nuffnang

Thursday, May 28, 2009

Cuti Bermula

Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama. Rasa teruja jelas kelihatan diraut wajah pelajar2 tambahan lagi untuk form 1 , 2 dan 4. Mereka boleh pulang terus pada petang nih. Amat kelat bagi pelajar kelas peperiksaan kerana mereka kena stay lagi hingga hari Ahad. Mereka terlibat dengan kelas Golden Holiday.

Cikgu2 pun nampak manis muka semuanya. Lebih lagi keterujaannya daripada anak murid. Bagi yang terlibat dengan golden holiday, sama jugak ngan pelajar2 tadi..... masam mencuka. Bagi yang tak beres ngan kertas peperiksaan juga begitu juga.

Jadual yang bakal ditempuhi untuk musim cuti abiey
* Habiskan memeriksa kertas peperiksaan
* Bertugas di padang SIC untuk Sukan MSSM ( Bolasepak)
* Bawa anak jalan2
* Ke Langkawi untuk lawatan Pelajar Asrama
* Kenduri kendara ( lebih dari 15 jemputan )
* dan banyak lagilah..

Wednesday, May 27, 2009

Situasi Peperiksaan MSI

Suasana Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung di sekolah abiey sekarang menyajikan suasana dan panorama yang menarik.
Panorama yang mengambarkan pelajar-pelajar yang tidak bersedia menghadapi peperiksaan.
Gambar ni bukan niat untuk menjatuhkan dan memburukkan mana2 pihak, hanya sekadar melahirkan rasa terkilan pelajar2 abiey yang menghadapi peperiksaan. Markah masing2 mau yang gempak punya tapi persediaan hampeh.

Abiey selalu cabar pelajar abiey... Cuba buat "kejutan dan perkara yang diluar dugaan" supaya sama2 dapat membanggakan maktab yang disayangi ini.

Jadikan maktab sebagai Sekolah Kluster Pertama di negeri Kelantan. Biar gempak dengan kecemerlangan dalam pelbagai segi. jangan gempak ngan kemeruduman prestasi dikalangan sekolah2 kluster.

Suasana di awal peperiksaan. Masing2 menumpukan perhatian dengan membaca soalan yang dikemukakan.
Jawapan yang disediakan oleh salah seorang pelajar

Ni dah tersungkur..... Kertas Bahasa Inggeris 2 dalam buaian dan lenaan

Hanya sekadar hiasan...Tak leh jawab baik tidur...

Bukan semua lentuk... hanya segelintir sahaja.. yang segelintir inilah akan kita benteraskan...


Dikejutkan ... bangun sekejap... lentuk balik... kejutkan kembali..... bangun dan basuh muka kat tandas... lentuk balik.... begitulah



Tuesday, May 26, 2009

Ragam menduduki peperiksaan

First
masuk je dalam kelas, abiey bahagikan kertas soalan. semua pelajar membelek2 kertas soalan. yang menghairankan ada lagi yang masih terpinga2 ngan kertas soalan

10 minit pertama semua pelajar ok. tak banyak kerenah. terus menjawab soalan. ada dua tiga kerat yang tak tahu nak buat apa. asyik merenung kertas soalan, tak tahulah samada tak tahu nak mula atau tak nak mula langsung.

20 minit seterusnya. ada yang dah mula membuta dan mengisi tabung tahi mata. Selesa sungguh mereka, cikgu bagai nak rak mengajar dan menyediakan soalan, mereka buat tahi mata pulak. Ni yang melemahkan semangat cikgu2 dan mereka hanya ambil sikap sambil lewa sahaja.

1 jam berlalu makin ramai yang terkulai layu dan jatuh tersembam muka kat meja dengan diulit mimpi yang indah. Abiey yang sedang mengawasi cuba membangunkan mereka, aaahh mereka buat tak tahu aje.. Ni yang menguji kesabaran abiey nih...

Masa peperiksaan berlangsung selama 2 jam. satu jam dah dihabiskan dengan jayanya ( tidurlah ) menunggu 1 jm berikutnya. Abiey dah mula meninggikan suara,, bangun dan jawab soalan yang disediakan. Di sini ada yang bangun dan ada yang masih melayan mimpi yang indah

30 minit sebelum tamat peperiksaan...
Abiey mengejutkan lagi pelajar yang tidur. Mereka bangun dan dengan muka yang selamba menanyakan abiey " Dah habis masa ke ustaz?" inilah soalan mereka. mereka bukannya nak menjawab tapi nak keluar awal.

Nilah penyakit yang abiey tempuh. Membaca malas tapi nak markah tinggi. Itulah anak murid abiey ketika mereka menduduki peperiksaan.. bila time peperiksaan dalaman, mereka buat sambil lewa sahaja Hinggakan susah bagi cikgu untuk target mereka.

