3/Jun/2009
Abiey mengiringi pelajar ke Langkawi sempena dengan lawatan Asrama SIC. Kami bertolak dari SIC jam 5.45 petang dan sampai di Kuala Perlis jam 3.00 pagi. Sementara menunggu waktu subuh, kami berlabuh di Masjid Kuala Perlis.. Tidur dalam bas dan juga segelintir pelajar tidur dianjung masjid.
Selepas Subuh... kami bertolak ke jeti Kuala Perlis dan bersarapan di sana. Punyalah siok mak nyah yang berniaga di sana.. layanannya low class, sepatutnya kaum yang sebegini layanannya bagus.
Kami menaiki feri jam 8.00 pagi dan sampai di sana lebih kurang satu jam selepas itu.
Sesampai di Langkawi kami terus menuju ke Hotel Langkasuka.. badan danlah letih.. bilik belum dapat di check in.. tunggulah kami disekitar hotel tersebut.
Jam 12 lebih baru dapat check in. Masuk bilik hajat nak lena terus tapi tak dapat... Ingatkan bilik yang menenpatkan 3 orang besar rupa2nya... hanya untuk 2 orang sahaja dan terpaksa ditambah katilnya... aduhhh... hilang selera nak tidur...
tapi tak apalah..... faham2 saja sebab cuti sekolah.. pihak hotel banyak demandnya..

