nuffnang

Tuesday, October 20, 2009

Penat lelah dirai

15 Oktober 2009, Unit Pendidikan Islam PPDKB telah menganjurkan majlis jamuan makan tengahari di restoran ketam bakar di Pengkalan Petah, Tawang Bachok Kelantan. Abiey juga termasuk di dalam senarai jemputan. Jamuan yang diadakan ini adalah untuk menghargai jasa dan kerjabuat yang dilakukan oleh JLU ( Juru Latih Utama ) Pendidikan Islam, PPD Kota Bharu.
Sepanjang tahun ini abiey dan rakan-rakan JLU lain telah berkerjakeras untuk merancang, membina dan menyiapkan program untuk meningkatkan pencapaian Pendidikan Islam PMR dan SPM. Majlis yang diadakan ini sedikit sebanyak memberi penghargaan kepada JLU. Abiey mengucapkan jutaan terimakasih kepada Al-Fadhil Ustaz Fakrurazi Penolong PPD Unit Pendidikan Islam PPD KB yang memberi kepercayaan untuk abiey bersama2 dalam team ini. Sumbangan abiey yang tak seberapa ini diharap dapat membantu pihak PPD KB. Insya Allah. Terimakasih diatas jamuan yang menyelerakan... tahun depan kena fikir tempat yang lagi best..

Ucapan daripada boss...
Antara JLU yang terbabit dalam pningkatan Pendidikan Islam, bahasa arab dan tasawwur di kota bharu

JLU perempuan yang tidak lokek dengan ilmunya.

Ustaz Yusuf.... Tak sabar nak makan nih..

JLU yang banyak memberi sumbangan


Kelihatan Kak Na yang banyak memberi sumbangan dan merupakan orang kanan yang berjaya menjalankan amanah.. syabas kak.

Kak Han.... yang banyak pengalaman

Akhirnya...
lala ... habis
Ikan .... habis
Ketam bakar..... habis
Udang bakar juga habis....
yang tinggal hanya sisa shj....
Terimakasih kpd Unit Peendidikan Islam..
Moga Pendidikan Islam, Tasawwur dan Bahasa Arab tahun ini meningkat lebih lagi...


4 comments:

  1. salam, menyelerakan sungguh dan nampak sedap lah makanan kat sini, boleh cuba ni klu balik kelantan :) Anyway tahniah dengan kejayaan team ustaz tu.

    ReplyDelete
  2. Abiey,
    Nampak sedapppp. Pak Man nok gi try lah.....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Tahniah kepada team Ustaz..nak mintk tlg sampaikan salam saya (Razifah) kepada Ustazah Nik Zulina Nik Taib..harapnya dia ingat la saya..dia mengajar saya masa saya di SMK Dato' Ahmad Maher dulu..saya terputus hubungan dgn dia..TQ ustaz..

    Razifah,
    Dunedin, NZ.

    ReplyDelete
  4. Fly,,
    Boleh2.. nanti abiey bawakan..
    tempatnya tepi sungai.. kira restoran terapung jugalah..

    Pakman..
    Orang Bachok mesti tahu tempat nih... Selamat mencuba...

    razifah
    Thank's kerana melawati blog abiey nih.. Nik Zulina tuh merangkap sebagai ketua team kamilah.. Nanti saya bagitaunya.. nak bagi no tel dia.. sila lawati blog PAI BEST.blogspot.com. Moga hubungan terjalin kembali

    ReplyDelete