nuffnang

Sunday, March 27, 2011

Sunnah Rasulullah Yang Dituntut


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Tuesday, March 22, 2011

KHUTBAH PILIHAN MINGGU INI (Peringatan Allah Disisih Umat Merintih )






Peringatan Allah DiSisih Umat Merintih

Tsunami di Jepun

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 40 surah al-‘Ankabut:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠﴾

Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan berkekalan yang dianugerahkan oleh Allah kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada sekalian alam bukan terbatas kepada bangsa dan negara tertentu sahaja. Seluruh isi kandungan al-Quran yang menjelaskan berkaitan aqidah, hukum-hakam syariat, adab-adab, sistem kehidupan, balasan akhirat tidak ketinggalan banyak kisah pengajaran sebagai pedoman kita semua. Allah menjelaskan dalam al-Quran bagaimana aman bahagianya golongan yang bertaqwa dan mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh nabi-nabi dan dalam masa yang sama betapa banyak bangsa dan negara yang dihancurkan akibat mengengkari ajaran nabi yang diutuskan kepada mereka walau pun teknologi dan kemajuan yang dicapai begitu hebat. Ada golongan yang dihancurkan dengan petir, banjir besar, dilipatkan bumi, ditukar kepada rupa binatang dan sebagainya. Ada yang dihancurkan sehingga tidak lagi dapat dikesan dan ada yang terus dapat dilihat kesan sehingga hari ini melalui pembangunan yang ditinggalkan atau kesan kehancuran seperti tasik Qarun dan Laut Mati. Sebagai umat yang beriman kepada Allah dan rasulNya maka kita wajib mengambil iktibar daripada semua yang berlaku bukannya menjadi manusia yang mati hatinya sehingga kisah-kisah pengajaran daripada al-Quran hanya dianggap kisah dongeng dan sekadar cerita klasik sahaja.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 97-99 surah al-A’araf :

أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿٩٧﴾ أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَن يَأْتِيَهُم بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ ﴿٩٨﴾ أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّـهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩٩﴾

Maksudnya : Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? (97) Atau patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main? (98) Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi

Ketika dunia hangat membincangkan tentang pergolakan dalam menjatuhkan pemimpin kuku besi satu demi satu di kebanyakan negara Arab dan Afrika tiba-tiba berlakunya suatu gempa bumi dan tsunami yang begitu dahsyat di sebuah negara maju iaitu Jepun yang telah mengorbankan lebih 13 ribu nyawa disamping kehancuran yang teruk ditambah lagi dengan merebaknya kesan radiasi akibat beberapa loji nuklear Jepun yang turut musnah sehingga turut merebak ke negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Kemusnahan loji nuklear Jepun ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pemimpin negara dalam mengkaji semula rancangan untuk membina loji neuklear di negara ini dan juga kelulusan untuk sebuah Syarikat Australia untuk membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [rare earth] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta di Pahang. Jangan dek kerana keuntungan yang sedikit nyawa rakyat dikorbankan.

Ketika menyoroti sejarah berlakunya gempa bumi ini semenjak dari dahulu hingga kini di mana ada di kalangan ulama’ yang menyatakan bahawa gempa bumi pertama berlaku di atas muka bumi ini ialah setelah Qabil bertindak kejam membunuh saudaranya Habil akibat perasaan hasad dengki. Apabila pembunuhan pertama ini berlaku akibat perang saudara telah menyebabkan bumi terlalu marah sehingga berlakunya gempa bumi. Gempa bumi turut berlaku pada zaman nabi Muhammad s.a.w di mana nabi telah membaca doa tertentu sehingga bukit yang di atasnya pernah disemadikan beberapa orang nabi, para orang mati syahid telah berhenti daripada bergegar. Begitu juga gempa bumi yang pernah berlaku semasa pemerintahan Sayyidina Umar al-Khottab di mana setelah berkata sesuatu kepada bukit itu lalu ia berhenti daripada bergegar. Malah jika kita baca sebuah kitab tentang peristiwa gempa bumi yang telah ditulis oleh seorang ulama’ terkenal iaitu imam Jalaluddin as-Sayuti maka kita dapati beliau telah mendahului ilmuan barat dalam menulis banyak peristiwa gempa bumi yang telah berlaku sejak dahulu hingga kepada zamannya. Peristiwa gempa bumi merupakan merupakan peringatan dan amaran daripada Allah ketika manusia melakukan kerosakan, terlibat dengan kemungkaran dan ia juga merupakan antara tanda-tanda Qiamat sebagaimana suatu peringatan dari nabi yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ

Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kita juga mestilah merenung kepada setiap apa yang berlaku disekeliling kita agar kita tidak menjadi agen yang menjemput bala yang dahsyat daripada Allah. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali:

قال الرسول e : إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشَرَةَ خَصْلَةً حَلَّ ِبهَا البَلاءُ , قِيْلَ وَمَا هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: إِذَا كَانَ المَغْنَمُ دُوَلا وَالأمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُمَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَقَّ أُمَّهُ وَبَرَّ صَدِيْقَهُ وَجَفَا أَبَاهُ وَارْتَفَعَتِ الأصْوَاتُ فِى المَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيْمُ القَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَرِّهِ وَشُرِبَتِ الخُمُوْرُ وَلُبِسَ الحَرِيْرُ وَاتُّخَذَتِ القِيَانُ وَالمَعَاِزفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الأمَّةِ أَوَّلَهَا فَلْيَرْتَقِبُوْا عِنْدَ ذلِكَ رِيْحًا حَمْرَاءَ أَوْ خَسْفًا أَوْ مَسْخًا

Maksudnya : ” Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :[1]Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja [2]Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan [3]Zakat dijadikan hutang [4] Suami menurut sahaja kehendak isteri [5] Anak derhaka terhadap ibunya [6] Anak terlalu mementingkan kawannya [7] Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya [8]Suara sudah ditinggikan dalam masjid [9]Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka [10]Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya [11]Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat [12] Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki [13] Para artis disanjung tinggi [14] Muzik banyak dimainkan [15]Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat)

Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi binatang

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ’Imran :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi

Ujian Allah berbentuk gempa bumi, banjir besar, ribut taufan, gunung berapi merupakan suatu ujian yang besar namun begitu ada lagi ujian yang lebih hebat daripada itu iaitu apabila berlakunya penghinaan terhadap Islam, usaha dalam meruntuhkan aqidah umat Islam. Antara yang terbaru bila tersiarnya di internet isu adanya orang bukan Islam yang menghina azan dengan mengatakan bahawa laungan azan seperti laungan jual beli makanan. Begitu juga isu pertikaian pengharaman judi yang bukan sahaja merupakan amalan keji dalam Islam malah seluruh agama lain. Tidak ketinggalan isu kebenaran untuk menyebarkan Bible berbahasa Melayu yang menyaksikan ada yang menyokong dan ada yang menentang. Ia mesti dipandang sebagai kesungguhan pihak Kristian terutamanya dalam menyebarkan agamanya di negara kita. Bagaimana pula dengan usaha kita dalam mempertahankan aqidah ketika isu murtad terus melanda ditambah lagi dengan merebaknya fahaman Islam Liberal yang banyak mempertikaikan syariat Islam dan masalah Pluralisme agama yang menganggap semua agama di dunia, sama dan setaraf. Bagaimana pula dengan usaha dalam memperkemaskan ilmu Islam dalam diri seluruh umat Islam yang lebih ramai yang hanyut dengan hiburan melalaikan sehingga menganggap agama sebagai suatu yang tidak penting. Bila kejahilan melanda maka kekufuran lebih dekat dengan umat Islam. Wapada sebelum terkena, beringat sebelum terjerat, awas sebelum terbabas

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِك الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Monday, March 21, 2011

Doa Mengelakkan Penyakit Berjangkit

Pelbagai penyakit telah merebak sejak akhir-akhir ini dan terbaru adalah kesan radiasi dan penyakit-penyakit lain, sebaiknya kita umat islam meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini.

Ini doa nya, di baca tiga kali pada pagi dan petang

بسم الله الرحمن الرحيم
تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang Memiliki alam gaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkan lah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha mengetahui sesungguh Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa,

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Tuesday, March 15, 2011

Sayonara....


Coretan kali ini khas untuk rakan seperjawatan dan rakan blooger
Selamat bertugas di tempat baru..
Moga mendapat kekuatan dan semangat...
jangan lupa abiey di sini ..
Semua kenangan tetap utuh dilipatan memori abiey
suka duka tangis tawa ...
dan juga rakan segossip...
masih terbayang.... dan segar di ingatan ini..
sayonara..
SeLamaT BeRtUgAs DiTeMpAt BaRu.....
Doa Abiey.....
Jadilah Insan yang tabah setabah2nya....
Jadikan azimat untuk ke arah keredhaan dunia dan akhirat
Insya Allah...

Titipan buat rakan setugasku
Teacher Sally.

Thursday, March 10, 2011

CUTI = TAK CUTI


Assalamualaikum...
Bermula hari esok cuti sekolah bermula selama seminggu.. bagi pelajar2 yang tidak menghadapi peperiksaan awam tahun ni... rileks lah.... sebab tak ada kelas tambahan..
bBagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam, cuti mereka akan diisi dengan kelas tambahan dan tuisyen..
cikgu pun sama.....
kelas tambahan......
skrip peperiksaan.....
kenduri kendara....
cuti macam tak cuti...

beginilah nasib cikgu2 loni tak supa hok dulu

Saturday, March 5, 2011

Konsep tazkiyyah terapi batin rawat penyakit hati

Sekadar berkongsi maklumat dan renungan bersama


Konsep tazkiyyah terapi batin rawat penyakit hati

Mekanisme penting lahir insan berjiwa bersih, miliki sifat terpuji diutarakan Islam

PADA prinsipnya, insan diciptakan Allah SWT dalam keadaan fitrah. Dapat difahami insan dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih daripada sifat tercela. Namun begitu, dalam proses perkembangan sebagai seorang manusia, perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan mengujinya untuk menjadi insan terpuji. Islam memberi panduan bahawa jiwa setiap insan perlu disuburkan dengan nilai rohaniah yang berfungsi sebagai pelengkap kepada akhlak manusia.

Justeru, nilai dinyatakan itu menjadi pendorong dan pemangkin kepada seluruh perlakuan dan tingkah laku manusia yang memantulkan tindakan yang bersifat mahmudah seperti amanah, sabar, toleransi, ikhlas, bertanggungjawab, berfikiran positif dan sebagainya. Kepentingan menghayati nilai terpuji yang diutarakan Islam bertujuan memberi panduan kepada jiwa insan supaya selari dengan konsep khilafah dan khalifah al-ard.

Proses melahirkan insan yang memiliki hati budi luhur memerlukan unsur yang bertindak sebagai daya membentuk acuan keperibadian unggul. Bagi memenuhi aspirasi objektif murni itu, konsep tadhkiyyah dilihat sebagai mekanisme yang penting untuk membersihkan jiwa manusia daripada dicemari unsur yang menghalang pintu hati daripada menerima hidayah Ilahi. Dengan kata lain, nilai terkandung dalam konseptual tadhkiyyah dilihat sebagai ejen penyucian bersifat dinamis bagi membersihkan zahir dan batin manusia melalui terapi rohaniah. Di samping itu, ia turut membersihkan sistem jaringan manusia sama ada membabitkan interaksi manusia dengan Allah, sesama manusia, alam dan juga makhluk lain.

Oleh kerana insan dikategorikan sebagai makhluk dwidimensi iaitu zahiriah dan batiniah, ia dianugerahkan potensi istimewa sama ada cenderung kepada kebaikan atau sebaliknya. Meskipun manusia diberi alternatif memilih dua jalan itu atas kapasitinya sebagai khalifah al-ard, namun ia bertanggungjawab sepenuhnya di atas pilihan itu.

Ini kerana, manusia dikurniakan keupayaan istimewa berbanding makhluk lain iaitu potensi akliah, rohaniah, jasmaniah dan bimbingan wahyu bersesuaian dengan fungsinya memakmurkan alam ini. Atas keperluan ini, konsep tadhkiyyah dilihat sebahagian daripada keperluan rohaniah yang penting kepada manusia sebagai persediaan mencapai kedudukan tinggi atau dikenali sebagai insan kamil.

Dalam mengupas persoalan ini, intelektual falsafah Islam seperti al-Ghazali dalam karyanya bertajuk ‘Keajaiban-keajaiban hati’ memberikan pandangan konsep tadhkiyyah digagaskan Islam perlu mencakupi unsur nilai tertentu. Pada asasnya, unsur itu perlu dicantumkan untuk membentuk kerangka asas kepada konsep tadhkiyyah seperti dituntut syarak.

