nuffnang

Thursday, July 30, 2009

Gambar Sekitar Kejohanan Bolasepak Premier dan Bengkel Teknik Menjawab PMR dan SPM

Aksi Pelajar SIC ketika menentang pasukan Sultan Sulaiman Terengganu

Perlawanan antara kedua pasukan seri 3 - 3
Kata Perangsang oleh juru latih dan PT Kota Bharu

Selepas perlawanan

Guru yang terlibat dengan bolasepak bersama dengan abiey... korbankan hari minggu demi tugas

En. Mohd Noor di bilik rehat Asrama SMK Tengku Mahmud


--------------------------------------------------------------------
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR dan SPM

Penceramah ustazah Husniyyah dari SMK Long Gaffar

Peserta Lelaki... hanya 1/4 daripada peserta wanita

Peserta wanita yang mendominasi dewan wawasan PPD KB

Orang yang bertanggungjawab semasa bengkel berjalan
kak mah Unit Pendidikan Islam

Penyelaras Bengkel Ustazah Hjh. Nik Zulina
terimakasih memberi kepercayaan kepada abiey untuk sama2 menyertai bengkel ini.


Program PAI dan bola sepak

Minggu ni Abiey terlibat sepenuhnya dalam program bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM dan PMR serta Tasawwur SPM. Program ni berjalan dari 29 hingga 30 Julai 2009.
Abiey hanya ditugaskan sebagai fasilitator untuk kedua-dua kertas PMR dan SPM.
Abiey pun bukan mahir sangat tentang hal2 ni.. cuma dahulu terlibat sikit dengan penggubalan soalan peperiksaan LPM di Kuching Sarawak. Pengalaman memeriksa kertas tak ada... malas rasanya nak mengadap kertas peperiksaan.
OKlah... nanti abiey masukkan gambar peserta program.
Program seterusnya bolasepak bawah 14 tahun SIC. Abiey sebagai pengurus pasukan dan kejohanan ini berlangsung di SMK Teknik Tanah Merah bermula 30 hingga 1 Ogos. Bermaknanya hujung minggu ni tak ada kat rumah lagilah. Minggu lepas abiey terlibat dengan bolasepak premier cup di Besut Terengganu. Bini pun dah asyik mengomel doh... buku anak2 tak sempat belek.
Lepas ni kena berentilah... bini pun dah sarat doh tunggu hari nak bersalin..
Doa2kanlah untuk abiey dan keluarga ya...

Thursday, July 23, 2009

Terimakasih Rakan Blooger

Assalamualaikum...
Pertamanya...
Abiey ucapkan terima kasih di atas respon untuk meletakkan nama bakal manak abiey yang akan lahir nanti.. Memang susah jika tak spare awal2 nama nih. nanti bila lahir nak isi terus borang permohonan surat beranak. Dalam Islam sebagusnya letakkan nama pada hari ke tujuh "sunat" bersama dengan majlis akikah atau majlkis "tahnik", Kalau orang kelantan, majlis tahnik biasanya dibuat semasa bercukur. Tapi zaman mutaakhir ni, bukannya dikira sangat dengan syariat Islam... Pakai redah aje.. Abiey seboleh2nya nak ikut sunnah dan ambil pahala sunat.
Hari ketujuh untuk menamakan anak dan juga majlis akikah ada terkandung di dalam hadis Rasulullah:
Rasulullah s.a.w. bersabda :Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak".
Sempena dengan itu juga hendaklah didoakan anak supaya anak dilindungi daripada hasutan syaitan contoh doanya ( maksud doa ) ialah:
Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Bukannya abiey nak bertazkirah hanya sekadar nak berkongsi dengan sahabat blooger.. Gandingan yang abiey dapati dari teman dan rakan blooger dan masih dalam pertimbangan:
1. Zahirah Imtinan
2. Zuhriyyah Iftinan..

Friday, July 17, 2009

CADANGAN NAMA ANAK PEREMPUAN

Masa awal mengandung dan hingga 7 bulan dan sekarang 8 bulan, ramai yang abiey jumpa, orang tua, mak bidan, orang berpengalaman mengatakan kandungan isteri abiey anak lelaki..

Haaaaa... seronok abiey bila diberitahu begitu.. Tak nak scan/ultra sound takut menghampakan..
Minggu lepas rutin isteri ke klinik dan doktor buat ultra sound untuk melihat kedudukan anak dalam kandungan. Sebelum tuh, kandungan isteri abiey urinya di bawah. tu berlaku pendarahan. Lepas scan.. jantinanya PEREMPUAN.
Abiey kata alhamdulillah janji sihat. Apa2 pun itu ketentuan Allah. Rasa jugalah dalam hati hampa... kena terima qada' dan qadar Allah.
Ni nak minta tolong rakan blooger cari/suggest nama untuk anak abiey nih.. Kalau lelaki dah ada dalam simpanan. Perempuan tak ader lah pulak.
Gabungannya Z...... dan I....... Boleh kan...
Tentu rakan blooger ader nama2 yang sesuai ataupun tanya orang alim dikalangan rakan blooger.. Pak Man mesti ada punya..

Kad Ucapan Ilham anak2 abiey

Nilah coretan anak2 abiey sempena dengan hari lahir abiey...
ada yang menyentuh perasaan bab jarang berada di rumah..
maklumlah abiey ni sentisa berada diluar kawasan.. mengalahkan guru sukan. semua benda abiey kena pikul.. nilah nasib guru zaman mutaakhir nih..






anak2 segala2nya buat abiey..
terima kasih anak2 dan isteri tercinta..
nanti kita celebrate ye





Thursday, July 16, 2009

My Birthday... ke ..

Abiey bangun seawal pagi hari ni... nak tunggu bini dan anak2 ucapkan kalimah tuh... tapi hampa... masing2 sibuk ngan rutin harian ke sekolah...
Anak abiey yang pertama tak dapat ke sekolah kerana Sakit Mata.. Semalam dah ke klinik dan dapat MC.. Jadi terpaksa bergegas hantarkannya ke rumah nenek mereka manakala si bongsu daun keladi ni tak mau juga ke sekolah katanya nak menemani kakaknya..
Bergegaslah abiey pagi tuh... Bini pulak matanya dah nampak nak kemerahan juga.. tapi nak juga ke sekolah. Mungkin sebab tu lah tak sempat nak ucapkan selamat untuk abiey..
Abiey lewat ke sekolah hari ni.. lebih kurang jam 7.40 pagi baru sampai... Hati masih teringatkan anak dan bini yang sakit mata tuh.. Lebih kurang jam 9.15 pagi bini telepon katanya matanya makin parah.. dan sempat juga dia mengucapkan Happy Birthday Honey... yesss.. besar rasanya hati nih..
Isteri abiey bukannya tak ingat tapi suasna kelam kabut pagi tuh.. tak teringatlah dia nak ucapkan..
Balik sekolah abiey ambil isteri dan anak tengah.. Kena serangan sakit mata juga rupanya.. esok ( hari ni ) khamis terpaksalah mereka di kurantinkan di rumah, abiey sorang sajalah ke sekolah.
Malamnya abiey bertugas warden di asrama.. hingga jam 11.00 malam.
Balik dari bertugas abiey terpandang kad yang dibuat oleh anak2 mengucapkan selamat hari lahir. Thanks anak2... tanpamu anak2 dan isteri... hilang seri dunia ni.....
Walaupun tak berkesempatan nak celebrate kat mana2 dek kesibukan tugas... mereka tetap di hati... walaupun dalam sehari hanya beberapa detik aje bersama.. abiey tetap sayangkan kamu semua...
Nanti abiey masukkan kad yang dibuat oleh anak2. Cable camera tertinggal di sekolah.. Insya Allah esok pagi2 lagi abiey masukkan..
isteri dan anak2 adalah segala2nya bagi abiey.. I Love You....

Wednesday, July 15, 2009

Bakal Menjelma

MPV muncul lagi... lagi banyak pilihan untuk pengguna lebih2 lagi untuk abiey yang sedang mencari2 MPV mana yang termampu abiey miliki.
Kemunculan banyak jenis dan model ni menimbulkan keghairahan rakyat untuk memilih, bagi abiey wait and see aje..
Kemunculan yang hakiki yang abiey tunggu sekarang ni ialah anak ke 5 abiey.. dijangka bulan lapan ni.. awal bulan..
alamatnya kena ganti puasalah bini abiey sepanjang sebulan ditinggalkan.
Tak sabar rasanya... kalian doakan agar kesihatan dan keselamatan untuk abiey, bini dan anak2 abiey ye.. Mudah dan tidak menyulitkan ketika bersalin nanti.

Rupa MPV Perodua baru... 1.5cc.

Dalamannya boleh tahan

Sesuai untuk keluarga yang sederhana
Abiey kena tengok budget dulu

Macam Naza Citra 2


Kerusi memuatkan 7 orang.. keluarga abiey cun2. sorang satu seat

Model dari toyota passo..

Ni setiap kali keluar keluaran atau model baru.. hati tertarik..
tapi bila dah keluar.... senyap aje..
tak buat apa2... putih mata aje..
Yang Pastinya.... Abiey akan menimang cahaya mata bulan ogos ni..
Insya Allah selamat segala2nya




Thursday, July 9, 2009

Bengkel Penggubalan Soalan PRA SPM PPD KB

Abiey terlibat ngan Bengkel Soalan Ramalan Pendidikan Islam PMR dan SPM. Program ini di adakan di PPD Kota Bharui dibawah penyeliaan Nik Zulina ( ketua penyelaras )

Bengkel selama 3 hari ini adalah untuk menghasilkan set soalan ramalan untuk Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Tasawwur SPM dan PMR 2009.

Abiey bersama ngan ahli kumpulan bagi soalan kertas 1 SPM..
Moga soalan yang dijana akan keluar dalam peperiksaan nanti

Kumpulan bahasa Arab PMR yang turut diwakili oleh rakan abiey dari sekolah yang sama. Ustazah Mazuraini. Pakar2 bahasa Arab semuanya nih.

Bengkel ni di pantau oleh boss Unit Pendidikan Islam Ustaz Fakrurazi.
Beginilah suasana masa bengkel tuh..
macam-macam cara dan reaksi dapat dilihat

Masing2 sedang membuat analisis bermula dari tahun 2006 dan keglamouran soalan.

Ni team abiey. sempat posing lagi. kami kekurangan ahli iaitu kak Raihan

Team kertas 2 PAI SPM, begitu tekun membuat analisa

Ustazah mazuraini bersama ngan ahlinya

Semua peserta sedang khusyuk dan bersama ngan komputer peribadi masing2. Dah canggih dah ustaz dan ustazah loni.

Melihat soalan yang menarik perhatian mereka

Dengan program ni sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mendapat keputusan yang memberangsangkan. Tahniah untuk semua yang terlibat.




PENGUMUMAN

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini sila contact 013-9861383 ( Nik Zulina)/0139328515 ( abiey ) atau sms nama dan alamat untuk mendapatkan buku-buku ini. Harga sebagaimana di bawah dan pos adalah PERCUMA !!
RM 5.50 sebuah - POS PERCUMA !!!
RM 3.80 sebuah . POS PERCUMA !!!
RM 4.50 sebuah . POS PERCUMA !!!
Buku-buku Latih Tubi ini adalah hasil usaha bersama para JLU Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu untuk meningkatkan peratus kecemerlangan 1A dalam Pendidikan islam dan Tasawwur Islam serta meningkatkan lagi kualiti kecemerlangan di kalangan pelajar di sekolah-sekolah di Kota Bharu khususnya dan di seluruh Malaysia umumnya.Antara kelainan isi kandungan buku ini berbanding dengan buku yang lain ialah: - Teknik menjawab soalan Pendidikan Islam untuk PMR dan SPM disediakan- 3 Set Soalan Latih Tubi berkonsepkan ramalan peperiksaan 2009- Jawapan yang tersusun, lengkap dan mudah di rujuk oleh pelajar- Sisipan Latih Tubi Jawi dan Tajwid untuk memahirkan pelajar dalam bidang tersebutHarapan kami semua agar buku-buku ini dapat membantu pelajar semaksima mungkin untuk skor 1A Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam tahun 2009 - Insya-Allah












Wednesday, July 8, 2009

Islam ke........ MJ

Abiey terpanggil untuk mengkisahkan penyanyi yang terkenal seantero dunia ni..
Micheal Jackson/Mikaeel Jackson...
Bermula dengan kulit hitam dan akhirnya menjadi putih melepak...
yang membawa banyak perubahan kepada muzik barat.. Abiey juga suka ngan lagu2 nya di zaman sekolah dulu. minat ajelah dengan melodinya dan gaya lincah si Michael ni..
Persoalannya.. beliau telah meninggal dunia... persoalannya Islamkah dia atau masih dengan agama asalnya.
Kalau siaran TV di negara kita terdapat keraguan untuk menyebut mendiang atau allahyarham.
Bagi Abiey, Jika Michael menjadi Mikaeel al-Hamdulillah....
Moga Allah mencurahkan kerahmatan ke atas rohnya.. Amin..

Sedikit gambar Mikaeel

Zaman awalnya selepas Jackson Five

Bertukar sedikit rupanya

Masa Billy Jean

Keglamourannya memuncak

Zaman banyak skandal

Ketika keTanah Arab
Memakai jubah......

