nuffnang

Sunday, April 25, 2010

Ganu kito... Batu Buruk Beach Resort

Lawatan Persatuan Agama ke Terengganu bersama ahli persatuan mendapat sambutan yang menggalakkan. Abiey bersama dengan Ustazah Fitriyyah sebagai guru pembimbing bersama-sama mengunjungi tempat2 yang menarik di Kuala Terengganu. Tempat yang semestinya dilawati ialah Pulau Wan Man.... Taman Tamadun Islam...
Lawatan dan Rehlah rehat minda berlangsung 2 hari 1 malam.. Suka juga lihat gelagat pelajar2 yang terlepas sementara daripada buku dan nota...


Sebahagian aktiviti ketika berada di terengganu. Insya Allah tahun depan kita lawati tempat lain pula.. Terima kasih abiey ucapkan kepada semua pelajar dan ustazah yang memberi kerjasama yang terbaikk..



Saturday, April 24, 2010

Tok Bali... ( Sweet Beach Resort )


Sepanjang minggu lepas abiey terlibat lagi dengan program Cluster School di Tok Bali..
Sepanjang 3 hari 2 malam abiey bersama dengan rakan-rakan berada di sana.

Aktiviti yang dijalankan adalah yang berkaitan dengan matematik dan cara untuk memahami mate dengan mudah. Abiey ditugaskan sebagai Penolong Kem Komanden dan memantau serta mempastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.


Antara program yang dijalankan di Sweet Beach Resort..
Program berjalan dengan lancar.



Sunday, April 11, 2010

Kem Bahasa Inggeris di Taman Santuari PERGAU

Minggu ini abiey terlibat dengan aktiviti pelajar ( Pemimpin Pelajar SIC ) di Taman Santuari Pergau. Seramai lebih kurang 70 orang pelajar terbabit dalam program tersebut. Antara pengisiannya ialah memperkasakan Bahasa Inggeris dikalangan pemimpin pelajar sekolah abiey

Program berlangsung selama 3 hari dua malam. Abiey hanya sebagai juru foto sahaja dan banyak masa juga dihabiskan dengan memancing di tasik pergau. Walaupun tidak dapat ikan... bolehlah menimba pengalaman memancing.. kerana sebelum ini abiey tak pernah memegang batang pancing tuh ( joran ).


Antara aktiviti yang dijalankan di sana... al-Hamdulillah perjalanan berlangsung dengan lancar..
Semoga program ini memberi manfaat yang besar kepada pelajar.



Wednesday, April 7, 2010

Sekadar Renungan

Doa:

اللهم أحينا بحياة العلمأ وأمتنا بموت الشهدأ واحشرنا فى زمرة الأوليأ وأدخلنا الجنة مع الأنبيأ

Maksudnya:
Ya Allah! Ya Tuhan kami. Hidupkanlah kami dengan kehidupan para ulamak, matikanlah kami dengan kematian para syuhada', hidupkanlah kami di padang mahsyar bersama wali-wali dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para anbia'.


Amalkanlah doa ini agar kehidupan kita akan menjadi tenang dan mendapat kerahmatan daripada Allah, Segala kesugulan dan kerungsingan akan hilang dari hati kita.

Segala amalan yang dilakukan mestilah dihindari daripada sifat riak ( menunjuk-nunjuk ). Riak adalah syirik kecil yang dapat menghapuskan amalan kebajikan seseorang.
Ingatlah ilmu dan amal saling melengkapi. Ilmu tanpa amal sia-sia. Amal tanpa ilmu gila. Tanpa ilmu dan amal binasa...


والله أعلم بالصواب

Tuesday, April 6, 2010

Sekitar aktiviti Cuti Keputeraan al-Sultan Kelantan

Sempena dengan cuti Keputeraan Al-Sultan Kelantan, abiey bersama dengan keluarga bercuti ke ibu kota Kuala Lumpur. Sambil bercuti abiey pergi melawat mak saudara di Semenyih. Perjalanan abiey dibantu oleh GPS yang menunjuk arah... moden sungguh zaman sekarang. kalau dulu terkial2 mencari arah untuk sampai ke destinasi.. sekarang ni... mudah aje..

3 hari berada di semenyih... abiey memenuhi keinginan anak2 untuk bercuti dan juga meronda sekitar Semenyih dan juga Nilai. kalau sebut pasal Nilai... mestilah ...... menghabiskan fulus... kain untuk raya... raya mana?????

Disini abiey terjemahkan percutian abiey dalam bentuk foto..

Imtienan dan aufa ...

Isteri abiey melayan kerenah sikecil nih.. sementara kakak2nya sedang bermain air di kolam renang

Baru 7 bulan..... dah pandai bergaya yeee..

Mak Saudara bersama dengan Imtienan

Lihatlah gelagat anak2 dan juga anak sepupu nih... gembiranya bila bermain air di kolam yang tidak ada pengunjung lain... hanya kami sekeluarga sahaja yang ada.. pulun habis...

Aksi stunt Amalin

Adriana
teruja bermain hinggakan tak mahu ke sekolah... ambil cuti hari tu...

Suasana Kolam yang lengang tanpa pengunjung lain

Lagi aksi anak2 bermain

Hanya mereka sahaja

Membawa anak ke UKM mengingati semula tempat menimba ilmu dahulu... terasa rindu pulak dengan suasana di kampus

Dulu masa belajar tak ada pulak gambar depan pintu pagar utama UKM nih... tapi bila dah lama tinggalkannya rasa nak mengabadikan gambar di hadapan pintu utama ni..

Isteri abiey bersama adik dan juga mak saudara


Dulu...... hanya berdua sahaja... sekarang... haaaa dapat ijazah 4 lagi... setelah 15 tahun meninggalkan bumi UKM nih..

UKM tetap gah di antara universiti di Malaysia

Hari pertama dan hari terakhir ketika belajar di UKM
Masa mendaftar dan juga masa terima ijazah

Bergambar kenangan di hadapan Dewan Canselor ( DECTAR )

Masjid UKM tempat abiey mengabdikan diri ketika belajar dahulu..

Adik abiey bersama dengan anak2 abiey ketika menuju ke Perpustakaan Tun Sri Lanang

Perpustakaan Tun Sri Lanang yang banyak memberi sumber ilmu kepada abiey.. tempat study sepanjang berada di UKM

PUSANIKA.... tempat lepak selepas kuliah.....
Dulu masa belajar tak ada kedai ni.... nak beli cenderahati abiey ke kedai UNIKEB.
Sekarang ni di UMART

Kamsis Dato Onn 1, tempat abiey tinggal selama 4 tahun
Jodoh pun di sinilah...bertemunya...

Membawa anak bermain di fun fair...
Abiey pun kecut perut nak naik benda ni... tapi anak2 abiey selamba aje,

Tengoklah si Aisha tu..... rileks aje

Aufa juga tidak mahu lepas peluang...

Semua permainan nak dicuba... tak menang poket melayan kerenah anak2 nih... 1 token RM2.oo boleh tahan jugak..


Sepanjang cuti hari keputeraan nih... abiey habiskan masa di luar kelantan. Dah lama rasanya tak bawa anak2 makan angin.. cuti-cuti Malaysia
Satu cara merapatkan hubungan di antara anak2 dan juga kaum keluarga yang berada di perantauan. Lupa sekejap pasal alam persekolahan dan kerja.... rehat minda sejenak...