nuffnang

Saturday, May 22, 2010

KONVO UITM

Hujung minggu ni abiey bersama keluarga dan mertua ke UITM shah Alam menghadiri Majlis Konvo anak sedara. Bertolak petang Khamis dari Kota Bharu jam 5.50 petang.
Perjalanan al-hamdulillah lancar.. cuma tak boleh nak laju sangat kerana hujan lebat. Bermula dari Merapoh hingga ke Kuala Lumpur hujan tak henti-henti. Kami sampai di Setiawangsa jam 12.30 malam. Ngantuk masa membawa kereta tak yah nak ceritalah... nasib ada bapak mertua yang menemani abiey. Bercerita kisah muda2nya dan banyak lagilah... Hebat juga orang tua nih... Memang terkenallah. Hatta nak tangkap orang gedebe pada masa dulu pun polis gunakan khidmatnya.. dari Bachok hingga ke Hulu Kuala Krai polis gunakan khidmatnya. Ramai polis yang diceritakannya - hinggakan abiey pun tak ingat -. bermula dari pangkat bawahan hingga ke atasan dia kenal... Sekarang ni pun masih popular lagi.... Kalau dikalangan orang politik kota bharu mesti kenal dengan "ayah Mat" nama sebenarnya Tuan Mat. Kesemua anaknya berjaya dalam hidup 10 daripada anaknya menjejak kaki ke Universiti. dan kesemuanya bekerja dengan kerajaan. Daripada hakim, peguam, pengarah, akauntan, pensyarah, guru hingga ke kerani semuanya ada. macam ASTRO... macam-macam ada. hebat2.....
Tu baru sikit cerita pak mertuaku. banyak lagi kehebatannya dikalangan ore gedebe
Pagi Jumaat pukul 6.30 pagi.. kami bertolak ke UITM Shah Alam, guna stiker UITM tak jadi masalah... parking dekat ngan dewan ( guna hak kakak ipar ) dan menunggu waktu tibanya majlis tersebut...
Insya Allah akan abiey upload gambar semasa berada di sana... hanya sekadar berkongsi kegembiraan bersama ngan anak sedara. Sebenarnya teringatkan masa konvo abiey dulu-dulu..

No comments:

Post a Comment