nuffnang

Wednesday, April 22, 2009

Kongsi Artikal Ustaz Zahazan

Abiey cuba kongsikan artikal dari laman blog ustaz Zahazan Mohamad

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sebahagian dari baiknya ( kualiti )keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.( al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi )

HURAIANHadis di atas juga diriwayatkan oleh Qurrah bin Abdurrahman dari Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dan sanad-sanadnya dianyatakan sebagai sahih. Tentang Hadis ini diaberkata: “Hadis ini kalimatnya pendek tetapi padat berisi dalam mesej yang dibawanya. Serupa dengan Hadis ini adalah ucapan Abu Dzar yang bermaksud: “Barang siapa yang menilai ucapan dengan perbuatannya, maka dia akan mengurangkan bicara dalam hal yang tidak berguna bagi dirinya.

”Di dalam tafsir Ibn Kathir dalam riwayat dari Imam Malik menyebutkan telah sampai kepadanya keterangan bahawa seseorang berkata kepada Luqman al-Hakim: “Apa yang menjadikan engkau mencapai darjat yang kami saksikan sekarang?” Jawab Luqman : “Berkata benar, menunaikan amanat, dan meninggalkan apa saja yang tidak berguna bagi diriku.”Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata: “Tanda bahawa Allah menjauh dari seseorang iaitu apabila orang itu sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna bagi kepentingan akhiratnya. “Dia berkata bahawa Abu Dawud berkata: “Ada empat Hadis yang menjadi dasar bagi amalan muslim, salah satunya adalah Hadis ini.”

3 comments:

  1. Abiey,
    Semoga Allah tidak akan menjauhi kita..

    ReplyDelete
  2. begitulah hendaknya..
    Innallaha maana

    ReplyDelete
  3. salam...dah jadi ahli hpa?mari bersama saya perjuangkan ekonomi umat islam.dgn hanya slogan mai secawan saje dapat pulangan berbaloi.gempur!!

    ReplyDelete