nuffnang

Thursday, May 13, 2010

Kunjungan Bekas Anak Murid

Sepanjang minggu ni.. ramai bekas pelajar telah mengunjungi abiey dan guru-guru lain di SIC nih.. Mere bercuti panjang dan kesempatan ini... bolehlah mereka melepaskan rindu pada sekolah mereka dan cikgu/i mereka.
Terima kasih anak muridku yang sudi mengunjungi cikgu-cikgu mu...
sempena hari guru ni... 16/5/2010... Amat terharu juga ada yang mengucapkan hari guru buat abiey walaupun tarikh keramat tu pada minggu hadapan thanks.

Selamat Hari Guru 2010


Tanggal 16 Mei setiap tahun, insan-insan yang bergelar guru dirai. Mereka merupakan antara pelopor yang menjadikan siapa kita hari ini, selain ibu dan bapa kita. Mereka mengajar kita membaca, mengira dan menulis. Setidak-tidaknya asas ilmu diajar selain cuba membentuk kita menjadi manusia yang berguna. Saya juga pasti, di sekolah-sekolah, tiada satu sekolah pun yang mottonya bertemakan sesuatu yang kurang baik.

Buat Guru-Guru,

Teruskan usaha mendidik dan membentuk anak-anak Malaysia. Tanpa sumbangan anda, siapalah kami. Mana mungkin kita boleh menulis, , membaca, mengira jika tidak diajar. Bak nukilan Allahyarham Usman Awang:

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat Hari Guru. Semoga budi dan bakti terus ditabur untuk membentuk anak-anak Malaysia yang berilmu dan bersahsiah, tidak hanya maju dari segi kelayakan akademik, tetapi juga menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat dan negara.


3 comments:

  1. Mmg berbunga hati ini bila menerima kunjungan ex-students kan abiey..

    Happy teacher's Abiey!! hmmm..cuma kebelakangan ni tak berapa nak happy dgn suasana sekeliling..huhu..2 pagi ke 2.30 pagi?? :(

    ReplyDelete
  2. alamak teringgai 'day'

    Happy teacher's day Abiey..

    ReplyDelete
  3. happy teacher's day juga untuk sally

    ReplyDelete