nuffnang

Monday, March 22, 2010

Fuh Lega......

Setelah bertungkus lumus dengan kertas soalan... akhirnyaaa... abiey berjaya menghabiskannya.. walaupun ketika cuti banyak sangat undangan kenduri perkahwinan dan kesyukuran. Abiey gagahi juga untuk menyiapkan semakan kertas jawapan pelajar. Tarikh akhir hantar markah hari ni.... abiey serah markah lebih kurang jam 10.00 pagi tadi.
Minggu ni merupakan minggu penghayatan Islam di sekolah abiey. Abiey terlibat secara langsung dengan majlis Maulidurrasul.. walaupun lewat diadakan... suasana tetap meriah. Abiey ditugaskan untuk memasak gulai kawah. Tahun ini sebanyak tiga kawah gulai disediakan untuk semua warga SIC. Penyediaan gulai kawah ni abiey bersama dengan sepupu abiey menyiapkannya....Penat jugalah pada hari Ahad tuh... Hari ni pula ada demonstrasi haji diperkarangan masjid SIC. Demo ni dijalankan oleh LUTH Kota Bharu.. pelajar2 didedahkan dengan suasana sebenar ketika mengerjakan haji.
Malam Khamis pula akan diadakan Malam Kesenian Islam. Abiey juga mengambil bahagian untuk sama-sama memeriahkan suasan bersama dengan pelajar. Nyanyi tak pandai tapi bolehlah.... sekadar untuk menghiburkan hati sendiri sekurang-kurangnya.....


2 comments: