nuffnang

Monday, June 29, 2009

axtvt sekolah

Sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini abiey terlibat dengan kejohanan bola sepak Juara Sekolah peringkat KB.
Kejohanan ni abiey hanya sebagai jurulatih yang tak bertauliah aje.. yang menjadi masalah bagi sekoal ni ialah keterlibatan pelajar menengah atas dalam aktiviti sukan. Mereka sudah tak berminat untuk terlibat secara serius dalam bidang sukan sekolah. mereka hanya minat untuk belajar aje... ( bagi yang cemerlang ) Jadi untuk mendapat pemain bawah 17 susah.. terpaksalah dimasukkan pelajar dari tingkatan 2 dan 3 serta beberapa orang tingkatan 4 dan 5. Bayangkan nak lawan dengan sekolah lain yang puratanya pelajar ting. 4 dan 5.
Namun berkat kesungguhan pelajar mereka dapat juga beraksi dalam perlawanan akhir bertemu dengan SMK Mulong yang sudah terkenal dengan kejaguhannya. Pasukan SIC hanya menduduki tempat kedua sahaja.. OKlah. berpadanan dengan keupayaan mereka.
Minggu lepas juga abiey dilantik sebagai AJK Kebitaraan Kepimpinan bagi Sekolah Kluster. Abiey tersenarai juga sedangkan ramai lagi yang masih berkelayakan. Abiey bukannya smart work sangat... cincai2 gitu jah.. Kalau ada post baru adalah nama abiey yang tersenarai... tak puas hati nih...
Sebenarnya abiey bukannya nak mengingkari perintah. kalau boleh bagilah bidang yang abiey minat. baru semangat nak buat kerja. Minat abiey lebih kepada bidang kesenian. Bidang kebitaraan sekolah abiey juga adalah berkaitan dengan kesenian. Seni yang banyak cabangnya antaranya kesenian warisan, puisi dan sajak, pancaragam dan banyak lagilah... Abiey cenderung kepada sajak dan puisi. Tahun lepas SIC muncul naib johan puisi dan lagu di peringkat kebangsaan yang berlangsung di Sabah. Rasanya tahun nih nak lah meneruskan kecemerlangan tersebut. Tapi mereka tak menerima dengan alasan " songkok takkan nak letak di kaki" katanya... Maksudnya ustaz takkan nak letak dalam bidang muzik dan kesenian. Sempit sungguh pemikiran mereka... Adakah ustaz hanya layak berada di masjid sahaja... Jika dilihat di awal dakwah dan pembukaan kota Mekah.. Pasar Ukaz yang terkenal dengan deklamator puisi arab tidak dihapuskan terus oleh Rasulullah. malah di tukarkan temanya dari mengagungkan kecantikan wanita kepada mengagungkan kekuasaan Allah. Begitu juga Peranan Wali Songo dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakatnya yang berminat dalam bidang wayang kulit. Mereka menggunakan medium wayang kulit untuk menyebarkan dakwah. Kalau zaman sekarang... kita boleh gunakan medium muzik untuk menarik minat remaja ke arah Islam.. cuma penyampaian dan methodnya kena betul...
Tulah sempitnya pandangan masyarakat terhadap insan yang bergelar ustaz.....
pandangan akan menjadi sempit jika kita sempitkan pemikiran kita yang kolot itu.. tanpa berteraskan keimanan dan juga pengetahuan agama yang mendalam. Jangan belajar sesetengah dan membuang sesetengah... belajar biar habis... bukannya abiey nak menunjuk pandai hanya sekadar meluah perasaan.
next time jumpa lagi insya allah.

12 comments:

  1. Abiey>>
    kadang orang tak nampak itu... kena bagi penjelasan dulu...
    anyway...tahniah sebab terplih untuk menggalas bebanan kerja...
    samalahlah kita yerr...
    kerja tak pernah habis...

    ReplyDelete
  2. Abiey ..siapa yg celupar sangat tu?..songkok letak d kaki????..mmg kolot!!!!!! adakah set yg dulu juga tu??

    Sally tau apa yg Abiey rasa..jom hijrah nak??

    ReplyDelete
  3. panjangnyo karangan!! hehehehehe....

    ReplyDelete
  4. memang saya x bersetuju dengan pendapat mereka yang mengatakan ustaz x boleh terlibat dlam bidang kesenian, orang yang bercakap tu memang x mengkaji dan bercakap mengikut perasaan je tu, sabar ye ustaz.

    ReplyDelete
  5. lol..agak terasa sket hal bola sepak sic huhuh...

    dlu pernah ditawar..
    tp man tolak...
    sbb pressure parents..
    walau bgaimana pun...

    man tau ustad 5 alpha 09 ni org yg bersemngat wajar..dan org yg positive thinking..huhu

    ReplyDelete
  6. huhu..xsmpt batch form 5 nk rasa nikmat kluster!

    ReplyDelete
  7. cm
    Dah berbuih bagi alasan tapi tak diterima.. tolol juga depa nih

    ReplyDelete
  8. Tsally
    Dok tau sape kata tapi ada orang sampaikan..
    nak berhijrah rasa sayang pulak ngan suasana di sini. nanti dululah....

    ReplyDelete
  9. shinrei
    Sekali sekala lepas perasaan

    ReplyDelete
  10. Fly..
    tu lah dia... kalau dah nak lepas kerja kat orang tuh, tak kira apa..... janji tengkoknya terlepas

    ReplyDelete
  11. ZPRO... Thank percayakan ustaz nih.....
    bukannya semangat waja, dah macam robot dah. tunggu diprogramkan aje....

    ReplyDelete
  12. Biro maklumat BPPSMI
    Nasiblah ye....
    jangan bangga sangat keklusteran tuh....
    nanti makan diri

    ReplyDelete