MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. MUKMIN yang taat kepada perintah Allah sentiasa bergembira dan merindukan kehadiran Ramadan, bulan agung penuh barkah dan kerahmatan. Mereka yang masih dipanjangkan usia hingga bersua dengan Ramadan kali ini, sewajarnya bersyukur. Ia adalah tanda Allah masih memberi peluang untuk mereka memperbaiki diri, memperbanyak dan menambah bekalan berupa amal soleh buat persiapan menuju alam baqa. Kesempatan yang sangat bernilai ini, sewajarnya direbut, sekali gus berazam untuk melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya. Ramadan menurut istilah Arab bererti terlampau panas. Mengikut sejarah, sewaktu ingin meminda nama bulan daripada bahasa lama kepada yang baru, bangsa Arab menamakannya mengikut suasana/keadaan yang berlaku pada sesuatu masa tertentu. Kebetulan suasana waktu itu terlalu panas, maka dinamakan Ramadan. Dapat juga difahami bahawa dengan makna ‘terlalu panas’ itu, maka Ramadan dapat membakar segala dosa orang mukmin menerusi pelbagai ibadat yang dilaksanakan dengan penuh ikhlas seperti berpuasa dan solat Tarawih. Nabi Muhammad bersabda maksudnya: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad). Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak dikurniakan Allah pada bulan lain. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda :“Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung dalam Ramadan itu, tentulah mereka mengharap-harap supaya Ramadan berlaku sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Ibnu Abid Dunya). Ramadan hadir membawa rahmat serta maghfirah (keampunan) Allah. Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat ganda bagi setiap ibadat wajib yang dilakukan pada Ramadan. Satu ibadat wajib pada Ramadan menyamai 70 ibadat wajib di luar Ramadan, manakala ibadat sunat akan mempunyai nilai yang sama dengan ibadat wajib apabila dilakukan dalam Ramadan. Malah, segala bentuk kebajikan sekecil dan seringan mana pun, jika dilakukan dengan ikhlas pada Ramadan mengandung nilai ibadat. Peluang umat Islam mengaut ganjaran pahala yang Allah tawarkan sangat terbuka luas melalui pelaksanaan pelbagai ibadat yang menjanjikan pahala berganda. Ini seperti membaca dan bertadarus al-Quran, berzikir, bersedekah, beriktikaf, berselawat, solat Tarawih serta ibadat sunat lain, selain solat fardu. Ramadan adalah bulan yang dimakbulkan doa, bulan Allah memberi pengampunan, bulan penyucian diri, malah tidur dan tarikan nafas seorang mukmin diberi pahala ibadat. Berdasarkan beberapa penjelasan hadis, dapat disimpulkan bahawa Ramadan adalah bulan ibadat iaitu bulan yang pada satu sisi mampu memperbanyak pelbagai nilai positif atau pahala. Pada sisi lain mampu pula menghanguskan pelbagai nilai negatif atau dosa. Pengumpulan pahala secara besar-besaran seiring dengan penghapusan dosa itu, dihasilkan menerusi pelbagai bentuk ibadat dan amalan soleh, baik yang berbentuk wajib mahupun sunat. Dua ibadat yang menjadi inti amaliah Ramadan ialah puasa dan solat Tarawih. Dua jenis ibadat itu mampu menawarkan kedua-dua sisi di atas iaitu pengumpulan pahala dan penghapusan atau pembakaran dosa. Oleh kerana puasa dan solat Tarawih adalah ibadat istimewa pada Ramadan, maka apabila ia dilakukan dengan sempurna dan ikhlas, seseorang itu akan meraih ganjaran pahala berlipat ganda. Ternyata pada masa sama, hasil pelaksanaan puasa dan ibadah Tarawih, sekali gus juga menghapuskan dosa Perkara itu sesuai dengan sabda Nabi bermaksud: "Ramadan adalah bulan yang Allah telah memfardukan atasmu berpuasa dalamnya, dan aku telah mensunahkan bagimu berdiri dan beribadah pada malamnya. Barang siapa berpuasa dan bersolat lail (Tarawih) kerana iman dan kerana mengharapkan Allah, nescaya dia keluar daripada dosanya, bagaikan bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”(Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Abu Hurairah).
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1431H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1430H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. Cakap berdegar-degar, tetapi aplikasinya tidak seberapa.
Setiap kali Ramadhan bermula, maka kita diingatkan bahawa Ramadhan ialah satu madrasah. Satu sekolah. Sekolah untuk mendidik manusia menghayati tauhid kepada Allah s.w.t.. Sekolah untuk mengawal nafsu pada saat syaitan dirantai. Sekolah untuk membentuk jiwa agar sentiasa dekat dan rindu Tuhan pencipta. Sekolah untuk memfokuskan setiap tingkah laku supaya diiktiraf sebagai satu ibadat kepada Allah s.w.t.
Ramadhan ini, berhentilah tanam keazaman yang baru!
Ya, berhenti tanam azam yang baru. Untuk apa bina keazaman yang baru jika sekolah Ramadhan yang lama pun ibarat sekolah swasta yang mahal yang ada guru, ada buku, ada undang-undang, tetapi pelajar-pelajarnya berlagak dan sombong pada pentadbiran sekolah? Oh, kitakah pelajar-pelajar itu?
Sekolah Ramadhan lalu, ada gurunya iaitu Allah s.w.t. yang menyiapkan untuk kita akidah dan syariat terluhur, ada bukunya iaitu al-Quran yang sarat dengan panduan dan pengkisahan yang penuh iktibar, serta ada undang-undangnya iaitu syariat yang terbentuk daripada sumber primer dan sekunder. Ia satu pakej lengkap! Tinggal kita yang setiap nama kita didaftarkan secara rasmi sebagai pelajar-pelajar sekolah Ramadhan… Ada kalanya kita culas, malas, ketegaq, mengelat, mengulaq dan bosan dengan syariat terindah itu.
Mahu menyalahkan syaitan yang telah menghasut kita? Oh! Syaitan telah digari… dirantai… tak boleh nak hasut-hasut manusia lagi. Nak bisik-bisik kat telinga atau nak hantar sms dah tak boleh. Maka salah siapa? Hmm… fikir… fikir…. fikir lagi untuk mencari helah daripada dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. tentang segala kesilapan yang telah dilakukan sedangkan di ‘tapak perhimpunan’ nanti, lidah akan menjadi kelu tidak mampu berbicara lagi. Hanya anggota badan sahaja yang akan menjalankan tugas memberikan pengakuan atas segala yang pernah dilaku.
Sekolah Ramadhan lalu… telah berlalu. Tidak akan kembali. Sebelas purnama yang berlalu selepas itu, banyak kepincangan dan kekurangan yang kita lakukan. Sebelas purnama itu tidak akan kembali lagi. Kini sekolah Ramadhan yang baru yang punya guru, buku dan undang-undang yang sama datang lagi. Mungkinkah azam semasa belajar di sekolah yang lalu akan mekar kembali dan direalisasikan dengan bersungguh-sungguh?
Setengah Kena Bagi Balik
Berulang-ulang kali saya membaca kisah jutawan Malaysia, Syeikh Bukhari. Bukan terkasima dengan jumlah harta yang dimilikinya, tetapi betapa taatnya Syeikh kepada bondanya dan sehingga kini berpegang kepada pesan bonda bahawa ‘Setengah Kena Bagi Balik’. Kisah yang dimuatkan dalam Majalah Aniqah itu saya ulang baca berkali-kali. Bondanya berpesan, setiap keuntungan yang diperolehi dalam perniagaan, setengah daripada keuntungan tersebut hendaklah disedekahkan kepada orang susah.
Teringat azam Ramadhan lalu, mahu bersedekah banyak-banyak. Tapi, apabila Ramadhan berakhir, tidak seberapa pun sedekah yang dikeluarkan. Sebelas purnama kemudian, hmmph… lagi lah liat mahu bersedekah sedangkan dunia sekarang sudah online segala-gala. Kalau nak sedekah, ambil nombor akaun, transfer online sahaja!
Mampukah kita bagi balik, bukan setengah, bukan suku… tapi secebis dari harta yang ada secara istiqamah setiap Ramadhan dan 11 purnama berikutnya? Allahumma a’inna….
Buat semua blogger yang menjengah blog abiey yang tak seberapa ini... Abiey mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa yang bakal menjelma dalam 2 hari lagi nih... semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah-sudah.
Jadikanlah puasa ni ibadah yang memperteguhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ingatilah apa yang terkandung dan fadhilat serta kelebihan yang diberikan dalam bulan puasa nanti. Hambat dan rebutlah malam lailatul qadar, perbanyakkanlah ibadah sunat dan qiamullail. Sucikanlah hati dengan taubat dan bacaan al-Quran.. Semoga kita beroleh keberkatan dan semoga kita berkesempatan menghabiskan puasa tahun ini dengan sesempurnanya.. insya Allah.
a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.
b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.
c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam- kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri..... .jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Artikel ini diambil daripada suhaimy.org. yakjuj dan makjuj: satu kajian.
Abiey memasukkan entry ini kerana ada permintaan dari rakan dan anak murid abiey... harap ilmu ini diperkenankan oleh tuan yang empunya.
kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas. Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas muka bumi?
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis, ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).
Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).
Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.
Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan, hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.
Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Every day, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight through it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow,’ and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this case, he will make an exception by saying Insha’Allah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows into the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven.’ Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it… ‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat.’â€� (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.
“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyak hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan mereka.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.
“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit matahari” iaitu timur dunia.
“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka, dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah. Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him indicated the size of the hole with his finger and thumb)” (Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come from every lofty place.” (Muslim)
Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang telah saya catat sebelum ini.
Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.
Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67 degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke 17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi) bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).
Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa “Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman silam. Ada empat yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s. 2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent. 3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia. 4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.
Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang yang dipisahkan oleh laut yang luas.
Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.
Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun. Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10 bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog) iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia, ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai ini.
Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akan mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke gunung-ganang menjauhi kaum ini.
Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini. Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakah sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?
Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya (terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi, mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.
Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya. InsyaAllah.
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja