nuffnang

Thursday, February 11, 2010

Cuti Lagi..

Minggu ini bermula pula cuti yang panjang untuk sekolah abiey. Seminggu.. macam cuti pertengahan penggal pulak. Cuti tahun baru ni rasanya semua blogger telah pun merangka perancangan sendiri. Bagi abiey sekeluarga, perancangannya adalah ke Jerantut Pahang ( rumah bapak saudara ) menghadiri majlis kenduri kahwin. Selepas tuh tak tau lagilah nak tuju arah mana. Ikut rasalah nanti.... kalau nak ke Penang ke atau ke KL ke ? tengok mood dan modal...
Abiey harap semua rakan blogger yang telah merancang untuk ke mana-man tuh... pandulah kenderaan dengan berhati-hati. memandangkan buat masa sekarang ni banyak sangat berlaku kemalangan jalan raya yang mengerikan. Sama-samalah kita bersopan dijalan raya agar peristiwa dan musibah seperti yang telah berlaku dapat dielakkan. Insya Allah. Selamat Bercuti untuk semua dan Selamat menyambut Tahun Baru buat semua yang berbangsa cina. Gong Xi Fa Chai...


Selamat Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Chai

Elakkan berlaku peristiwa seperti ini semasa bercuti


Kejadian ini dapat dielakkan sekiranya kita sama-sama berhati2 dalam perjalanan. Mulakan dengan doa dan bertawakkallah kepada Allah

1 comment:

  1. happy holiday Abiey..Sally demam Huwarr!! terbantut mood cuti.

    ReplyDelete