nuffnang

Monday, October 12, 2009

Kursus Bengkel SPI

Bermula 11 - 13 Oktober
Bertempat: Hotel Permai Inn Kuala Terengganu
Abiey terpilih untuk mengikuti bengkel penyediaan Buku Pengurusan Persatuan Pendidikan Islam bagi sekolah menengah negeri kelantan. Kursus ini adalah untuk merangka program yang akan dilaksanakan oleh Persatuan Pendidikan Islam semua sekolah negeri Kelantan. Abiey bersama dengan group diketuai oleh:
Pn Rosnani bt Muhamad
Ustaz Zahari Deraman ( Abieylah nih )
Ust. Wan Adnan b Wan Abdullah
Ust. Mohd Rusdi b Mansor
Ust. Azmi b Mohamad
Ust. Zakaria b Idris
Ustzh. Haslina bt Mokhtar
Ustzh. Norbintani bt Ramli
Ustzh. Zamriza bt Daud
Ustzh. Hasnah bt Nik Hassan
Bengkel ini diharap akan mendapat manfaat yang besar kepada semua guru dan pelajar. Kemudahan dan keperihatinan Unit Pendidikan Islam, JPN untuk memudahkan para guru melaksanakan dan menjalankan program Persatuan Pendidikan Islam. Perjalanan Persatuan akan lebih teratur dan kemas dan juga memberi ilmu yang menyeluruh kepada pelajar khasnya.

Kumpulan abiey yang merangka dan merancang program untuk dimasukkan di dalam buku pengurusan PPI

Abiey sedang menyiapkan tugasan yang diberikan sambil diperhatikan oleh ketua kumpulan Pn. Rosnani Muhamad

Abiey bersama teman lama ketika belajar di IPKB, bertugas di Sarawak dan bersama-sama di kursus ini.

Perbincangan secara tidak formal bersama dengan Ustaz Lazim.


Penat lelah kursus terubat apabila masuk bilik hotel...

Beradu ditilam yang empuk ini..
Bolehlah kalau nak bermalam di hotel ni.. selesa jugak.

_____________________________________________
Anak abiey yang sedang membesar IMTINAN
Dipangku oleh kakaknya Aeisha

Menjadi teman sepermainan kakaknya,

Penat selepas dikerjakan oleh kakaknya..
Membesar didepan mata tak nampak begitu ketara.. bila ditinggalkan walaupun 3 hari dah nampak perbezaannya...


4 comments:

  1. salam ustaz, cantik dan nampak selesa hotel tempat ustaz menginap ni, satu masa nanti teringin gak menginap di hotel ni bersama family.. anak ustaz sungguh comel :)

    ReplyDelete
  2. Ustaz ni kira-kira nya orang penting juga lah ni......

    ReplyDelete
  3. Fly
    Jemputlah ke Permai Inn, bukan nak promosi tapi selesa sungguh...
    sempena dengan monsun cup ni... datanglah

    ReplyDelete
  4. man laksam
    Tak brapa penting sangat, sekadar orang yang merancang dan buat kerja aje..

    ReplyDelete