nuffnang

Wednesday, October 14, 2009

Proses menambah berat badan

Sepanjang bulan syawal ni merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang melimpah ruah rezeki.. Pelbagai jamuan dan juga hidangan hari raya diadakan, Dari satu majlis ke satu majlis hari raya dipenuhi undangan. Sampaikan satu hari perut tak sempat kempis.. memboyot dan kekenyangan. Bulan Ramadhan yang ditinggalkan penuh dengan keinsafan.. insaf untuk menurunkan berat badan dilupakan.. sental, bedal, sumbat dan rembat apa aje yang dihadapan.... hilang risau pasal penyakit, berat badan dan sebagainya.. bahagianya bulan syawal nih...

Agenda bulan syawal belum pun habis... muncul pula pelbagai jamuan diperingkat sekolah.. jamuan akhir tahun, jamuan kelab, jamuan persatuan dan pelbagai lagi.... risauuuuu.. tak ada dalam benak fikiran..
Seorang sahabat pernah berkata: " makan masa selera nih, bila dok terlentang atas katil nanti apa pun tak mau lagi". Itulah prinsip seorang rakan. Abiey.... akurr aje... rembat juga..

Lilitan pinggang masa puasa dulu... 32.. sekarang bulan syawal belum habis lagi dan mencecah 44.. wuyooooo.. lajunya dan maju kehadapan. Itulah penangan hawa nafsu makan.. besar sungguh selera....

Amalan terbaik ialah mengekalkan amalan bulan ramadhan untuk sepanjang bulan

• Melaksanakan ibadat (wajib) terutamanya ibadah solat dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran diri.
• Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan, sebagai contoh : solat sunatqabliah dan ba’diah, qiamullai, puasa isnin khamis dan banyak lagi ibadah-ibadah sunat lain yang dituntut,walaupun sedikit tapi berkekalan.Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “…amalan terbaik kepada Allah ialah yang berterusan,walaupun ia sedikit.”
• Membaca, memerhati, memahami, mengkaji ayat-ayat suci al-Quran. Amalkan membacanya sekerap yang boleh.
• untuk menguatkan jiwa dalaman, perbanyakkan zikir (mengingati Allah) dan sentiasa beristigfar (memohon keampunan daripada Allah).
• Menambah pengetahuan mengenai sirah Nabi dan para sahabat
• Sentiasa mendampingi para alim ulama’ dan mengutip ilmu yang ada pada mereka serta mendengar ceramah-ceramah agama.
• Menjaga hati dengan meninggalkan setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat, program televisyen yang tidak sopan,lagu dan gambar tidak elok (lucah).
• Memperbanyakkan taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu kepada Allah dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi
(dipetik dari blog ukhuwahkita.)

2 comments: