hassan ( 5D )
Timbalan Pengerusi : Ahmad Miizan b Ahmad Kamal ( 5S )
Setiausaha : Muhammad Aiman Hazwan b Ridzwan ( 3Y )
Pen. Setiausaha : Adam Izwan b Mohd Azmi ( 3J )
Bendahari : Amirul Akram b Ahmad ( 2J )
Pen. Bendahari : Mohd Asaad b Abdul Rahim ( (3I )
Ahli Jawatankuasa :
1. Mohd Afif b Aris (1Y )
2. Nik Ahmad Airil b Nik Roslan ( 1G )
3. Abdul Wafi Wajdi b Abdullah ( 2I )
4. Ahmad Lokman b Mokhtar ( 2I )

Ahli:
MOHAMAD ARZIFIQREY B MOHD ARSHAD
MOHD AIFIF B ARIS
MUHAMMAD IZZAT MUQRI B MOHD IKRAM
MOHAMAD LUQMAN HAKIM B ROSLAN
WAN MOHD ARIFF HILME B W. MD. MAHYUDDIEN
MOHAMAD HAFIZIE AZMIE B HASHIM
MOHAMMAD AMIR IQRAM B AHMAD RUSHDI
MOHAMMAAD AIMAN DANIAL B RUSLAN
NIK ASYRAAF IMRAN B N. MD HASANUDDIN
NIK AHMAD AIRIL B NIK ROSLAN
TG LONG ALIF FAIQAL B TG LONG GAAFAR
AMRIL SYAFIQ B AHMAD ZABIDI
MUHD FAREEZ B BAIZURI
MUHAMAD NAZMI B MUDA
HILMAN AKUAMI B ABD MOEN
MUHAMMAD RAFIUDDIN B MAZUKI
MUHAMMAD ADIB FARHAN B SENEK
MUHAMMAD AZZIM B OMAR
AMRIL SYAFIQ B AHMAD ZABIDI
MOHD ISMAIL NASHIHIN B MOHD YUSRIE
MUHAMMAD FARIS B AHMAD
ARIS ZAFRAN B ZAMRI
MOHD AZIM B ABDUL HALIM
AMIRUL AKRAM B AHMAD SUKARI
CHE MOHD AMINUDDIN B CHE KAMARUZAMAN
MUHAMMAD AKRAM B MOHD AZAMLI
ABDUL WAFI WAJDI B ABDULLAH
AHMAD LOKMAN B MOKHTAR
EDRIZ SYAHZREL B AMI HAKIEM
MUHD HAFIZ B SAIFUL ANUAR
NAZIRUL ZAIM B AZMAN
ADAM IZWAN B MOHD AZMI
CHE MUHD AMINUDDIN B CHE MUSA
MUHD FARIS FARHAN B MUHD FAIKHRI
MUHAMAD AZIM NAZREEN B NORUZMI
WAN. MUHD SYARIFUDDIN B WAN ABD KUDUS
SYAHDINI ZAFRI B SUPIAN
MOHD ASAAD B ABDUL RAHIM
MUHAMMAD AIMAN HAZWAN B RADZWAN
NIK AZMIR B NIK NAJIB
MOHD ALIF B KAMAROZAMAN
WAN MOHAMMAD ZULFADHLEY B WAN IBRAHIM
BEN OMAR B IBRAHIM
MUHAMMAD ANIQ BAIHAQI
AMIR AMZAR B AHMAD ZIDAN
MUHD LUQMAN B MOHD ZIN
AHMAD KUSYAIRI B MOHD NASIR
SIVA A/L GOPALAKRISHNAN
AIZAT AMIR B MOHD ABDUL SALAM
AHMAD MIIZAN B AHMAD KAMAL
AHMAD KARMANI B IBRAHIM
AHMAD ISMAT HAKAM B MOHD RASIDI
MUHD NUR ARIFF B MOHD NAIM
HASNOR ROHAIMI B HASSAN
NIK MOHD HAFIZULLAH B NIK HAZLI
MOHD SYAFIQ B MOHD NADERY
MUHD AMIR FATHI B ASRI
MUHD AMIR FATHI B ASRI
NUR AMIN B ABDUL RAHMAN
ADLIL IKRAM B HARUN
MUHD ZAMIER
DANIAL AIMAN B RAHIM
SYAHRIL REDZUAN B CHE ASEMARI
SHAHIRUL HAIQAL
MUHD MUSTAQIM B MOHD NOOR
WAN MOHD FARIS FARHAN B WAN MOHD ZIN
Ada dikalangan pelajar tingkatan 4 telah berpindah ke SBP dan MARA.


Sunday, February 8, 2009

Makan 2

7/02/09-
9.00 malam ( Restoran Araffah )

Makan2 dengan member2 SIC. Makanan yang tak pernah dicuba.. Cimchum enak juga sih.
Seramai 8 kakitangan SIC menyertainya.




Inilah bentuk cimchum, masak sendiri dan makan pun sendirilah

Bahan2nya seperti bahan2 young tau fu




PKKo , Cikgu Razi, Cikgu Samsudin, Cikgu Azmi, Cikgu Reza, Ustaz Zahari, Cikgu Zaimi dan Pak Guard. Menanti bahan2 masak untuk di makan.



Tak sabar rasanya nak makan benda nih...



Yah yah yah... mari makan... baik2 guna penyepit tuh.. kan melantung pulak, mungkin itulah kata-kata zaimi kat reza.


Bila masa giliran ambo nih.. begitu bersemangat cikgu Razi memasak cimchum

Makan-makan, rugi tak cuba...

Walaupun jauh ku berada di bumi Melor... sanggup ku redahi jua perjalanan itu... demimu cimchum,, terimakasih cikgu razi kerana belanja kami

Lain kali boleh datang balik.. Ambo nak bawak anak bini pulak lepas ni... datanglah di Arafah restoran Kg. Bayu Bayam. KB

Thursday, February 5, 2009

HRPZ2- Jaga Bapa Mertua

5/01/09~Malam ni bermalam di HRPZ2 menemani bapa mertua. Bapa Mertua yang masuk wad pada 9/1/09 belum lagi dibenarkan pulang... Esok akan diadakan pembedahan kecil di kedua-dua sikunya. Penyakit Ghout telah merebak disetiap sendinya.. kesian..


Mak mertua pula akan menjalani pemeriksaan usus pula kerana buang najis berdarah. Tak ada rehat rupanya sepanjang sebulan ni. Kedua-duanya terpaksa dijaga. Selang seli tidur dan bergilir dengan abang ipar dan mak mertua yang "sorang lagi".

Isteri tercinta sedang melayani kerenah ku yang sakit2 badan.. selepas di rawat di hospital. tetapi hanya sehari sahaja berada di rumah dan terpaksa di hantar kembali ke hospital..



Dulu wajahnya ceria ... kini... menanggung kesakitan akibat penyakit usus bocor dan ghout



Sabar banyak2 ye ku... itulah yang mampu diungkapkan oleh anak2. Moga cepat sembuh..

Kesibukan dan Kecelaruan



Terasa sangat dengan kesibukan tugas sejak akhir2 ni. sampaikan nak n3 blog pun susah. Semua kerja kena buat dan langsaikan. Buku pengurusan, latihan rumah sukan, penolong juru latih bolasepak, pemilihan pemain tenis maktab, bla bla bal... aduh.....



Perasaan tertekan dan hendak siapkan kerja membawa kepada kecelaruan pemikiran...

Anak2 terabai sampaikan nak mengajar al-quran anak sendiri pun tak terbuat... apa lagi nak bermanja dengan mereka... malah kekadang terpaksa meninggikan suara kat anak2 lantaran kerja yang tak siap..


Persiapan untuk mengajar pun tidak sesempurna mana... kesian anak murid ku...

Minggu depan ada pemantau pula nak datang... waduh sibuk lagi.. cikgu2..
Inilah resam dan senario hidup seorang cikgu.. merintih keseorangan... sendiri sendiri
Ni baru sikit... Mungkin pak lah pening lebih dari segalanya....







Tuesday, February 3, 2009

Penat weh rasanya......

2/jan - 3 jan 2009- Maktab sultan Ismail sekali lagi menjadi gelanggang pemilihan pemain bolasepak bagi daerah Kota Bharu Utara dan Selatan.
Rasanya tahun ni nak rileks dari arena bola sepak. penat rasanya... namun dipilih pula memegang jawatan timbalan jurulatih bawah 15 tahun bagi Kota Bharu Selatan.
Ahhh... Penat dah mula terasa dah... Bermula dengan pemilihan pemain semalam dan hari ini..
amat memeritkan. tapi apakan daya terpaksa gagahi jua demi harapan orang yang tinggi terhadap kita..

Pemain yang datang untuk selection ramai sangat.. nak buat pemilihan pun susah. Yang dihantar pun bukannya boleh main... saja je cikgu dia ni nak menyusahkan panel pemilih.

Akhirnya terpilih juga seramai 25 orang bagi peringkat pertama ini.

Hari ni rasa dah penat.. malas rasanya nak turun padang. kena g ke hospital tengok bapa dan mak mertua yang masih dirawat di sana. Kesian mereka...... masih sakit lagi. dah dekat sebulan dah berulangalik ke hospital..


Bukannya mencari pemain sehebat pemain ini... tapi harapan tuh adalah juga sekurang-kurangnya gaya pemain ni... cukuplah.

Kalau dapat macam ni. macam lipas kudung larinya lagi best.. baru semangat nak latih budak

haaaa. tengok tuh, hebatkan.. masa saya muda2 dulu macam ni lah... keh keh keh


Pengurus dan jurulatih yang boleh dijadikan idola... kalau boleh macam ni.. haa terbeliak mata... tup2 tengok ... ..................... betul ke dia tuh...
Oklah.. dah rasa tak larat doh... saja nak mengaktifkan blog ajee... nanti cerita yang lain pulak





Sunday, February 1, 2009

Jalan-jalan Cuci Mata (JJCM)

31/Jan/2009: Rasa nak rehat pada hari ni.. Selepas penat berjaga di hospital menemani Bapa Mertua dan Juga Ibu Mertua yang sakit.. rasa macam nak tidur sepanjang hari... biar lega sikit..

tup-tup bini ajak ke Pengkalan Kubor pulak...


Demi menjaga hati isteri yang tercinta.. digagahi juga ke Pengkalan Kubor. Hasratnya untuk membeli kasut jenama scholl. banyak pilihan katanya. Di Kian Farmasi tak ada pilihan... jadi bila dah berjanji untuk membelikannya terpaksalah ikut seleranya. Nanti merajuk susah. Kalau orang mengandung merajuk... buruk padahnya.


Bila sampai aje di Pengkalan Kubor.. Tanpa melengahkan masa lagi.. my bini terus ke kedai kasut tersebut..







Suasana lengang di pengkalan kubor.. Parking pun senang.




Ni lah rupa kasut/selipar yang menjadi idamannya. Katanya selesa bila dipakai dan sesuai untuk ibu-ibu mengandung.. Belasah ajelah.. Orang lelaki mana tau. janji boleh pakai.
Harganya???? Boleh tahanlah..





Tengah-tengah ronda disekitar pasar, muncul sepupu dan menantunya sekeluarga.. Wah, ni sudah bagus. taklah boring sangat JJCM.





Sepupu kita ni.... Seorang tukang masak, hasratnya nak membuka perniagaan katering. Nih nak cari periuk dan alat perang untuk memasaklah.. cari jangan tak cari



Ni anaknya... tenah membeli seekor kuda yang tak bernyawa untuk puteranya.


Nilah rupa si Putera dan si Jejaka idamannya....
Kuda.. kuda...kuda...
Banyak sangat barang mainan sehingga rambang mata dibuatnya




Waduh... Penat sunguh bini ku ini..
Berehat sambil makan colek buah. Aku ketika ini pergi membeli sedikit buah, buah delima dan buah ciku.. teringat semasa mengajar kat chiku dulu.


itulah kisah ku dan isteri JJCM di Pengkalan Kubor.