Unsur nilai yang dinyatakan adalah seperti berikut:

# Taharah yang memberi konotasi menyucikan tubuh badan manusia daripada najis dan benda kotor pada syarak;

# Membersihkan anggota tubuh badan manusia daripada perbuatan atau tindakan yang diklasifikasikan sebagai dosa;

# Membersihkan pandangan mata hati manusia daripada tingkah laku dikategorikan sebagai akhlak yang buruk dan dikeji syarak;

# Membersihkan aspek batiniah manusia daripada memfokuskan perhatian kepada semua perkara melainkan kepada Allah SWT;

# Ibadah yang memberi maksud mengabdikan diri kepada Allah SWT secara mutlak;

# Dhikir bermaksud manusia sentiasa melazimi mengingati Allah dan mengiktiraf kebesaran-Nya secara istiqamah setiap masa;

# Doa sebagai makhluk yang lemah, manusia sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon bantuan dan pertolongan;

# Taubat manusia sentiasa menginsafi setiap tindakan yang dilakukan dan mendisiplinkan diri memohon keampunan kepada Allah ke atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan;

# Sabar yang menjadi sebahagian daripada nilai luhur yang dituntut untuk dihayati oleh setiap manusia. Melalui nilai itu, ia dapat meningkatkan daya ketahanan dalaman diri manusia bersabar menerima segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah;

# Muhasabah iaitu apabila wujudnya penghayatan nilai ini dalam diri manusia, ia akan membuka pintu kesedaran pada hati dan akal manusia untuk menilai dan mengkritik setiap tindakan yang dilakukan menurut pertimbangan syarak.

Justeru, apabila wujudnya keharmonian, unsur yang dinyatakan dalam ruang lingkup konsep tadhkiyyah, ia menjadi panduan kepada manusia untuk diterjemahkan dalam tindak-tanduknya. Hakikatnya, perbuatan manusia yang diwarnai konsep tadhkiyyah ternyata memberi kesan positif terhadap perlakuannya.

Ini kerana konsep itu dilihat sebagai terapi batin bagi merawat penyakit rohani yang dihadapi manusia. Jiwa manusia yang bertuhankan hawa nafsu sering gemar kepada perlakuan keji seperti hasad dengki, tamak, menipu, rasuah, membunuh, berzina dan sebagainya. Dengan kata lain, jiwa manusia yang terpengaruh kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu akan menzahirkan nilai tercela dalam tindakan mereka.

| Sumber

Shuhairimi Abdullah ( albakriah.com )

Thursday, March 3, 2011

Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih

, Sempena dengan bulan maulidurrasul ni

Abiey cuba selitkan teks khutbah dari laman web ekhutbah.wordpress.com

Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 2 surah Muhammad :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

Maksudnya : Dan orang-orang beriman dan mengerjakan amalan soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada nabi Muhammad dan itulah kebenaran daripada Tuhan mereka,Allah akan menghapuskan segala kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka

Manusia akan sentiasa bercakap tentang insan yang paling istimewa dalam kehidupannya sehingga tidak jemu-jemu memujinya. Bila sahaja disebut nama orang yang disayangi maka dia merasa begitu semangat untuk membicara tentangnya. Begitulah keadaan kita sebagai umat Islam yang cintakan nabi Muhammad s.a.w sentiasa berasa seronok dan gembira untuk menyebut nabi baginda dan mengetahui sirah perjalanannya. Umat yang benar-benar cinta kepada Allah dan rasulNya akan berasa bangga untuk memberitahu kepada dunia tentang kehebatan nabi Muhammad s.a.w yang berjaya mengubah keadaan dunia daripada kelam kufur kepada cahaya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam. Kita akan bangkit menentang sesiapa sahaja yang merendah-rendahkan nabi Muhammad s.a.w sebagai tanda kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada rasul mulia ini. Nabi Muhammad s.a.w menjadi ikutan utama kita dalam setiap aspek kehidupan dari sekecil-kecil urusan sehinggalah kepada sebesar-besar perkara kerana baginda bukan sekadar memberitahu sebaliknya baginda melaksanakannya untuk mudah ditiru oleh kita semua. Kita wajib bersyukur kepada Allah yang mengutuskan nabi Muhammad sa.w yang begitu banyak berjasa kepada kita, jasa nabi bukan sebarangan, bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar. Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6-11 surah ad-Duha:

