nuffnang

Friday, October 7, 2011

10 Tanda kulit jadi penunjuk tahap kesihatan


10 Tanda kulit jadi penunjuk tahap kesihatan

Sudah menjadi sunnatullah keadaan fizikal/luaran adalah berkait rapat dengan dalaman, selalunya seiring dan kait-mengait antara satu sama lain. Sering kali apa yang ada di dalaman termasuk hati, perasaan, emosi, tahap kesihatan, penyakit, dsb. akan terpancar pada keadaan fizikal di luar dan mudah dikenali oleh orang yang berpengalaman dan berilmu.

Di sini saya ingin berkongsi dan memanjangkan tips dan tanda-tanda yang terdapat pada kulit yang boleh dijadikan sebagai penunjuk kepada keadaan tahap kesihatan atau penyakit yang dihidapi oleh seseorang itu. Ini adalah berdasarkan kepada fakta perubatan bukannya mitos. Dengan sedikit pengetahuan ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengenalpasti tahap kesihatan kita sebelum kita mendapatkan pengesahan, nasihat dan rawatan doktor perubatan.

Secaranya ringkasnya, 10 tanda pada kulit yang boleh dijadikan sebagai penunjuk penyakit ialah:

1. Kulit berwarna kekuningan, tapak tangan dan tapak kaki berwarna oren/jingga yang mungkin disebabkan masalah hipotiroid.

2. Gatal-gatal (seperti eczema) apabila berada di tengah panas/bawah cahaya matahari, yang mungkin disebabkan oleh keadaan alergi kepada cahaya matahari. Oleh itu, jauhkan daripada berada di bawah cahaya

matahari yang terik.

3. Garis hitam yang panjang di tapak tangan yang dikenali sebagai penyakit Addison, yang disebabkan oleh masalah sistem endokrina (adrenal).

4. Urat kaki bersimpul, berwarna biru kehitaman, yang dikaitkan dengan masalah saluran vena/salur pembuluh darah.

5. Tompok coklat di atas tulang kering /tulang keting, yang disebabkan oleh kerosakan kapilari darah.

6. Gatal yang keterlaluan di bahagian tangan terutamanya di siku, lutut, punggung, belakang atau muka, dikenali sebagai penyakit Celiac, yang disebabkan oleh alergi kepada gluten.

7. Tompok ungu (lebam) di mana-mana bahagian badan, yang disebabkan oleh salur darah yang pecah di kawasan tersebut. Sesetengah orang tua-tua dulu percaya (mitos) bahawa ini disebabkan dihisap oleh hantu air.

8. Gatal yang keterlaluan tanpa menunjukkan apa-apa ruam atau dikenali sebagai pruritis, yang mungkin menunjukkan tanda-tanda awal bagi kanser sistem limfatik.

9. Kulit pucat dengan kuku kebiruan, yang kemungkinan besar disebabkan oleh anemia dan masalah kekurangan zat besi/ferum dalam darah.

10. Kulit rasa kesemutan diikuti dengan ruam tapi cuma di sebelah muka atau badan, yang mungkin disebabkan oleh serangan virus pencetus cacar (chicken pox).

Oleh itu, jika ada tanda-tanda seperti di atas, eloklah diambil perhatian dan pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.


Sumber by Sitik's Blog.

No comments:

Post a Comment