nuffnang

Sunday, April 10, 2011

Kulat Susu Rimau.


Assalamualaikum WMT WBT

Kulat Susu Rimau ni abiey jumpa di Cameron Highland semasa membawa rombongan Maktab Sultan Ismail ke sana.. Tidak dapat dipastikan khasiatnya, cuma yang abiey tahu semasa bertugas di Gua Musang dahulu kegunaannya ialah untuk mengubati barah. Cara Penggunaannya dengan mengasah kulat tersebut dan ambil airnya atau kulat itu sendiri dan ditampal ditempat yang terkena barah.. betul atau tidak mungkin pembaca blog abiey boleh memberi respon.

Mengikut perubatan kendalian HPA

Mengikut ceritanya, cendawan ini tumbuh dari tumpahan susu harimau namun tidak dapat dibuktikan kebenaranya, namun begitu dari zahirnya kulat ini seolah-olah satu ketumbuhan di payudara. Ini adalah sebahagian daripada kaedah pengecaman fungsi herba-herba ubatan.

Dalam pengubatan, kulat ini dijadikan ubat sapu di mana biasanya kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara. Pesakit akan merasai dingin dan dapat mengurangkan peradangan atau bengkak susu.

Air asahan tadi boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakan berlakunya peradangan yang lebih teruk. Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat di dalam hutan-hutan tebal di banjaran titiwangsa.

Kulat yang baik mempunyai berat bila di timbang dengan tangan dan tidak menjadi hampa dan kosong. Jika telah berlaku pembengkakan yang ada nanah penggunaan kulat ini akan menyebabkan ia pecah. Nanah serta darah kotor tadi akan mengalir keluar.



Harga Kulat ni RM360.00
Mahal kan... memanglah kerana susah nak mendapatkannya.


Kulat susu harimau @ Lignosus Rhinocerus
siap dengan nama saintifiknya lagi.




3 comments:

  1. Nak tahu lebih mengenai Cendawan susu rimau, boleh kunjungi : http://www.ligno.com.my

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete