nuffnang

Wednesday, June 3, 2009

Hari Pertama Lawatan Ke Langkawi

3/Jun/2009
Abiey mengiringi pelajar ke Langkawi sempena dengan lawatan Asrama SIC. Kami bertolak dari SIC jam 5.45 petang dan sampai di Kuala Perlis jam 3.00 pagi. Sementara menunggu waktu subuh, kami berlabuh di Masjid Kuala Perlis.. Tidur dalam bas dan juga segelintir pelajar tidur dianjung masjid.
Selepas Subuh... kami bertolak ke jeti Kuala Perlis dan bersarapan di sana. Punyalah siok mak nyah yang berniaga di sana.. layanannya low class, sepatutnya kaum yang sebegini layanannya bagus.
Kami menaiki feri jam 8.00 pagi dan sampai di sana lebih kurang satu jam selepas itu.
Sesampai di Langkawi kami terus menuju ke Hotel Langkasuka.. badan danlah letih.. bilik belum dapat di check in.. tunggulah kami disekitar hotel tersebut.
Jam 12 lebih baru dapat check in. Masuk bilik hajat nak lena terus tapi tak dapat... Ingatkan bilik yang menenpatkan 3 orang besar rupa2nya... hanya untuk 2 orang sahaja dan terpaksa ditambah katilnya... aduhhh... hilang selera nak tidur...
tapi tak apalah..... faham2 saja sebab cuti sekolah.. pihak hotel banyak demandnya..

Sewaktu menunggu feri...
Feri yang abiey naiki.. ok jugak ombak tak bergelora sangat... kalau tak .... tak taulah.. abiey nih jenis mabuk darat.

Sewaktu dalam feri...

Ni lah rupa bilik ... satu tilam ditambah disebelah katil..

TV dan kelengkapannya..... Boleh lah budget duit..

Abang Johan yang kepenatan... memandu dari KB hingga Perah....
dan sambung sampai jeti Kuala Perlis bergilir2 dengan Jailani.

Ni baru catatan sewaktu sampai... nanti petang nak ronda sekitar Pekan kuah. Lihat apa2 yang patut.
Esok ada aktiviti tetap.. lawatan ke tempat2 yang menarik di sekitar Langkawi..




Thursday, May 28, 2009

Cuti Bermula

Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama. Rasa teruja jelas kelihatan diraut wajah pelajar2 tambahan lagi untuk form 1 , 2 dan 4. Mereka boleh pulang terus pada petang nih. Amat kelat bagi pelajar kelas peperiksaan kerana mereka kena stay lagi hingga hari Ahad. Mereka terlibat dengan kelas Golden Holiday.

Cikgu2 pun nampak manis muka semuanya. Lebih lagi keterujaannya daripada anak murid. Bagi yang terlibat dengan golden holiday, sama jugak ngan pelajar2 tadi..... masam mencuka. Bagi yang tak beres ngan kertas peperiksaan juga begitu juga.

Jadual yang bakal ditempuhi untuk musim cuti abiey
* Habiskan memeriksa kertas peperiksaan
* Bertugas di padang SIC untuk Sukan MSSM ( Bolasepak)
* Bawa anak jalan2
* Ke Langkawi untuk lawatan Pelajar Asrama
* Kenduri kendara ( lebih dari 15 jemputan )
* dan banyak lagilah..

Wednesday, May 27, 2009

Situasi Peperiksaan MSI

Suasana Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung di sekolah abiey sekarang menyajikan suasana dan panorama yang menarik.
Panorama yang mengambarkan pelajar-pelajar yang tidak bersedia menghadapi peperiksaan.
Gambar ni bukan niat untuk menjatuhkan dan memburukkan mana2 pihak, hanya sekadar melahirkan rasa terkilan pelajar2 abiey yang menghadapi peperiksaan. Markah masing2 mau yang gempak punya tapi persediaan hampeh.

Abiey selalu cabar pelajar abiey... Cuba buat "kejutan dan perkara yang diluar dugaan" supaya sama2 dapat membanggakan maktab yang disayangi ini.

Jadikan maktab sebagai Sekolah Kluster Pertama di negeri Kelantan. Biar gempak dengan kecemerlangan dalam pelbagai segi. jangan gempak ngan kemeruduman prestasi dikalangan sekolah2 kluster.

Suasana di awal peperiksaan. Masing2 menumpukan perhatian dengan membaca soalan yang dikemukakan.
Jawapan yang disediakan oleh salah seorang pelajar

Ni dah tersungkur..... Kertas Bahasa Inggeris 2 dalam buaian dan lenaan

Hanya sekadar hiasan...Tak leh jawab baik tidur...

Bukan semua lentuk... hanya segelintir sahaja.. yang segelintir inilah akan kita benteraskan...


