nuffnang

Thursday, August 19, 2010

Aktiviti Abiey

masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan ni.... perjalanan yang diharungi selama 9 hari ni cukup menyeronokkan... Tahun ni abiey berbangga sangat kerana anak ketiga ( Aeisha ) abiey telah berpuasa. Umurnya 6 tahun.. mungkin bagi orang lain taklah seistimewa mana tapi bagi abiey, rasa seronok sangat kerana melayan kerenahnya. Bila tiba waktu balik dari sekolah... macam-macam fe'elnya.. tengok adiknya menyusu pun....... rasa macam nak terkam kat uminya...

Waktu petang ketika ke bazar ramadhan... banyak yang berkenan... tak beli takut kecil hati... bila tiba time berbuka haaa..... pakat tengok aje... yang dijamah ... air kurma dan terus makan nasi... kuihnya????????? esok pulaklah jawapannya...

Abiey memulakan agenda baru untuk Ramadhan tahun ni...
Agenda menjelajah masjid.... setiap malam abiey akan ke masjid yang berlainan. Nak rasa kelainan sikit.. sekurang-kurangnya taklah rasa sama aje. seronok juga.... Masjid yang dituju adalah masjid yang besar aje... yang kat kampung ( balaisah/ madrasah/ sewaktu dengannya ) tengok imamnya... kalau imam tahfiz abiey ikut serta......

tulah aktiviti abiey disamping dengan tugasan yang berlambak tidak dilangsaikan lagi... SKT?, Skrip percubaan SPM?, dan banyak lagilah.........

Malam ni rasanya nak ke Masjid Kubang Kerian..
Insya Allah...

No comments:

Post a Comment