Ni... Mikaeel

Kematiannya.....
Detik 1.10 pagi abiey menonton siaran langsung di Staples Center melalui siaran 8TV
Pengkebumiannya secara tertutup
Jika Islam si Michael tuh..
Ku hulurkan al-Fatihah
Jika tidak
Bertafakkur sejenak..
كل نفس ذائقة الموت
"Setiap yang hidup pasti akan menemui mati"


In Loving Memory of
Michael Jackson
1958 - 2009

Monday, July 6, 2009

Penamaan Calon MU



PILIHLAH PAS
MOHD FAUZI BIN ABDULLAH

Hari ni merupakan penamaan calon DUN Manik Urai.. Abiey terpanggil untuk menulis tentang pilihanraya kecil DUN manik Urai. Bukan nak bercerita tentang mana2 parti, bukan nak menyokong mana2 parti sebab pada pandangan abiey, kedua2 calon merupakan orang Melayu dan Islam. Cuma dari segi pegangan dan prinsip bergantung kepada individu dan perti yang mereka pilih. Bagi penduduk Manek Urai ( MU ) nak tak nak pun mesti berjiwa keIslaman dan juga keakraban dengan penduduk, itulah yang dipilih. Contoh yang nyata ialah Arwah Pak Su Will. Yang dikenali oleh semua lapisan penduduk. Dengan sifat kecaknaan dan kemesraan dengan penduduk.

Di sini abiey cuba mengupas sedikit senario penduduk MU. Abiey merupakan penduduk Manek Urai ( Keluarga Mertua ) yang sentiasa melihat keadaan dan pertumbuhan aktiviti ekonomi. Rata2 penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah, peneroka dan segelintir yang bekerja sendiri. Bagi generasi kedua yang telah berubah dengan bekerja sebagai pegawai kerajaan dan sebagainya.

Perubahan demi perubahan dapat dilihat dari hari ke sehari. Bukannya untuk mengangkat satu parti tetapi realitinya... kita perlu kepada pembangunan material dan rohani. Biarlah ia selari dan tidak dilihat berat sebelah.

Kepada calon2 yang terlibat dengan pilihanraya ni? Jagalah kebajikan rakyat terutama di MU. Jangan waktu ni sahaja kita menjenguk dan memberi dan sekelian hulubalang negara turun. Selepas ni MU tetap seperti MU yang dahulu. Janji-janji yang ditaburkan biarlah dilunaskan walaupun ditakdirkan kalah dalam pilihanraya ni. MU tetap mahukan pembangunan. Jangan pembangunan hanya sebulan dua nih sahaja.



Thursday, July 2, 2009

Hari sama berganti hari

Minggu ni banyak sangat perjumpaan dengan ibu bapa pelajar. Masalah pencapaian dalam pelajaran ketika peperiksaan pertengahan tahun.
Perjumpaan pertama pada hari Selasa, abiey ditugaskan untuk e-backdrop. Al-Hamdulillah dapat abiey lunaskan tugas abiey dengan sempurna. Namun kelas abiey kena tuang lagi... guru ganti tidak diatur... kalau nazir datang waktu tu... kantoi abiey..

Hari Rabu juga ditugaskan dengan tugas yang sama, menjadi pereka e-backdrop dan juga tukang doa. Sepagian di dalam dewan, kelas semuanya hancurrrr.. tak masuk.. Pelajar asyik tanya. Abiey terpaksa menjelaskan kepada mereka dengan baik. Mereka faham dan semuanya masuk bilik sumber sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh abiey. Kali ini Perjumpaan dan penyerahan slip peperiksaan pertengahan tahun pelajar SPM. Kaunter yang dibuka semuanya penuh kecuali Subjek abiey Pendidikan Islam. Zaman globalisasi nih... agama terpinggir agaknya. Subjek Sains dan lain2 subjek semuanya mendapat perhatian ibubapa.. ni lah zaman yang dikatakan penghujung nyawa......... Dunia hampir kiamat...... Agama tidak dititikberatkan..
Bila bercakap isu2 yang berkaitan agama semuanya menyampuk.. kononnya alim.. hakikatnya seperti tong kosong.. cakap lebih... ilmu tak ada....

Hari ni pun kena tugas yang sama.... Perjumpaan ibubapa STPM. semua pelajar aliran sains. abiey hanya tukang baca doa dan e-backdrop shj.
Kelas... lagi sekali masa tersebut dituang... Nasib kelas abiey yang satu nih terbaik di sekolah abiey.
Mereka tahu berdikari, tahu membawa diri dan tahu memanfaatkan waktu yang terluang dengan menyiapkan kerja-kerja mereka.. terimakasih anak2 ku yang memahami tugas ku ini. thanks... Moga kalian maju jaya dan cemerlang dunia dan akhirat