nuffnang

Thursday, July 2, 2009

Hari sama berganti hari

Minggu ni banyak sangat perjumpaan dengan ibu bapa pelajar. Masalah pencapaian dalam pelajaran ketika peperiksaan pertengahan tahun.
Perjumpaan pertama pada hari Selasa, abiey ditugaskan untuk e-backdrop. Al-Hamdulillah dapat abiey lunaskan tugas abiey dengan sempurna. Namun kelas abiey kena tuang lagi... guru ganti tidak diatur... kalau nazir datang waktu tu... kantoi abiey..

Hari Rabu juga ditugaskan dengan tugas yang sama, menjadi pereka e-backdrop dan juga tukang doa. Sepagian di dalam dewan, kelas semuanya hancurrrr.. tak masuk.. Pelajar asyik tanya. Abiey terpaksa menjelaskan kepada mereka dengan baik. Mereka faham dan semuanya masuk bilik sumber sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh abiey. Kali ini Perjumpaan dan penyerahan slip peperiksaan pertengahan tahun pelajar SPM. Kaunter yang dibuka semuanya penuh kecuali Subjek abiey Pendidikan Islam. Zaman globalisasi nih... agama terpinggir agaknya. Subjek Sains dan lain2 subjek semuanya mendapat perhatian ibubapa.. ni lah zaman yang dikatakan penghujung nyawa......... Dunia hampir kiamat...... Agama tidak dititikberatkan..
Bila bercakap isu2 yang berkaitan agama semuanya menyampuk.. kononnya alim.. hakikatnya seperti tong kosong.. cakap lebih... ilmu tak ada....

Hari ni pun kena tugas yang sama.... Perjumpaan ibubapa STPM. semua pelajar aliran sains. abiey hanya tukang baca doa dan e-backdrop shj.
Kelas... lagi sekali masa tersebut dituang... Nasib kelas abiey yang satu nih terbaik di sekolah abiey.
Mereka tahu berdikari, tahu membawa diri dan tahu memanfaatkan waktu yang terluang dengan menyiapkan kerja-kerja mereka.. terimakasih anak2 ku yang memahami tugas ku ini. thanks... Moga kalian maju jaya dan cemerlang dunia dan akhirat

3 comments:

  1. assalamualaikum ustaz,
    syukur kepada Allah kerana ada orang macam ustaz di SIC. Marilah kita sama-sama buat kerja dengan penuh ikhlas dan jangan perbesarkan masalah dalam kerja sehingga boleh merosakkan hubungan dlm organisasi kita. Jangan ikut macam cikgu Lily tu. Cikgu Lily mengingatkan saya kepada cikgu Tina dulu yang pernah menjadi waden aspuri-buat kerja tapi komplennya terlalu banyak, macamlah dia saja yang buat kerja. Saya heran ustaz, sekolah ni mula dari 1936-apa? cikgu-cikgu dulu tak buat kerja mereka ke?tak ada masalah ke? Saya takut nanti cikgu Roslina pun akan terpengaruh dengan cara cikgu Lily kerana mereka berdua tu berkawan baik dan duduk bersebelahan. Saya ingat, dulu, cikgu Fatimahpun kuat komplen juga tapi sekarang mungkin sudah insaf dan sedar bahawa perbuatan dia mungkin lebih merosakkan dia sendiri. Oleh itu, ustaz, sebagai seorang yang dianggap 'sahabat' oleh cikgu Lily-nasihatkan beliau supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan-takut ada hati yang akan terguris. Kita sayangkan kawan-kawan kita, kita sayangkan organisasi kita. Kemuliaan kita tak semestinya diukur dari kekayaan, lebih senior, pengetahuan, kecantikan dll. salah satu ciri orang yang mulia adalah orang yang sentiasa merendahkan dirinya kepada orang lain walaupun beliau mempunyai kelebihan. Mungkin ciri itu tak ada pada saya, tapi kenyataan saya mungkin boleh jadi pendorong kepada saya sendiri. Saya berdoa kepada Allah, moga dijauhkan dari persaan hasad dengki, iri hati, sombong, bongkak, takbur dan lain-lain sikap yang tidak disenangi oleh rakan-rakan....Amin..sori ustaz sbb tak royak nama..tapi kita dok minum air sekali sokmo.....sesungguhnya, imam yang paling lemah adalah menegur orang dengan lidah(internet)..

    ReplyDelete
  2. betul2.. tapi adalah baik sekiranya kawan dapat memperbetulkan kawan secara bersemuka...

    ReplyDelete