nuffnang

Sunday, January 30, 2011

Islam dipermainkan.... Umatnya masih leka


Dikesempatan abiey bercuti nih.. masa banyak diperuntukkan untuk melihat dan membaca blog2 yang berkaitan dengan isu semasa... Rasa tersentuh dihati apabila melihat gambar2 kalimah Allah dipermainkan, rasa macam terhina sangat.
Yang menjadi persoalan ini ialah umat Islam sedunia kini yang masih hanyut dengan kemewahan dunia dan tidak memikirkan satu cara untuk melawan kuasa besar yang selalu menekan umat Islam. contohnya Yahudi Laknatullah... yang masih utuh bertapak di bumi palestine... tiada satu kuasa Islam pun yang bangkit...... betapa lemahnya Islam yang kini gah dengan kemewahan Abu Dhabinya....... dan banyak lagi..

Di Malaysia... asyik bercakaran sesama sendiri.... perjuangkan idea masing2 sehingga dipinggirkan tugasan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.. Kita hanya mampu melihat dan tidak mampu bertindak.. kita hanya mampu mengata dan tidak mampu mengota apa yang di kata.. Kita hanya mampu melihat anak remaja kita hanyut tapi kita tidak mampu menyediakan bahtera yang ampuh untuk mereka..

Ayuh Umat Islam.. kita selamat kan bumi Islam ini dari yahudi laknatullah..

Semangat sikit pagi nih....
Disini abiey lekatkan beberapa gambar yang menghina Islam..


Kasut Sukan yang tertetra nama Allah. Ini kebetulan atau disengajakan?


Kerja orang yahudi laknatullah


Apa motif mereka membuat tatoo tulisan Basmalah di badan mereka..

Gambar diedit untuk merenmdahkan martabat umat Islam..

Selain kerosakan akhlak umat Islam sendiri kesempatan ini digunakan oleh musuh Islam untuk menghina dan menjatuhkan maruah Islam.

Tempat suci Umat Islam dipermainkan... jika tempat suci agama selain agama Islam diperlakukan begini... adakah mereka berdiam diri?... sudah tentu tidak... ? fikirkan

Naskhah Al-Quran dimasukkan dalam tandas..


Ayat Kursi dilukis dibadan.. azimat ke?

Inilah penghinaan yang perlu kita tangani.. perkukuhkan ukhwah pertingkatkan silaturrahim pereratkan perpaduan insya ALLAH musuh Islam akan gentar...


Monday, January 24, 2011

Chong Wei juara Terbuka Malaysia

Chong Wei juara Terbuka Malaysia


KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Saturday, January 15, 2011

Filem seram dan anak2.

Seronok apabila melihat perkembangan industri filem di negara kita kian pesat dan panggung2 dipenuhi dengan penonton. Tahniah kepada karyawan negara yang mengutip RM jutaan bagi filem mereka.
Namun demikian.... di pentas dunia yang serba maju ni.. kita banyak disogokkan dengan filem2 tahyul dan juga ada sedikit sebanyak yang boleh menggugat aqidah dan keimanan anak2 yang masih mentah tentang keagamaan. dari tidak tahu kepada tahu, dari berani kepada penakut... hinggakan nak masuk tandas dalam rumah pun berteman..
Besarnya pengaruh filem seram ni....

Ni dikatakan musim filem seram....
Zaman Abiey dulu2... banyak filem berunsurkan perang Siri Combat dan sebagainya melekat di jiwa... Bila nak meningkat remaja... filem cinta.... dewasa dengan filem aksi.. dah nak masuk usia tua nih... filem hantu....
Ni dikatakan rencah kehidupan
sama dengan hidup kita......





Bagi ibu bapa... pantau anak2 bila menonton filem ni..... bersedia menemani mereka di bilik tidur dan tandas... Jawab soalan mereka mengenai babak2 dalam filem tersebut... selitkan keagamaan supaya akidah tidak terpesong.... Ambil iktibar dan pengajaran dari filem tersebut serta beri penjelasan yang baik kepada mereka..



Tuesday, January 11, 2011

Tazzkirah Ringkas Celcom



22/2/2010

Fikir mati itu adalah berfikir bg menyediakan diri utk kembali kpdNYA dgn susunan kehidupan yang sentiasa utk menghadapinya.


23/2/2010

Fikir mati itu jg meangkumi penyediaan kpd barisan pimpinn, sokongan, pelapis & ekonomi agar apa yg ditinggalkan akan terus trlaksana sbg amal jariah.


24/2/2010

Jgn bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia slagi tak mengenali latar belakangnya krn itu adalah bermulanya segala dosa yg membawa kpd dengki & khianat.


25/2/2010

Hafallah kesemua cerita 25 para Rasul bersama sejarahnya. Di situlah tersurat masalah yang terkumpul di akhir zaman ini. Fikir-fikirkanlah.


26/2/2010

Jgn diri merasa rugi bila berbelanja demi utk mencari keredhaan Ilahi. Bermula wadah ilmu itu adalah dengan fikir yg penuh dgn pengjayatan dan bersedekah.


27/2/2010

Kenali malaikat dgn menghafal nama2 mereka berserta tugasnya. Sering2lah berbisik dgn mereka ttp awas! jgn terpedaya pula dgn bisikan syaitan.

Monday, January 10, 2011

Jenguk Kembali 2011

assalamualaikum
Kepada semua blogger yang dihormati
sudah lama tak menjenguk blog nih..
Kekangan masa untuk menulis
Aktiviti awal tahun masih belum stabil..
Insya Allah..
Akan dimulai kembali

Tak terlambat lagi
Diucapkan selamat tahun baru
Moga Allah Merahmati semuanya
dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..
Hidup aman dan harmoni
disamping keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan seluruhnya

Insya Allah ..
ketemu lagi...
terusa berceloteh..
hal keluarga, agama, dan macam2 lagi..
Insya Allah..