nuffnang

Friday, October 21, 2011

WASPADA Van Putih Culik Nurin Muncul Semula...

WASPADA Van Putih Culik Nurin Muncul Semula...

Ampang: Tragedi kes culik dan pembunuhan kejam Nurin pada 20 Ogos 2007 hampir berulang apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hampir diculik dua lelaki menaiki van putih persis kenderaan yang didakwa melarikan Nurin. Gambar fail

Menggunakan taktik hampir sama seperti kes penculikan sebelum ini, kanak-kanak lelaki terbabit dicul
ik dan dibawa lari beberapa meter sebaik berjalan keluar dari sekolahnya berhampiran Kampung Melayu Ampang, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, mangsa terselamat apabila sempat melarikan diri sebaik pintu van berkenaan terbuka akibat tindakannya yang meronta-ronta ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa baru tamat waktu persekolahan dan mahu pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.

2 comments:

  1. van chipsmore ke,kejap ada keja hilang...tapi ibubapa kena hati-hati...

    ReplyDelete
  2. sentiasa kena awasi anak2 supaya peristiwa nurin tak berlaku lagi utk kali ke 2

    ReplyDelete