nuffnang

Monday, August 31, 2009

Rai Malam Merdeka 09

Sempena dengan menyambut hari kemerdekaan, abiey bersama dengan jiran tetangga membuat sedikit jamuan, nak buat agenda main mercun nampak macam budak2 sangat. Jadi plan untuk membakar ayam jadi menggoreng ayam. sebab baru minggu lepas membakar ayam. Budak2 kata cuba resepi lain pulak.
Abiey setuju aje... bukannya nak makan banyak pun hanya sekadar meraikan kemeriahan sambutan dan meraikan jiran-jiran.
Menu pada malam tuh
1. Ayam celup tepung
2. Udang celup tepung
3. Sotong celup tepung
4. Kerang rebus
5. Cendawan celup tepung.
Semua celup tepung... sebab guna tepung yang sama.... jimat kos..
Aktiviti malam semalam berakhir jam 2.45 pagi.. sambil2 tengok bolasepak.
Gambar tidak jelas kerana menggunakan handphone ( 1 mp ) tak ready ngan kamera.

Ni sebahagian daripada menu malam tadi

Best tak....

Acara makan... boleh tahan jugaklah.. kalau makan kat kedai kempis poket ditibainya.. bagus buat sendiri di rumah secara gotong royong..

Kumie dengan posenya sambil makan kerang rebus...

Imtienan Hari kelapan

Hari ni posenya bukan tidur lagi tetapi selepas tidur..
baru mandi dan bersolek sikit... ( pakai bedak ajelah )

selepas dipakaikan lampin dan pembalut perut, tengok matanya tuh.... bulat gote


cayang cayang cayang... udah wangi...
Inilah Imtienan......
hari kelapan kelahiran.



Saturday, August 29, 2009

Percubaan SPM 2009

Minggu hadapan 1/9/09 bermula percubaan SPM 2009. Abiey harap anak buah abiey di Maktab Sultan Ismail dapat melaluinya dengan jaya. Kuatkan azam dan bersungguh2 dalam semua perkara. Jangan mudah putus asa dan jangan "kenalin"

Segala persoalan sebelum percubaan bermula boleh diajukan kepada guru2 yang mengajar. Kami sentiasa bersama anda semua..

Tiada yang lebih membanggakan kami warga guru apabila melihat anak buahnya mendapat kejayaan... jangan anggap percubaan ni sebagai perkara enteng aje.. serius dan tumpukan sepenuh perhatian.. selamat berjaya..


Kertas ujian masih belum abiey habiskan lagi... malas pulak rasanya... esok sekolah dan lusa cuti balik... aduhhhh... sekejap aje rasanya cuti nih... kalaulah boleh cuti sepanjang bulan posa nih lagi baik... kan kan kan..
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@




Imtienan hari kelima... sambung balik... sebab dia bangun tidur.. nak tengok masa dia bangun tidur. amacam cun tak..
Hey member blooger.. imtienan disini... amacam pose imtienan nih ok tak?

Dipangku oleh maknya..



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@



Hari Keenam Imtienan
Boleh juga diambil masa imtienan jaga dari tidur, susah jugak nak ambil gambar masa dia jaga nih. Ni pun kejap aje..









**************************************************

Hari ketujuh Imtienan
Hari sunat mengadakan majlis bercukur, berakikah dan bertahniq. Tapi keadaan tidak mengizinkan kerana bulan puasa. cuma yang abiey boleh lakukan hanyalah untuk melakukan majlis bercukur. Majlis akan dilakukan pada pagi hari raya Insya Allah.
ni tengah merenggek hendak mendapatkan susu.. tunggu ye..

sedang menanti ......

Tidur kembali selepas neneng...
Tenggelam di alam mimpi yang indah..
Tersedar kejap... abiey snap skali lagi... pose terbaik rasanya..

Pejam celik pejam celik dah seminggu imtienan telah dilahirkan ke dunia. Seminggu jugaklah abiey duduk rumah mak abiey.. rumah abiey terbiar kosong..