Bila lepas periksa... belum pun beberapa jam dah tanya bila nak periksa. Bukannya nak tanya soalan yang dijawab sebentar tadi betul ke tidak betul. Nak markah awal dan bila diberi masa menjawab mereka tidur,
Adusssss ,, terimalah apa2 pun.. itulah nasib cikgu dari kini hingga selama2nya.

Saturday, May 23, 2009

Periksa dan Kertas Periksa

Bermula peperiksaan maka bermulalah kerja abiey sebagai cikgu. Kena memeriksa kertas pelajar yang berlambak. Aduss.. dengan tugas yang tak rasmi pun banyak jugak kena buat. ahhh.
kertas periksa. kertas periksa..
Yang membosankan ialah... apa yang diajar tak diluahkan sepatutnya di kertas jawapan.. apakah abiey mengajar hanya seronok sorang saja. hinggakan jawapan yang tak mengembirakan ku..
Form 5 aku berpuas hati jugak. namun form 4 yang satu kelas tuh.... aduhhh... sabar ajelah.
jawapannya merapu sangat.... apalah nasib abiey ni...
Lepas nih kena buat yang terbaik lagilah , agar anak didik abiey tak terlena ngan khayalan masing2.
Tugas sebagai guru yang dikenali sebagai murabbi, muaddib, mualim, dan sebagainya kena ditingkatkan... Inilah guru... Bila pelajar lemah... cari jalan untuk mengatasinya.. bila pelajar berjaya bukannya cikgu ni yang ditonjolkan.... tuisyen...tuisyen...tuisyen...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Dikesempatan ni abiey mengucapkan selamat hari guru buat semua guru di malaysia dan blogger yang bertugas sebagi guru.

Tidak lupa buat guru2 yang mengajar abiey dari SK Sering KB, SMUA Tarbiah Mardziah Panchor KB, Maahad Muhammadi Lelaki KB, Semua Pensyarah UKM Fakulti Pengajian Islam ( Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan ) 1991/92-1994.

Semua kawan2 bermula dari mula mengajar di SMK Kabong Sarawak, SMK Bandar Chiku Gua Musang Kelantan, SMK Chiku 2 Gua Musang, SMK Melor KB dan Maktab Sultan Ismail KB.

Ehhh Lupa Isteri pun guru juga... Selamat Hari Guru untuk isteri abiey. Tahniah dah dapt DG44.

Nak masuk gambar jamuan ala2 sambutan hari guru tak dapat diupload. sila jenguk dalam blog tchersally.



Thursday, May 14, 2009

Rehat Hujung Minggu

yesss... dah hari Khamis hari ni...
Esok Jumaat...
Lapang sikit, ada masa nak rehatkan minda.
Boleh jenguk2 Masjid Pagi Jumaat buat sujud sajadah...
Allah Maha Kaya..
Ada waktunya kita "terdesak"
diberi pula kelapangan.
al-Hamdulillah.
Sabtu
Boleh bawa anak2 ke rumah atuknya.
Jalan2 cari makan kat luar, Ubah selera sikit
Minggu depan budak2 dah exam.
rehat sikit tekak.

Marah, Murung, Cari ketenangan, berserah kepada yang maha Esa

Semalam. 13/mei/2009

Perasaan yang disertai dengan satu berita yang mengemparkan
Marah..
Teramat marah... apa taknya... yang kita tak buat depa kata kita buat

Teramat marah.....

Membawa kepada kepala berdenyut.. Serba serbi tak jadi hari ni... angin semacam..
Tak ada mood nak buat kerja


membuatkan abiey kemurungan dan buat hal sendiri

Perjalanan pulang... cari ketenangan.. tengok keadaan sekeliling.
Berbisik berseorangan memandang ketenangan permandangan

Biar ku cari damai... biarpun sedetik..


Pulang rumah selepas sembahyang zohor abiey menghadap kitab teragung al-Quran... mencari damai yang sejati sambil meneliti ayat dan mafhumNya..

Hanya padaMu ya Allah ku memohon..
Berilah petunjuk kepada hambamu ini.. untuk menempuhi segala dugaan yang diterima.
Sesungguhnya padaMulah aku memohon petunjuk dan berharap..
Bukakanlah pintu hati hamba2 mu yang telah memusnahkan maruah sesama muslim..
berikanlah mereka petunjuk...
berikanlah keinsafan. sesungguhnya Engkau berkuasa membalikkan hati setiap hambaMu.

Hanya padamu ku bermohon...
Jauhi fitnah yang besar ini..
jauhi dari segala keaiban...
sesungguhnya aku tidak mampu menanggungnya...
Amin ya Rabbal Aalamin.


Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari ibu buat semua blogger yang bergelar ibu..
Firstly
Ucapan Hari ibu buat Ibu Abiey yang tercinta..
Walaupun bersusah payah tanpa seorang suami..
kau tetap tabah mendidik kami..
Hinggakan kami mengenal erti kehidupan yang sebenar
sehingga kami layak digelar manusia..
terimakasih ibu..




Secondly
Buat Isteriku..
Selamat Hari ibu sayang..
Kekadang abiey terlupa...
peranan mu amat besar dalam mendidik anak2
Letih dan Penat..
memang sayang ketepikan..
walaupun geram dengan abiey yang tak menentu sibuknya..
kau tetap senyumm..
tetap menunaikan tanggungjawab mu..
terima kasih sayang

seterusnya...
Selamat Hari ibu buat guru2 SIC dan semua Blogger dan semua Ibu2
serata alam ini..
Happy Mothers Day

Thursday, May 7, 2009

Maaflah diatas segalanya

5/5/09

Abiey telah melakukan satu kesalahan yang besar kepada rakan guruku.. Atas sebab yang remeh aku memarahinya.

Bukannya apa abiey rasa tertekan sangat akhir2 ni.. Sepatutnya abiey kena bersemuka dengannya dan cakap yang elok2 dan menunjukkan keustazanku ini. Kenapa jadi macam ni..

Sebenarnya abiey tak tahan jika dibabitkan kerja yang tak sempurna diletakkan di atas bahu abiey dan rakan2 sepanitia. Rasanya kerja yang dibuat dah ok. may be silap faham sikit. Ketua Panitia abiey tak memberitahu kepada seorang rakan abiey sehinggakan mengganggu pembelajaran rakan setugas yang lain. Pelajarnya keluar kelas menuju ke Masjid untuk menunaikan solat sunat Hajat. sedangkan program tersebut ditunda dan dalam perbincangan dengan PKP yang baru. Pelajar2 biasalah ambil peluang tak mahu belajar dengan alasan menyertai program tadi.

Hari ni... Rakan setugas abiey dengan muka yang sayu bertanya abiey.. takut2 abiey masih marahkannya.. abiey dengan sepontan menjawab, tidak ada apa2 yang hendak dimarahkan.. yang semalam biarlah berlalu.
Hanya sekadar peringatan buat abiey.... latihan sabar hendaklah ditambah lagi. agar ada yang tidak terasa dengan feel kita.

Maafkan abiey ya ckgu TN.
Maaf bebanyak...
Inilah abiey yang naif dan lemah dalam membendung sikap panas baran abiey yang tak menentu.

Monday, May 4, 2009

Himpunan Peristiwea Bulan April 2009 (1)

25/4/2009
ajlis Perkahwinan Sepupu ngan ore Pinang
Majlis taklah meriah cuma abiey yang letih kena jadi tukang masak
Sebanyak 4 kawah gulai abiey ngan sepupu masakkan. letih sepanjang hari rasanya.



Pelamin untuk persandingan

M Ketibaan pengantin perempuan disambut sang jejaka

Sepupu ngan cucunya sedang memerhati kebeautifulan pengantin

pengantin sedang menyaksikan persembahan silat

Persembahan silat

Persembahan dari pesilat cilik

Sang Isteri abiey sedang menyaksikan persembahan silat

Aksi sicilik

Anak abiey yang berpakaian sekolah. tak sempat nak tukar sebab teruja nak lihat silat

Senyuman pengantin ngan sepupu yang tumpang sekaki nak masuk gambar

Bacaan doa oleh sepupu abiey. ramai sepupu nih. ada yang baca doa, ada yang tukang masak dan banyak lagilah

Moga rumahtangga yang dibina akan berkekalan sehingga akhir hayat

Senyuman sang isteri


Video Silat sempena menyambut menantu


Himpunan peristiwa bulan April

24/4/2009
Persembahan kelab music SIC di KB Mall sempena Hari Bertemu Pelanggan JPN Kelantan
Penyanyi Utama SIC Hasnor Rohaimi
Gitaris Jemputan X SIC
Blooger Cikgu_su
Shinrei dan tcher Sally

My Wife dan anak no 2

Gambar tak berapa comel. Rosman dan shinrei serta tcher sally
Shakir penyanyi lagu asli
Petikan gitar dari Rizzan
Penonton yang membanjiri ruang KB Mall
Pasukan Muzik Gamelan
Pengacara Majlis Hamzah
Tiupan dari pemain alat muzik tradisional.
Lagi Tcher sally

Penyanyi lagu syair
HM SIC bersama isteri
Paluan kompang formasi SIC
Kompang formasi


Video Lagu Puisi

Abiey terlibat secara langsung dalam persembahan pelajar sebagai AJK disiplin.