Dikejutkan ... bangun sekejap... lentuk balik... kejutkan kembali..... bangun dan basuh muka kat tandas... lentuk balik.... begitulah



Tuesday, May 26, 2009

Ragam menduduki peperiksaan

First
masuk je dalam kelas, abiey bahagikan kertas soalan. semua pelajar membelek2 kertas soalan. yang menghairankan ada lagi yang masih terpinga2 ngan kertas soalan

10 minit pertama semua pelajar ok. tak banyak kerenah. terus menjawab soalan. ada dua tiga kerat yang tak tahu nak buat apa. asyik merenung kertas soalan, tak tahulah samada tak tahu nak mula atau tak nak mula langsung.

20 minit seterusnya. ada yang dah mula membuta dan mengisi tabung tahi mata. Selesa sungguh mereka, cikgu bagai nak rak mengajar dan menyediakan soalan, mereka buat tahi mata pulak. Ni yang melemahkan semangat cikgu2 dan mereka hanya ambil sikap sambil lewa sahaja.

1 jam berlalu makin ramai yang terkulai layu dan jatuh tersembam muka kat meja dengan diulit mimpi yang indah. Abiey yang sedang mengawasi cuba membangunkan mereka, aaahh mereka buat tak tahu aje.. Ni yang menguji kesabaran abiey nih...

Masa peperiksaan berlangsung selama 2 jam. satu jam dah dihabiskan dengan jayanya ( tidurlah ) menunggu 1 jm berikutnya. Abiey dah mula meninggikan suara,, bangun dan jawab soalan yang disediakan. Di sini ada yang bangun dan ada yang masih melayan mimpi yang indah

30 minit sebelum tamat peperiksaan...
Abiey mengejutkan lagi pelajar yang tidur. Mereka bangun dan dengan muka yang selamba menanyakan abiey " Dah habis masa ke ustaz?" inilah soalan mereka. mereka bukannya nak menjawab tapi nak keluar awal.

Nilah penyakit yang abiey tempuh. Membaca malas tapi nak markah tinggi. Itulah anak murid abiey ketika mereka menduduki peperiksaan.. bila time peperiksaan dalaman, mereka buat sambil lewa sahaja Hinggakan susah bagi cikgu untuk target mereka.

Bila lepas periksa... belum pun beberapa jam dah tanya bila nak periksa. Bukannya nak tanya soalan yang dijawab sebentar tadi betul ke tidak betul. Nak markah awal dan bila diberi masa menjawab mereka tidur,
Adusssss ,, terimalah apa2 pun.. itulah nasib cikgu dari kini hingga selama2nya.

Saturday, May 23, 2009

Periksa dan Kertas Periksa

Bermula peperiksaan maka bermulalah kerja abiey sebagai cikgu. Kena memeriksa kertas pelajar yang berlambak. Aduss.. dengan tugas yang tak rasmi pun banyak jugak kena buat. ahhh.
kertas periksa. kertas periksa..
Yang membosankan ialah... apa yang diajar tak diluahkan sepatutnya di kertas jawapan.. apakah abiey mengajar hanya seronok sorang saja. hinggakan jawapan yang tak mengembirakan ku..
Form 5 aku berpuas hati jugak. namun form 4 yang satu kelas tuh.... aduhhh... sabar ajelah.
jawapannya merapu sangat.... apalah nasib abiey ni...
Lepas nih kena buat yang terbaik lagilah , agar anak didik abiey tak terlena ngan khayalan masing2.
Tugas sebagai guru yang dikenali sebagai murabbi, muaddib, mualim, dan sebagainya kena ditingkatkan... Inilah guru... Bila pelajar lemah... cari jalan untuk mengatasinya.. bila pelajar berjaya bukannya cikgu ni yang ditonjolkan.... tuisyen...tuisyen...tuisyen...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Dikesempatan ni abiey mengucapkan selamat hari guru buat semua guru di malaysia dan blogger yang bertugas sebagi guru.

Tidak lupa buat guru2 yang mengajar abiey dari SK Sering KB, SMUA Tarbiah Mardziah Panchor KB, Maahad Muhammadi Lelaki KB, Semua Pensyarah UKM Fakulti Pengajian Islam ( Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan ) 1991/92-1994.

Semua kawan2 bermula dari mula mengajar di SMK Kabong Sarawak, SMK Bandar Chiku Gua Musang Kelantan, SMK Chiku 2 Gua Musang, SMK Melor KB dan Maktab Sultan Ismail KB.

Ehhh Lupa Isteri pun guru juga... Selamat Hari Guru untuk isteri abiey. Tahniah dah dapt DG44.

Nak masuk gambar jamuan ala2 sambutan hari guru tak dapat diupload. sila jenguk dalam blog tchersally.



Thursday, May 14, 2009

Rehat Hujung Minggu

yesss... dah hari Khamis hari ni...
Esok Jumaat...
Lapang sikit, ada masa nak rehatkan minda.
Boleh jenguk2 Masjid Pagi Jumaat buat sujud sajadah...
Allah Maha Kaya..
Ada waktunya kita "terdesak"
diberi pula kelapangan.
al-Hamdulillah.
Sabtu
Boleh bawa anak2 ke rumah atuknya.
Jalan2 cari makan kat luar, Ubah selera sikit
Minggu depan budak2 dah exam.
rehat sikit tekak.