Thursday, August 27, 2009

Kemerdekaan ke 52

Lagi 4 hari lagi untuk menyambut hari kemerdekaan. Merdeka Merdeka Merdeka...
Kalimat yang bersemangat dan mengambar jati diri umat manusia yang bergelar melayu.
Bukan senang untuk mencapai kemerdekaan, berbagai cabaran dan kesusahan yang dihadapi oleh datuk nenek moyang kita dahulu...
Kita generasi yang baru ni hanya tahun......
31 OGOS sambut merdeka... Isi dalamannya kita tak tahu...
Kita hanya tahu menyambutnya di tempat2 yang dikhaskan...
tapi kita lupa untuk menyedekahkan al-Fatihah untuk pejuang2 kemerdekaan..
Seronok juga kalau ada yang mendengar lagu dikir barat Cikgu Naim "Apa Erti Kemerdekaan"
Penuh dengan sindiran tajam untuk bangsa melayu yang alpa.
---------------------------------------------------------------------------

Imtienan hari keempat..
masih dalam keadaan tidur..
di ambil waktu pagi sebelum mandi





----------------------------------------------------------------
Hari Kelima
Juga waktu tidur...
Nanti akan diselitkan gambar selepas mandi....
saja nak tengok perubahan wajahnya....

Tuesday, August 25, 2009

Hari Ketiga Nik Zahierah Imtienan

25/Ogos/2009
Hari ketiga kelahiran Nik Zahierah Imtienan. Semakin teruja melihat gerakgerinya.. Semuanya geram melihatnya. al-maklumlah .. keluarga abieyb dah lama tak ada baby.. masing2 teruja.

Kakak sulong.... Amalin.. sedang memangku adiknya yang bongsu daun keladi

Masih teragak2.... ( gambar kurang jelas keranan menggunakan handphone )

Wajah di hari ketiga..

Menambah lagi ketembamannya...
hari ketiga kelahiran dan hari keempat ramadhan. Banyaklah bini abiey kena ganti...


Monday, August 24, 2009

Al-Hamdulillah Atas Segalanya

23/Ogos/2009
Tempat: Klinik An Nuur, Kubang Kerian
Masa: 2.39 petang
Isteri abiey telah selamat melahirkan anak yang kelima, Al-Hamdulillah syukur kepada Ilahi. Isteri selamat dan anak juga selamat. Kelahiran abiey sambut dengan sujud syukur. Moga anak yang dilahirkan ini neroleh hidayah dan rahmat daripada Allah dan menjadi Anak yang Solehah. Kalau solehah tu perempuanlah... berat anak semasa lahir 3.05kg.
Jam 5.30 petang anak dibawa pulang ke rumah mak abiey.. Mak lagi kena jaga.. Senang puasa2 nih.. Nak urus anak2 sekolah pun senang jugak..
Klinik An Nuur Kubang Kerian.

Anak keempat abiey sedang bermain sambil menunggu adiknya muncul....

Tepat jam 2.39 petang.. anak abiey lahir.. Ni gambar 10 minit selepas lahir.

Sebelum dimandikan dan dibersihkan... sempat berposing lagi....

Wajah kesejukan di dalam aircond..

Selepas dibersihkan dan apa lagi sikakaknya... dukung terus

Rehat kejap menunggu untuk dikhatankan

Tidur kejap.. 1 jam selepas dilahirkan

Tidur di bawah hawa panas... nyaman... 2 jam selepad melihat bumi bertuah ini.
Hari kedua..
Ada tanda kat atas dahi tu bukannya apa.. dia "tersedu sedu" kata orang kelantan..

Tidur dengan lenanya... jangan berjaga malam udahlah..
Kedatangan baby ni menyemarakkan lagi kasih dan sayang abiey dan memeriahkan lagi suasana rumah abiey dengan gelak dan hilai tawa anak2 perempuan.. Anak lelaki belum lagi muncul.... mungkin belum rezeki abiey.. next kelahiran barangkali...
Doakan agar anak2 abiey menjadi anak yang solehah..



Saturday, August 15, 2009

Pergi Tak Kembali






Al- Fatihah buat Penyanyi nasyid yang abiey kagumi... suaranya yang lunak mengalunkan nasyid, zikir dan tahmid akan menjadi ingatan dan kenangan buat abiey...

Walaupun tidak mengenalinya secara rapat tapi pernah bersama ketika abiey menceburi bidang nasyid di UKM dahulu..

Ada tunjukajar dan perangsang yang diberikannya akan disemat di dalam hati buat selama-lamanya. Alfatihah... Moga Rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman..


Juga Al-Fatihah Buat sahabat abiey ( Azman Mohamad ) Rantau Panjang yang kembali ke rahmatullah petang 14/8/09 Jumaat semasa bermain bolasepak.

Moga rohnya juga bersama dengan orang2 yang beriman




Wednesday, August 12, 2009

Mahalnya Penutup H1N1

Semalam abiey berlegar2 di sekitar bandar KB. Jam dah pukul 10.30 malam, anak2 kata cikgu suruh cari penutup hidung di sekolah nanti. Abiey kata pada mereka, mana nak cari tengah malam nih... maka bermula pencarian abiey..
berhenti di 7E dah habis jawapannya... semua 7E yang abiey kunjungi semua jawapan adalah sama.
Abiey terus ke bandar KB cari klinil 24 jam yang buka... maka terjumpalah satu klinik yang terletak hampir dengan kedai Kopitiam. Hajat dihati nak beli sekotak untuk kegunaan abiey juga. Bila ditanya harga satu untuk berapa. terkejut mendengar jawapan.... RM5.00 sekeping encik... berpinar biji mata.. nasib baik abiey tanya dulu. kalau terus beli.... RM100.00 pasti melayang.
Seingat abiey semasa jerebu dahulu.. abiey beli harga sekitar RM1.00 ke RM2.00. Mahal sungguh H1N1 nih...
Babi punya pasal... kalau selesema burung dulu habis ayam sereban dimusnahkan... seluruh negara diburu si ayam tuh..... loni babi kenapa tidak dimusnahkan????????????

Monday, August 10, 2009

Majlis Perkahwinan Izam dan Mulaiha

8/8/09 bersamaan 17/ syaaban/1430
Majlis perkahwinan adik Ahmad Zamzuri Deraman dengan Mulaiha Hj Musa di adakan di Rumah pengantin perempuan di Kampung Kota.
Majlis diadakan jam 11.30 pagi dan diakad nikahkan oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ( Menteri Besar Negeri Kelantan )
Adik bersama dengan Bapa Saudara. Adik Ipar Tuan Guru yang tinggal di Jerantut Pahang

Bergambar kenangan sebelum majlis bermula.

Adik abiey bersama dengan sepupu berborak2 menanti kedatangan Tuan Guru tiba.

Bapa saudara dan Sepupu di rumah pengantin perempuan sambil menunggu kedatangan Tuan Guru

Imam kampung Kota.

Kedatangan Tuan Guru

Tuan Guru disambut oleh pihak pengantin perempuan dan lelaki.

Majlis dimulai dengan khutbah nikah oleh tuan guru

Majlis akad nikah bermula

Tuan Guru sedang berkhutbah Nikah..

Wali pihak perempuan Hj. Husam Musa

Abiey dan abang abiey yang sulung Ustaz Zaki

Bersalaman selepas selesai majlis akad nikah, Lega rasanya........ abiey dan adik abiey.. Al-hamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sekali lafaz sahaja

Selepas majlis akad nikah...

Acara membatalkan air sembahyang

Pembawa barang hantaran... terdiri dari adik beradik dan mak saudara serta anak asudara

Sedang menanti isyarat dari pengantin perempuan.. tak boleh pakai serbu

Sedang berkumpul untuk memulakan langkah ke rumah pengantin perempuan

Mak saudara dari Shah Alam

Acara makan..
Mak saudara dari Besut Terengganu

Sepupu dari Besut terengganu

Adik beradik abiey sedang menjamu selera

Kekenyangan....

Bini abiey... makan banyak2 ye.. lepas nih terberanak tak leh nak makan dah... kena berpantang

sedap tak terkata..

Anak saudara bersama ngan mak saudara

Sedang melayan cucu..

Kembar bini abiey...

Selepas menjamu selera sambil menunggu masa untuk bertemu dengan pengantin

Anak-anak buah yang seronok apabila time bergambar

Adik bersama dengan anak buah.

Posing di kerusi pengantin...

Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

Abiey bersama keluarga bergambar bersama pengantin

Bergambar bersama adik beradik

Adik abiey bersama dengan abangnya

Pose dari pengantin

Rakan pengantin perempuan dari Taiping Perak

Bersama rakan abiey dari Maktab Sultan Ismail ( SIC )

Ustazah Rihannasim ( Kakak Pengantin Perempuan ) Sedang memerhati barang hantaran bersama dengan Ustazah Mazuraini

Anak buah pengantin perempuan

Barang hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

Barang hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Rakan dari SIC

Adik bersama dengan pengantin

Bini abiey.. sedang menunggu untuk pulang

Persediaan untuk menyambut menantu pulak...

Bukan nak makan lada aje.... ni untuk sambal

Esoknya adalah majlis menyambut di rumah mak abiey pulak....
Terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam majlis perkahwinan nih... abiey sungguh terharu kerana majlis ni berjalan dengan meriahnya..