nuffnang

Tuesday, September 22, 2009

Riangria Hari Raya Aidil Fitri

Suasana hari raya yang sempat abiey rakamkan di hari pertama Aidil Fitri hingga hari ketiga aidil fitri. Kemeriahan dan kegembiraan syawal dirasai oleh setiap wajah... semua sanak saudara berkumpul dan saling kunjung mengunjung. meriah-meriah


Hari Raya Ketiga ( 22/09/09 )
BBQ di rumah mertua Anak Sepupu ( Din dan Ida ) Tn. Hj. Othman bin Mat.
Acara bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.


































Posing sepanjang majlis BBQ.
Yang disebelah ni macam bapak indonesia... baru balik dari indonesia, Bercuti seminggu sempena hari raya sebelum menyambung tugas di Petra Jaya..



Selamat Hari Raya semuanya..














Hari Raya Pertama ( 20/09/09 )
Dirakamkan gambar kunjung mengunjung di rumah saudara terdekat iaitu rumah bapak saudara, mak saudara, dan adik beradik.. Hari Raya pertama hanya dikhaskan untuk keluarga sahaja tanpa kunjung mengunjung ke rumah taulan. Abiey pada tahun ini terhad pergerakan kunjung mengunjung kerana isteri masih dalam keadaan berpantang.


Adik abiey bersama dengan anak abiey yang berusia 29 hari pada hari raya pertama ni.


Anak saudara abiey dan bapa saudara..


Sepupu ustazah Rosnita dan Ust. Man bersama dengan anak abiey.. walau tak lepas pantang dah ronda sekitar rumah mak saudara dan sedara terdekat.


Mak saudara beserta dengan menantunya.


Abiey bersama dengan sepupu di rumah mak saudara. Makan dan minum2 dan beramah mesra di kalangan sanak saudara


Makan nasi dan kuih muih yang sedia terhidang.....


Sepupu dari Kuala Lumpur dan Shah Alam..


Jiran tetangga juga bersama-sama memeriahkan suasana hari raya di rumah mak abiey.


Anak tetangga di hadapan rumah mak abiey, yang termenung panjang tu..... sepupu .. dan ngantuk doh tuh


Bini abiey bersama baby Imtinan.. Raya pertama untuk Imtinan.. Sepupu asyik dengan telepon barunya.. masih mencuba dan mencuba perisian baru dalam telepon barunya


Sepupu abiey.. Ustazah Asiah ( SK Panji ) dan Ustazah Rokiah ( SK Islah )






Gambar pagi hari raya keluarga abiey. Warna tema tahun ini. Dan bertambah ahli sorang tahun ni. Dari kiri: Nik Zuhayrah Amalin, Nik Zharifah Insyirah, Abiey, Nik Zahierah Imtienan, Nik Zhafierah Aiesha, dan Tengku Razana ( bini abiey )



Adik abiey bersama dengan anak sedaranya...... dan bersama kakaknya

Posing bersama dengan Imtienan,


Adik ipar and keluarganya. Baby Imtienan dengan goyangan tangannya.
Hari Raya Kedua ( 21/09/09 )

Keluarga abiey berkumpul dan melihat telatah sicilik abiey.

Imtienan dengan gaya mengantuknya di pagi syawal

Keluarga kembar bini abiey..

Bersama dengan imtienan

Kenangan bersama dengan Imtienan..

Nabilah ketika melawat mak mertua yang sakit.

Sakinah bersama dengan maknya

Menerima kunjungan kelaurga almarhum pak chu. abang min dan mat dari terengganu ( Sg. Tong ) Abang Min bertugas sebagai Penolong Pengarah UITM Shah Alam ) manakala Mat pula sebagai Pensyarah di UITM Arau Perlis

Bercerita dan bersembang dengan mak abiey bersama dengan adik abiey

Bertukar2 no telepon untuk memudahkan komunikasi..
Antara detik2 yang sempat dirakam ketika hari raya Aidil Fitri kali ini. Yang jauh didekat2kan.

Puasa Bulan Syawal


Dipetik dari http://al-futhuhat. blogspot. com/

PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)
Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Romadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Romadhan).

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda, yang artinya: ‘Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun .’ (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda lagi: ‘Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas ‘Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan setiap kebaikan diganjar sepuluh kali ganda.’

Dalam sebuah riwayat berbunyi, yang artinya: ‘Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Romadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun.’ (HR: An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh: ‘Puasa bulan Romadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh.’

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi’i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Romadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali ganda.

Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Romadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Romadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasululloh Shalallahu ‘Alaihi Wassalam, yang artinya: ‘Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta’ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: ‘Periksalah ibadah solat hamba-hamba- Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: ‘Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan solat-solat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan solat wajibnya dengan solat sunnat itu.’ Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya.’ (HR: Abu Dawud)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Wa’Allahualam. .

Sunday, September 20, 2009

Panduan Hari Raya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sekadar berkongsi tazkirah dari blog dakwah2U

Adab & Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

2.Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat 'ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar (R.A.). ia berkata : Umar mendapati pakaian tebal dari sutera yang dijual, lalu beliau mengambilnya dan membawa kepada Rasulullah (S.A.W.). lalu berkata : Ya Rasulullah belilah pakaian ini dan berhiaslah dengannya untuk hari raya dan untuk menerima utusan. Maka beliaupun menjawab : Sesungguhnya pakaian ini adalah bagian orang-orang yang tidak punya bagian di akhirat (yakni orang kafir). ( H.R Bukhary dan Muslim )

4. Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat 'ied ), mereka meyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Yaa Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama'ah)

5. Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

6. Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat 'ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka'at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )

8. Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat 'ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )

9. Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair Arrahbiyyi (R.A.). ia berkata : Sesungguhnya Abdullah bin Busri seorang sahabat nabi (S.A.W.). keluar bersama manusia untuk solat Aidilfitri atau Aidiladha, maka beliau mengingkari keterlambatan imam, lalu berkata : Sesungguhnya kami dahulu ( pada zaman Nabi (S.A.W.) pada jam-jam seperti ini sudah selesai mengerjakan solat 'ied. Pada waktu ia berkata demikian adalah pada solat Dhuha. (H.R. : Abu Daud dan Ibnu Majah)

10. Diriwayatkan dari Abi Umair bin Anas, diriwayatkan dari seorang pamannya dari golongan Anshar, ia berkata: Mereka berkata: Karena tertutup awan maka tidak terlihat oleh kami hilal Syawal, maka pada pagi harinya kami masih tetap puasa, kemudian datanglah satu kafilah berkendaraan di akhir siang, mereka bersaksi di hadapan asulullah (S.A.W.).bahawa mereka kelmarin melihat hilal. Maka Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan semua manusia ( ummat Islam ) agar berbuka pada hari itu dan keluar menunaikan solat 'ied pada hari esoknya. (H.R. : Lima kecuali At-Tirmidzi)

11. Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat 'ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat 'ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)

12. Diriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud (R.A.). bertakbir pada hari-hari tasyriq dengan lafadz sbb: (artinya): Allah maha besar, Allah maha besar, tidak ada Illah melainkan Allah dan Allah maha besar, Allah maha besar dan bagiNya segala puji. (H.R. Ibnu Abi Syaibah dengan sanad shahih )

13. Diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat 'ied dua belas kali takbir. dalam raka'at pertama tujuh kali takbir dan pada raka'at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )14. Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A'la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )

15. Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat 'ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (qtarabatissa'ah ) dan ( Qaaf walqur'anul majid). (H.R. : Muslim )

16. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat 'ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )

17. Diriwayatkan dari Abu Hurairah (R.A.). bahwasanya Nabi (S.A.W.). bersabda pada hari kamu ini, telah berkumpul dua hari raya (hari Jumaat dan hari raya), maka barang siapa yang suka solat Jum'at, maka solatnya diberi pahala sedang kami akan melaksanakan solat Jum'at. (H.R: Abu Daud )

KESIMPULAN
Hadits-hadits tersebut memberi pelajaran kepada kita tentang adab-adab solat hari raya sbb : Pakaian pada saat mendirikan solat kedua hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus. (Dalil: 3 )

Makan
a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.
b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha. (Dalil: 5 dan 6 )

Mendengungkan takbir
a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai. (Dalil : 11 )
b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ). (Dalil: 12)
Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat 'ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ). (Dalil: 8 )
Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya. (Dalil : 10 )
Yang menghadiri solat 'ied Solat 'ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah 'ied. (Dalil: 4 )
Tempat solat 'ied Solat 'ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat 'ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat 'ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat 'ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan. (Dalil: 1 dan 8 )
Cara solat 'ied
a. solat 'ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya. (Dalil: 1,2 dan 7 )
b. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka'at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali.(Dalil: 13 )
c. Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a'la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa'ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka'at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur'anul majid/surat ke 50 ).(Dalil : 15)
d. Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.e. Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.f. Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk. (Dalil: 1 dan 2 )
Waktu solat Solat 'ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha.
(Dalil: 9 )
Hari raya jatuh pada hari Jum'at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum'at, maka solat Jum'at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami' sebaiknya tetap mengadakan solat Jum'at. (dalil: 16 dan 17 )

Saturday, September 19, 2009

Musim Balik Kampung

Semua jalanraya, semua trafficlight, semua simpang, semua jambatan, semua tol, semua ruam yang dulunya sepi, semua kerlipan cahaya bersinar, semua senyuman terserlah dan semuanya bergembira.
Itulah bahana balik kampung dan panggilan aidil fitri di kampung halaman. Keluarga Abiey juga terasa.. apabila kepulangan adik beradik yang berada di luar telah memeriahkan suasana aidil fitri tahun ini.
Adik abiey yang bekerja syabas bersama isteri dan adik yang berada di tanjung malim ( UPSI ) sampai di halaman rumah bonda abiey jam 9.45 pagi ini.
Mak saudara yang tinggal di Semenyeh beserta sepupu telah sampai kelmarin. Menurut mereka. jalan raya berjalan dengan lancar, mungkin para perantau telah pulang awal bagi mengelakkan berlaku kesesakan jalanraya.
Ibu teruja menghias rumah walaupun dalam keadaan uzur.
Abiey tak membuat persiapan yang besar, ala kadar sahaja.. Isteri masih lagi dalam tempoh pantang. Sudah sebulan kami berada di rumah mak kami dan insya Allah akan beraya di rumah mak abiey.. jimat kos tahun ni..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Semoga berbahagia dan bergembira
dari abiey sekeluarga

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Untuk Rakan Blooger

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA RAKAN BLOOGER
MAAF ZAHIR BATIN
2009



Silakan.....

Iklan raya 2005 - 2009

Maaflah... asyik ngan iklan raya aje... sebenarnya nak rasa mood raya nih.. sambil teringat orang tersayang " Ayah" yang telah meninggalkan abiey tahun 2001 lagi.
Abiey rasa kesunyian dan masih segar diingatan gerak dan senyuman ayah.. sentuhan dengan tangan kasarnya masih lagi terasa.. terasa.. dan terasa... Perasaan ini lagi tak tertanggung apabila kumandang takbir raya bergema...

Melalui iklan yang melibatkan perasaan ni boleh memberi kesan yang mendalam pada abiey.



Iklan 2005




Iklan 2006




Iklan 2007




Iklan 2008



Iklan terbaru 2009
Tak ada lagi iklan raya petronas 2009.. Yasmin Ahmad teraju utama telah tiada, maka sunyi lah iklan yang menyentuh perasaan dan kreatif ilham idea daripadanya. Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad.


Iklan dar TM 2009




Selamat Hari Raya AidilFitri dari abiey69.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

Masih Mengimbau Iklan Raya Lama

Iklan Raya 2002/03

Kisah anak2 dan ibunya



Anak2 hendaklah mematuhi arahan ibu dan memberinya lebih kebahagiaan untuknya



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Ayah abiey juga masa muda bekerja sebagai pengayuh beca... beginilah rasanya penat lelahnya dulu..

Sunday, September 13, 2009

Teringat Iklan lama2

Iklan Raya 2000
Jangan ragu2 dalam setiap gerak hati.



Walau sesibuk mana pun kita... bantu mereka yang memerlukaan.. jangan hampakannya


______________________________________________________
Pengorbanan ayah tidak terhingga mencari rezeki untuk anak2. dan tanamkan sifat pemurah dikalangan anak2




Hargailah orang tua kita sementara mereka masih bernyawa

Saturday, September 12, 2009

teringat iklan2 raya lama



Cukup memberi kesan kepada kita.... teringat insan yang tersayang yang telah meninggalkan kita..

Tuesday, September 8, 2009

Suasana Aidil Fitri


Puasa belum lagi sampai separuh jalan... suasana hari raya telah menyerang sekolah abiey..
Kain, Biskut, Kad Raya dan sebagainya ada di dalam bilik guru.. banyak pilihannya..
bukannya apa semangat aidil fitri...

Selamat Hari Lebaran yang bakal menyusul... Maaf dipinta dari semua blooger dan kawan2 yang menjenguk laman blog abiey yang tak seberapa nih.. ampun maaf dipinta