nuffnang

Monday, February 21, 2011

Rumah Rasulullah? Maulidurrasul Pgkt Sekolah

Assalamualaikum..

19/FEB/2011 sekolah abiey Maktab Sultan Ismail telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Maktab. Al-Hamdulillah penganjuran tahun ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang direncanakan.
Bermula dengan bacaan Yasin seterusnya solat hajat perdana, perarakan sekitar jalan telipot, ceramah, persembahan pelajar dan penyampaian hadiah. Semuanya berjalan dengan lancar dan acara terakhir dan menjadi kemestian setiap tahun ialah menjamu selera nasi dan gulai kawah.
Gulai Kawah abiey dan sepupu yang memasaknya dirumah waktu subuh dan dihantar ke sekolah jam 10.00 pagi. al-Hamdulillah, berjaya... Barakallah..

Sambil abiey menjelajah ke laman web dan mencari sedikit maklumat dalam jalur lebar nih... terjumpa foto rumah Rasulullah SAW. betul atau tidak tidak dapat dipastikan kesahihan foto ini.
Abiey hanya sekadar ingin berkongsi sahaja....


Foto rumah Rasulullah yang menjadi tempat berteduh Rasulullah selama 28 tahun.
mengikut tulisan arab di bawah gambar tersebut.

________________________________________________

Penceramah jemputan dari Tanah Merah. Ustaz Zawawi. Pegawai Khas J-Qaf bersama dengan PK KO dan Ustaz Mohamad b Saad.

Perarakan Maulidur Rasul 2011 bermula di padang Maktab

Solat Hajat Perdana diimami oleh Ustaz Anuar b Wahab

Sebahagian guru dan pelajar menunggu untuk bacaan yasin dan solat hajat


No comments:

Post a Comment