nuffnang

Sunday, June 12, 2011

Kelantan Kempunan Lagi Piala FA

Kelantan sekali lagi kempunan untuk membawa balik Piala FA ke kelantan apabila dikecewakan oleh Pasukan Terengganu dengan jaringan 1-2. Pada Peringkat awal penguasaan lebih tertumpu kepada kelantan namun kekuatan semangat juang pasukan Terengganu membuatkan pasukan Kelantan terlepas peluang untuk menjulang Piala FA buat kali Pertama.


Inilah gol semangat yang dijaringkan oleh Azuwan Roya.

Gol yang memusnahkan impian rakyat kelantan apabila DaudSu menjaringkan gol sendiri. Mungkin dalam keadaan tertekan.. tindakan Daudsu yang cuba mengeluarkan bola tertanduk masuk ke gawang sendiri

Gol kemenangan pasukan Terengganu yang dijaringkan oleh Nordin Alias yang memusnahkan harapan warga negeri Kelantan


Apa-apa pun tahniah buat kedua-dua pasukan kerana menyajikan satu persembahan yang menarik dan mendebarkan. Buat anak Kelantan.... seperti abiey nih... jangan terlalu kecewa. Memang adat permainan mesti ada yang menang dan ada yang kalah.
Semangat "Gomo Kelate Gomo" tetap membara..

Teruskan usaha untuk menjuarai liga.

2 comments:

  1. Abiey,
    its okay next year kita coba lagi..adat permainan..

    ReplyDelete