nuffnang

Wednesday, May 27, 2009

Situasi Peperiksaan MSI

Suasana Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung di sekolah abiey sekarang menyajikan suasana dan panorama yang menarik.
Panorama yang mengambarkan pelajar-pelajar yang tidak bersedia menghadapi peperiksaan.
Gambar ni bukan niat untuk menjatuhkan dan memburukkan mana2 pihak, hanya sekadar melahirkan rasa terkilan pelajar2 abiey yang menghadapi peperiksaan. Markah masing2 mau yang gempak punya tapi persediaan hampeh.

Abiey selalu cabar pelajar abiey... Cuba buat "kejutan dan perkara yang diluar dugaan" supaya sama2 dapat membanggakan maktab yang disayangi ini.

Jadikan maktab sebagai Sekolah Kluster Pertama di negeri Kelantan. Biar gempak dengan kecemerlangan dalam pelbagai segi. jangan gempak ngan kemeruduman prestasi dikalangan sekolah2 kluster.

Suasana di awal peperiksaan. Masing2 menumpukan perhatian dengan membaca soalan yang dikemukakan.
Jawapan yang disediakan oleh salah seorang pelajar

Ni dah tersungkur..... Kertas Bahasa Inggeris 2 dalam buaian dan lenaan

Hanya sekadar hiasan...Tak leh jawab baik tidur...

Bukan semua lentuk... hanya segelintir sahaja.. yang segelintir inilah akan kita benteraskan...


Dikejutkan ... bangun sekejap... lentuk balik... kejutkan kembali..... bangun dan basuh muka kat tandas... lentuk balik.... begitulah



6 comments:

  1. Student yang tidur jangan dikejutkan.Biarkan.sampai masa royak je ke ibu bapa dia.Royak masa perjumpaan ibu bapa.

    ReplyDelete
  2. kalau lah dia orang betul-betul belajar, tak akan ada masalah itu....kan! Sebab mereka asalnya pelajar cemerlang... sebab tu dapat masuk SIC!
    pakai Bomohla pula ustaz!!

    ReplyDelete
  3. Abiey,
    Rasanya hati masing2 dah takde untuk exam.. Mungkin dah berkira-kira nak balik bercuti agaknya.. Tu yang jadi camtu..

    Sabar ek..

    ReplyDelete
  4. cIKGU sUE
    Mula2 tak kejutkan jugak tapi bila PKP naik terpaksa kena kejutkan..
    Nanti apa pula penilaian boss kat kita

    ReplyDelete
  5. cikgu_mate
    Bomoh pun tak ppakai doh... banyak dok oh hantu ngan mereka..

    ReplyDelete
  6. catz_mafia
    Dia orang nih sepanjang rileks.. boleh dikatakan cuti sokmolah

    ReplyDelete