Majlis Menyambut Menantu
9/8/09 Ahad bersamaan 18 Syaaban 1430H
9/8/09 Ahad bersamaan 18 Syaaban 1430H
Selepas Majlis Perkahwinan semalam.. tiba giliran abiey dan keluarga mengadakan kenduri mnyambut menantu. Majlis yang diadakan hanya sekadar menghimpunkan keluarga dan sahabat handai. ringkas tetapi meriah. Masa majlis inilah dapat dikumpul saudara mara yang jauh dan dekat serta sahabat handai yang datang memenuhi jemputan.
Ramai jugalah yang bertandang sehinggakan majlis berlarutan sampai jam 10.00 malam. Penat tak usah ceritalah... Esok kena sambung kerja balik... Ni tengah fikir ni nak cuti..
Antara gambar yang diambil ketika majlis menyambut menantu.
Banner yang ditempah selepas majlis akad nikah di Kota ( Rumah Pengantin Perempuan )
Kerja banyak menjadi sedikit bila amalan gotong royong dilakukan.. Adab yang semakin terhapus dikalangan masyarakat kita..
Mak saudara yang sedang menggoreng ayam berempah..Baru balik dari Shah Alam ni... Semangat nak dapat anak saudara baru
Mak saudara yang sedang menggoreng ayam berempah..Baru balik dari Shah Alam ni... Semangat nak dapat anak saudara baru
Memotong daging untuk dijadikan hidangan nanti
Yang ditengah tuh,... adik abiey... Sebagai nahkoda kepada majlis tuh..
Jiran tetangga dan sepupu
Suasana meriah di awal pagi
Ni kaum hawa ( mak saudara semuanya ) Yang sedang memangku anak tu adalah adik kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Tukang masak ( bahagian nasi ).. Sekarang ni susah dah nak masak nasi dengan kawah.. Semuanya pakai periuk elektrik.
Tukang masak tambahan ( tukang kacau aje )
Ni boss segala tukang masak... Sepupu abiey yang banyak mengajar abiey memasak gulai kawah..
Sepupu ni tukang tengok aje... lepas sebatang sebatang rokok di hisapnya.. jangan merah... nanti kena jual
Antara sahabat handai yang datang..
Baju sponser tuh... Nak bagi meriah suasana sikit.. Kalau tak beri baju.. pakat malas nak buat kerja
Bos besar SIC juga berkunjung ke majlis ni... Abiey ucapkan terimakasih kat bos dan pentadbir SIC.. Siap bagi bas lagi untuk cikgu2 datang ke rumah mak abiey..
Kecaknaan tuan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Ni yang abiey bangga nih...
walaupun sibuk tetap juga abang pin datang
Keluarga Mertua Abiey bergambar kenang-kenangan di rumah mak abiey. Kerabat DiRaja Kelantan bertemu di Majlis ni...
Member2 dari SIC.
CC dan cikgu Marzuhan serta Wan Fadhil membelakangi kamera. Kenalnya tang rambut je..
Kedatangan pengantin perempuan.. adik iparlah tuh
Rombongan pengantin perempuan tiba jam 3.35 petang... nasib baik tak hujan.. kebiasaannya hari2 sebelum nih hujan pasti turun..
Mak saudara dan Kakak Pengantin perempuan ( Ustazah Rihannasim ) Pengarah sebelah perempuan. Abiey dan Isteri pengarah sebelah Lelaki.. Lepas nih kena buka agensi cari jodoh pulak..
Abiey,
ReplyDeleteNi meriah betul namanya.. bestnya makan lauk kenduri kawin.. hehe