nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

Berubatlah dengan solat

Berubatlah dengan solat



Allah SWT telah memerintahkan kita sebagai umat Islam di atas muka bumi ini dengan melakukan solat 5 kali sehari. Kita telah diajar oleh Rasulullah SAW mengenai cara menunaikan solat dengan sempurna. Kita semua sudah sedia maklum bahawa, solat itu adalah tiang agama. Gagalnya kita untuk menunaikan solat, maka gagallah kita dalam menjaga agama kita di dunia ini.

Berubatlah dengan melakukan solat. MENGAPA?

Selain daripada kita melakukan solat kerana perintah Allah, namun dengan melakukan solat, terkandung beribu hikmah yang datang tanpa kita sedari. Dengan solat, jiwa kita dilatih agar menjadi lebih tenang, baik di waktu malam mahupun siang.

Sesiapa yang mahukan hatinya lari daripada perasaan cemas, gemuruh, takut kepada perkara yang ditakuti, dan pelbagai gangguan jiwa, maka bersolatlah kerana solat itu mampu menundukkan hati yang ego, sombong, bongkak, kedekut dan sebagainya.

Sesiapa yang mahukan dirinya menjadi lebih bersemangat, meningkatkan kekuatan hati bagi menghadapi permasalahan dan kesulitan, maka bersolatlah keranan dengan solat itu, insyaAllah Allah memberikan kamu hidayah dan dipermudahkan segala urusan.

Sesiapa yang mahukan menenangkan semula urat-urat saraf, meredakan dan menyembuhkan penyakit didalam badan maka bersolatlah kerana solat itu mampu mengubatinya serta memberi manfaat kepada kebanyakkan penyakit yang berpunca daripada penyakit perut.

Telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata, " Rasulullah SAW telah melihatku ketika aku sedang berbaring kerana sakit perut, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: " wahai Abu Hurairah, apakah kamu berasa sakit perut? Aku menjawab: "Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, Bangkitlah dan kerjakanlah solat kerana dalam solat itu terkandung juga suatu rawatan yang sangat berkesan."


Sesiapa yang mahukan menyerikan wajahnya, menolak kezaliman yang menimpa dirinya, dimurahkan rezeki, mencegah penyakit syawat dan nafsu, maka bersolatlah kerana ia mampu memberi manfaat kepadamu.

Sesiapa yang hendak berubat daripada kelesuan, kebodohan, kemalasan dan kelemahan, hendaklah berubat dengan mengerjakan solat.

Sesungguhnya, solat itu merupakan ubat yang mujarab bagi segala penyakit rohani dan jasmani. Apabila seseorang itu telah mendirikan solat, sebenarnya ia telahpun melindungi dirinya daripada pelbagai penyakit.
Ketahuilah, tiada satupun perintah dan ciptaan Allah yang sia-sia. Ia penuh dengan hikmah yang tersembunyi.

Tekunlah dengan melakukan solat, insyaAllah diri anda sentiasa menjadi lebih bersemangat.

p/s: rahsia kekuatan yang sebenarnya bagi orang-orang yang berjaya ialah dengan solat yang khusyuk. Motivasi yang paling mujarab ialah dengan mengerjakan solat

Sumber: sharemotivasi

No comments:

Post a Comment