Semua jalanraya, semua trafficlight, semua simpang, semua jambatan, semua tol, semua ruam yang dulunya sepi, semua kerlipan cahaya bersinar, semua senyuman terserlah dan semuanya bergembira.
Itulah bahana balik kampung dan panggilan aidil fitri di kampung halaman. Keluarga Abiey juga terasa.. apabila kepulangan adik beradik yang berada di luar telah memeriahkan suasana aidil fitri tahun ini.
Adik abiey yang bekerja syabas bersama isteri dan adik yang berada di tanjung malim ( UPSI ) sampai di halaman rumah bonda abiey jam 9.45 pagi ini.
Mak saudara yang tinggal di Semenyeh beserta sepupu telah sampai kelmarin. Menurut mereka. jalan raya berjalan dengan lancar, mungkin para perantau telah pulang awal bagi mengelakkan berlaku kesesakan jalanraya.
Ibu teruja menghias rumah walaupun dalam keadaan uzur.
Abiey tak membuat persiapan yang besar, ala kadar sahaja.. Isteri masih lagi dalam tempoh pantang. Sudah sebulan kami berada di rumah mak kami dan insya Allah akan beraya di rumah mak abiey.. jimat kos tahun ni..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Semoga berbahagia dan bergembira
dari abiey sekeluarga
slm.. selamat hari raya juga la deh.... mntak maap byk la kalo ada salah silap...
ReplyDeleteambo dok utara ni .... online ke? skype ada ? yahoo?
ReplyDeleteadam faris
ReplyDeleteada skype
ada ym
bolehlah nak join
cikgu adham
ReplyDeletesama2 lah kita..