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

Maksudnya : Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang peminta bantuan maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya

Nabi Muhammad s.a.w telah ditarbiah sejak dari kecil dengan kesusahan demi kesusahan disamping menjauhi amalan syirik dan merosakkan akhlak walau pun berada disekeliling masyarakat jahiliah. Sesuai dengan keadaan nabi Muhammad s.a.w yang pernah merasai keperitan hidup sebagai anak yatim piatu maka baginda begitu mengambil berat tentang anak yatim serta sentiasa menggalakkan umat Islam supaya mengasihi anak yati disamping begitu murka terhadap sesiapa yang menzalimi anak yatim. Begitu juga dengan kehidupan nabi Muhammad s.a.w yang menjauhi kehidupan mewah bertujuan mendidik umatnya agar tidak menjadikan dunia sebagai matlamat utama. Kemiskinan yang dilalui oleh nabi bukannya disebabkan baginda pemalas kerana betapa banyak harta baginda yang dikorbankan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Baginda tidak pernah meminta sedekah malah mengharamkan zakat kepadanya dan ahli keluarganya. Nabi Muhammad s.a.w banyak kali menolak tawaran kemewahan samada daripada musuh Islam mahu pun permintaan daripada malaikat bertujuan menjaga keikhlasan umat Islam supaya memeluk Islam kerana Allah bukannya untuk mengejar kemewahan. Banyak kisah yang dibentangkan kepada kita tentang kehidupan nabi Muhammad s.a.w yang susah namun kemiskinan nabi bukan membawa kepada kehinaan sebaliknya dilihat oleh pemimpin dunia sebagai suatu kehebatan dan pengorbanan yang begitu mulia dalam membela nasib manusia

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Antara kisah tentang nabi Muhammad s.a.w yang hidup jauh daripada kemewahan bertujuan mendidik umatnya agar tidak hanyut dengan nikmat dunia yang sementara serta banyak berkorban untuk Islam disamping menyuburkan sifat mengambil berat tentang penderitaan orang lain. Imam Bukhari meriwayat daripada saudara Ummul Mukminin Juwairiyah bt Harith semasa baginda wafat tidak meninggalkan walau pun satu dirham. Baginda juga tidak meninggalkan seorang hamba lelaki atau perempuan. Baginda sekadar meninggalkan seekor keldai, sehelai pakaian perang dan sebidang tanah kecil yang kemudiaannya disedekahkan.

Imam Ahmad riwayat daripada Abdullah bin Abbas tentang kisah Sayyidina Umar al-Khottab semasa beliau menziarahi nabi di mana kata Umar : Aku pun duduk dan aku lihat bekas tikar pada tubuh nabi Muhammad s.a.w. Aku ternampak segenggam gandum dan sekeping kulit tergantung..lalu aku pun terus menangis. Nabi Muhammad s.a.w terus bertanya : Wahai Ibnu Khottab. Mengapa engkau menangis? Aku menjawab : mengapa tidak ya Rasulullah! Aku ternampak bekas tikar kasar ditubuhmu dan aku melihat hartamu hanyalah sekadar apa yang aku lihat sekarang. Bayangkan Maharaja Rom dan Parsi yang hidup dalam kelazatan sedangkan engkau adalah nabi hidup seperti ini. Lalu nabi terus bersabda : Wahai Ibnu Khottab, apakah engkau tidak redha bahawa bagi kita adalah akhirat dan bagi mereka hanya dunia?

Imam Thobrani pula meriwayatkan daripada Sahl b Saad : Pada suatu hari nabi sakit dan pada masa itu baginda mempunyai wang emas sebanyak tujuh dinar lalu diberikannya kepada Siti Aisyah supaya diberikan kpd Sayyidina Ali untuk disedekahkan. Baginda kemudiannya pengsan beberapa kali dan setiap kali sedar baginda menyoal Siti Aisyah mengenai wangh emas itu sehingga akhirnya wang emas itu diserahkan kepada Sayyidina Ali lalu disedekahkan

Begitu juga Imam Tirmizi meriwayat daripada Siti Aisyah bahawa keluarga nabi Muhammad s.a.w tidak pernah kenyang memakan roti gandum dua hari berturut-turut sehingga baginda wafat

Imam Tirmizi meriwayat daripada Anas b Malik bahawa tidak pernah nabi Muhammad s.a.w makan di atas meja dan tidak pernah baginda makan roti halus iaitu daripada jenis tepung yang baik sehinggalah baginda wafat

Imam Tirmizi meriwayat daripada Siti Aisyah : Nabi menjahit sendiri kasut dan baju baginda yang koyak

Cara hidup dan pemerintahan nabi diteruskan oleh para sahabat dan pejuang Islam selepas mereka sehingga mereka bukan menjadi hamba yang hina sebaliknya berjaya menjatuhkan Empayar Rom dan Parsi yang tenggelam dalam kemewahan dunia dan jauh daripada cahaya agama

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Ahzab :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

Maksudnya : Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata

Bila kita melihat peristiwa kejatuhan seorang demi seorang pemimpin dalam jarak masa yang begitu dekat bermula di Tunisia diikuti Mesir kini melarat ke Libya yang menyaksikan ribuan rakyat dibunuh kejam dan ada masjid yang ditembak disamping kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan pemimpin melalui jalanraya di Algeria, Bahrain, Yaman dan beberapa buah negara lagi akibat kegagalan pemimpin menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh dalam kepimpinan. Kebanyakan mereka jatuh akibat membina kekayaan atas penderitaan rakyat. Kita dapat perhati 3 jenis pemimpin biasanya memegang tampuk pemerintahan iaitu jenis pertama daripada kalangan orang kaya sebelum menjadi pemimpin dan terus kaya selepas dilantik menjadi pemimpin. Pemimpin jenis ini ada yang amanah dan ramai juga yang tidak jujur ketika melaksanakan amanah kepimpinan. Jenis kedua ialah pemimpin yang miskin sebelum menjadi pemimpin sebaliknya menjadi orang kaya baru selepas berada di atas takhta kepimpinan sesebuah negara. Pemimpin jenis inilah yang ramai menjadi pemimpin pada hari ini yang sedang dijatuhkan dengan cara yang hina oleh rakyat yang sudah tahan dengan kezalimannya. Manakala jenis ketiga pula ialah pemimpin yang kaya sebelum memimpin dan menjadi miskin selepas dilantik kerana begitu mengambil berat terhadap kebajikan dan amanah rakyat sehingga kekayaannya turut disumbangkan kepada rakyat. Pemimpin jenis ini semakin jarang dan payah untuk ditemui.

Manakala dari segi corak pemerintahan pula Ibnu Khaldun membahagikan kepimpinan kepada 3 jenis iaitu yang pertama pemimpin yang menggunakan hukum rimba iaitu yang kuat menguasai yang lemah. Yang kedua ialah pemimpin yang menggunakan sistem perundangan dan perlembagaan yang dicipta sendiri oleh manusia dengan mengenepikan hukuman Allah di mana kepimpinan jenis ini pada permulaannya memang baik dan mampu mentadbir dengan teratur. Tetapi lama kelamaan sistem yang diguna pakai mula dirobek satu persatu tanpa menghirau lagi erti kemanusiaan dan ketaatan kepada sistem yang dicipta itu. Akhirnya mereka mula menggunakan semula hukum rimba yang bertopengkan sistem perundangan yang dilaksana selama ini. Kepimpinan jenis ketiga ialah yang menggunakan sistem Islam berdasarkan wahyu Allah dalam mentadbir dunia demi mencapai kebahagian dunia akhirat. Inilah kepimpinan yang dirindui dan ditunggu-tunggu kedatangannya. Oleh itu, ikutlah panduan yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.a.w dalam memilih pemimpin agar kita bahagia dunia dan akhirat

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِك الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri


moga kita sama-sama mendapat keberkatan.


Tuesday, March 1, 2011

Rintihan Roh


Ada di kalangan anak murid abiey bertanya mengenai roh yang keluar dari jasad dan boleh kah dia balik seperti kata orang tua... malam jumaat roh datang melawat.. Disini abiey hendak berkongsi artikal yang dipetik dari laman dakwah2u.blogspot:

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.

Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.

Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)

Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.

Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.

Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.

Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.

Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.

Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.

Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”

Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.

Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.

Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.


Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.

Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)