nuffnang

Thursday, August 12, 2010

Tazkirah Awal Ramadhan 1431H – Setengah Kena Bagi Balik


Alhamdulillah, masih sempat lagi jiwa ini berenak-enak dalam damai bayu Ramadhan 1431H. Selepas 11 purnama meninggalkan Ramadhan yang lalu, tidak pasti, apakah tarbiyah Ramadhan 1430H berbekas pada akhlak dan budi. Sungguh kerdil manusia di sisi Allah s.w.t. Cakap berdegar-degar, tetapi aplikasinya tidak seberapa.

Setiap kali Ramadhan bermula, maka kita diingatkan bahawa Ramadhan ialah satu madrasah. Satu sekolah. Sekolah untuk mendidik manusia menghayati tauhid kepada Allah s.w.t.. Sekolah untuk mengawal nafsu pada saat syaitan dirantai. Sekolah untuk membentuk jiwa agar sentiasa dekat dan rindu Tuhan pencipta. Sekolah untuk memfokuskan setiap tingkah laku supaya diiktiraf sebagai satu ibadat kepada Allah s.w.t.

Ramadhan ini, berhentilah tanam keazaman yang baru!

Ya, berhenti tanam azam yang baru. Untuk apa bina keazaman yang baru jika sekolah Ramadhan yang lama pun ibarat sekolah swasta yang mahal yang ada guru, ada buku, ada undang-undang, tetapi pelajar-pelajarnya berlagak dan sombong pada pentadbiran sekolah? Oh, kitakah pelajar-pelajar itu?

Sekolah Ramadhan lalu, ada gurunya iaitu Allah s.w.t. yang menyiapkan untuk kita akidah dan syariat terluhur, ada bukunya iaitu al-Quran yang sarat dengan panduan dan pengkisahan yang penuh iktibar, serta ada undang-undangnya iaitu syariat yang terbentuk daripada sumber primer dan sekunder. Ia satu pakej lengkap! Tinggal kita yang setiap nama kita didaftarkan secara rasmi sebagai pelajar-pelajar sekolah Ramadhan… Ada kalanya kita culas, malas, ketegaq, mengelat, mengulaq dan bosan dengan syariat terindah itu.

Mahu menyalahkan syaitan yang telah menghasut kita? Oh! Syaitan telah digari… dirantai… tak boleh nak hasut-hasut manusia lagi. Nak bisik-bisik kat telinga atau nak hantar sms dah tak boleh. Maka salah siapa? Hmm… fikir… fikir…. fikir lagi untuk mencari helah daripada dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. tentang segala kesilapan yang telah dilakukan sedangkan di ‘tapak perhimpunan’ nanti, lidah akan menjadi kelu tidak mampu berbicara lagi. Hanya anggota badan sahaja yang akan menjalankan tugas memberikan pengakuan atas segala yang pernah dilaku.

Sekolah Ramadhan lalu… telah berlalu. Tidak akan kembali. Sebelas purnama yang berlalu selepas itu, banyak kepincangan dan kekurangan yang kita lakukan. Sebelas purnama itu tidak akan kembali lagi. Kini sekolah Ramadhan yang baru yang punya guru, buku dan undang-undang yang sama datang lagi. Mungkinkah azam semasa belajar di sekolah yang lalu akan mekar kembali dan direalisasikan dengan bersungguh-sungguh?

Setengah Kena Bagi Balik

Berulang-ulang kali saya membaca kisah jutawan Malaysia, Syeikh Bukhari. Bukan terkasima dengan jumlah harta yang dimilikinya, tetapi betapa taatnya Syeikh kepada bondanya dan sehingga kini berpegang kepada pesan bonda bahawa ‘Setengah Kena Bagi Balik’. Kisah yang dimuatkan dalam Majalah Aniqah itu saya ulang baca berkali-kali. Bondanya berpesan, setiap keuntungan yang diperolehi dalam perniagaan, setengah daripada keuntungan tersebut hendaklah disedekahkan kepada orang susah.

Teringat azam Ramadhan lalu, mahu bersedekah banyak-banyak. Tapi, apabila Ramadhan berakhir, tidak seberapa pun sedekah yang dikeluarkan. Sebelas purnama kemudian, hmmph… lagi lah liat mahu bersedekah sedangkan dunia sekarang sudah online segala-gala. Kalau nak sedekah, ambil nombor akaun, transfer online sahaja!

Mampukah kita bagi balik, bukan setengah, bukan suku… tapi secebis dari harta yang ada secara istiqamah setiap Ramadhan dan 11 purnama berikutnya? Allahumma a’inna….


Dipetik dari Dr.Hasanah.com

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan yang bakal menjelma

Assalamualaikum...

Buat semua blogger yang menjengah blog abiey yang tak seberapa ini... Abiey mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa yang bakal menjelma dalam 2 hari lagi nih... semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah-sudah.

Jadikanlah puasa ni ibadah yang memperteguhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ingatilah apa yang terkandung dan fadhilat serta kelebihan yang diberikan dalam bulan puasa nanti. Hambat dan rebutlah malam lailatul qadar, perbanyakkanlah ibadah sunat dan qiamullail. Sucikanlah hati dengan taubat dan bacaan al-Quran..
Semoga kita beroleh keberkatan dan semoga kita berkesempatan menghabiskan puasa tahun ini dengan sesempurnanya.. insya Allah.

Selamat beribadah abiey ucapkan

Sunday, August 8, 2010

Lelaki-lelaki yang di tarik ke neraka

Pertama:- Ayahnya

a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia.

b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
mengaji dan sebagainya.

c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....

d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja
maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.

b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam-
kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

Firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA,
DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
sendiri..... .jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh
dan dengan ikhlas..

Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga.....
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

NAUZUBILLAH....NAUZUBILLAH
...NAUZUBILLAH...

Tuesday, August 3, 2010

Yakjuj dan Makjuj: Satu Kajian

Artikel ini diambil daripada suhaimy.org. yakjuj dan makjuj: satu kajian.

Abiey memasukkan entry ini kerana ada permintaan dari rakan dan anak murid abiey... harap ilmu ini diperkenankan oleh tuan yang empunya.

kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.
Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas muka bumi?


Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis, ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-mata bersaiz gua).

Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka
yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber
hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai
berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah
telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah
Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah
manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat
manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah
sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi
mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa
sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut pada satu hari nanti.

Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula
ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah
telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh
dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan, hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.

Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Every day, Gog and Magog try to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight
through it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow,’ and when they come back, the barrier becomes stronger than it was before. This will continue until their time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until
they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this case, he will make an exception by saying Insha’Allah, thus relating the matter to the Will of Allah. They will return on the following day, and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging and come out against the people. They will drink all the water, and find the hole exactly as they left it, and the people will entrench themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows
into the sky, and they will fall back to earth with something like blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of earth, and overcome the people of Heaven.’ Then Allah will send a kind of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…
‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth will become fat.’� (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)

Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.


“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyak
hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza
pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan
Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.

“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan mereka.

“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.

“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit matahari” iaitu timur dunia.

“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka, dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah. Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him indicated the size of the hole with his finger and thumb)” (Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come from every lofty place.” (Muslim)

Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang telah saya catat sebelum ini.

Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari
anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.

Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67 degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam
bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke 17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah
tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi) bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).


Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa “Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman silam. Ada empat yang paling terkenal:

1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.

Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang yang dipisahkan oleh laut yang luas.

Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi
canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.

Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun. Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10 bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog) iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia, ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai ini.


Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka
tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akan
mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke gunung-ganang menjauhi kaum ini.

Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini. Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakah
sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?

Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya (terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi, mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.

Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.
InsyaAllah.

Wallahua’lam.

sumber : ibnuyusof megasutera

Wednesday, July 28, 2010

Kisah Berkat Disebalik Membaca Bismilllah



Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan
setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan
Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa
memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik
Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T.
supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata
: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu
itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan
wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di
samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.
Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan
berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu
untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh
suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu
dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah
S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja

Monday, July 26, 2010

Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Hadis :
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. (al-Bukhari)

Huraian :
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Amalan Sunat Nisfu Syaaban

Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

'Solat Sunat' Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: "Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya... Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur'an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59]

Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [AalImr.an 3:31]

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan
jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).

Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya.

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.”

Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya).

Di dalam kitab
al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah).

Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca al-Ikhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.

Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.”

Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.”

Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.”

Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il al-Maqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran.

Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum).

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan berterusan.’”

Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam
Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.”

Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk
mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w.

Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata
ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela.

Samalah juga dengan
sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.”

Kita memohon agar
Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.

Ulasan dan terjemahan : www.darulkautsar.com
[Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882]


Sunday, July 25, 2010

Syaaban yang menguji kesabaran dan keimanan

Tanggal 21-7-2010...
Abiey dan keluarga dikejutkan dengan satu panggilan telepon dari kakak ipar yang mengatakan "Cik masuk wad" ..... lama tak bertanya khabar dan selalu diberitahu sihat wal afaiat... tiba-tiba khabar ini yang diterima...
Terfikir jugak........ teruk ke... atau satu pengusiran secara terhormat?????
Tak apalah... apa-apa pun abiey dan keluarga harus memikul tanggungjawab ini. Insya Allah.....
Mertua dimasukkan ke Unit kecemasan "Red Zon" dan selepas 6 jam barulah keadaan stabil dan di bawa ke wad puteri HRPZKB

Tanggal 22-7-2010
Sekali lagi abiey dikejutkan dengan panggilan telepon.
Panggilan kecemasan daripada isteri yang kebetulan berada di hospital untuk menjaga ibunya.
" Abiey.. Ku Chik ( panggilan manja untuk anak sedaranya ) tenat, berada di Red Zon".
Hati gelabah dan tak tenteram disekolah... Abiey minta kebenaran dari pentadbir sekolah untuk ke Hospital... Sampai di sana...... suasana suram dan sedih... keadaan ku chik memang sangat kritikal. sesekali abiey dan isteri menjenguk ke bilik rawatan.... ku chik masih dikerumuni oleh ramai doktor pakar...
Akhirnya..... jam 1145 pagi ku chik pergi meninggalkan kami diusia 9 bulan akibat demam campak. Suasana di unit kecemasan.... tak terkata... sedih dan memilukan.....
Abiey lihat abang iparlah orang yang paling tabah.... tiada riak kesedihan ditunjukkan .... mungkin di dalam hati hanya tuhan yang tahu...

Jam 5.00 petang ku chik disemadikan di tanah perkuburan Banggol Jalan PCB.
Al- Fatihah buat Ku Chik ( Tengku Muqrie Syahmie Bin Tengku Marzuki )